PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Tuesday, 10 September 2013

TAKAFUL: TUNTUTAN MANAFAAT HOSPITAL

dari en google

 Assalamualaikum...ermm perlindungan takaful memang penting terutamanya bila kita dalam keadaan kesusahan dan kena masuk hospital. Walaupun dimasukkan ke hospital kerajaan, banyak juga duit yang kena keluar. Kos ulang alik kelaurga yang datang melawat, kos makan minum orang yang menjaga kita di wad..... kalau lama lagi banyaklah kos yang ditanggungkan. Makanya penting seseorang itu memgambil perlindungan takaful. Sekiranya kita sihat hingga kepenghujung hayat, maka anggaplah sumbangan kita tu dapat membantu mereka yang memerlukan. Memanglah bila kita buat potongan untuk menyertai takaful kita tidak akan dapat jumlah yang kita simpan sebab sebahagiannya yang dinamakan rider tu kita tak akan dapat kemabali... macam mama cakap anggaplah kita bantu sesama insan lain yang dalam kesusahan. Bersyukur kepada Allah yang memberikan kesihatan yang baik buat kita. Rider atau manafaat hospital ni tidak sama dengan medical insurance tau...medical insurance ini boleh digunakan untuk bayaran hospital dan juga kos rawatan termasuk pembedahan bergantung berapa premium yang kita ambil.

Yang tu mama tak ambil. Takaful yang mama ada hanya untuk perlindungan asas iaitu sekiranya berlaku kematian atau kemalangan yang menyebabkan kematian di samping beberapa rider yang mama  ambil termasuk untuk penyakit krital dan manafaat hospital. Terdapat berbagai-bagai produk takaful dipasaran. Terpulanglah kepada kita mana nak ambil. Mama dah ambil banyak produk sebab lain-lain untuk mama, en hubby dan anak-anak mama semuanya ada mama ambilkan takfaful termasuk takaful untuk pendidikan.

Mama ada ambil produk Takaful Malaysia, Takaful Ikhlas dan Takaful Etiqa. Antara ketiga-tiga ni sebenarnaya tidak banyak beza juga. Ala macam kita nak beli barang samada kat Mydin, Tesco, Giant atau yang lain-lain tu.... ada barang yang murah kat Giant, tapi mahal kat Tesco bagi barang yang sama... tapi ada barang yang murah kat Tesco dan mahal di Giant. Cam tu jugalah produk takful ni... 

Yang ingin mama kongsikan ialah mana yang mudah nak buat tuntutan... yang paling mudah pada mama ialah Takaful Malaysia. Pergi aje kat mana-mana cawangan TM minta borang, isi, hantar balik tak sampai sebulan dah dapat tuntutan...tak banyak songehlah... nak gi ofis pun mudah... tunggu tak lama...

Takaful Malaysia ni mama ambil untuk insuran pendidikan,.... yang ni lagi best... tak payah buat permohonan keluar, TM dah hantar cek selepas genap 18 tahun anak mama. Macam pucuk dicita ulam mendatang kebetulan masa tu memang anak mama nak lapor diri di POLISAS Kuantan... masuk cek RM 5K... bestkan.. TM akan bayar 4 kali so tak payah mama fikir nak buat pinjaman PPTN kat along buat masa ni... mama tak simpan banyak cuma RM 100 sejak anak-anak mama kecil... bila umur 18 tahun dah tak payah bayar lagi... tapi perlindungan tetap ada saampai umur 21 tahun... so memang mudah TM ni...

Tentang manafaat hospital tu mama cuma dapat RM 50 sehari sekiranya mama masuk wad... kalau kurang 10 hari duduk wad kita tak payah ada medical report.... cuma ambil borang dan isi, sertakan discaj note dari hospital.... mudah kan... kalau lebih 10 hari kena buat medical report.... yang ni leceh sikit bukan apa nak tunggu medical report dari hospital tu lama tau... ada bayaran yang dikenakan iaitu dalam RM 40-50 bergantung kepada hospitallah. Kalau hospital kerajaan cuma RM 40.00. Ambil borang juga dan hantar ke pejabat rekod hospital. Simple aje borang tu, doktor pun tak payah tulis panjang-panjang...tapi yang tak bestnya doktor buat lambat... so jadi lama lah nak buat tuntutan tu.

Duit ni dapat juga menanpung kos ulang-alik ke hospital dan juga kos makan minum orang yang menjaga kita di hospital... mama dok hospital 5 minggu.... ermmm kira berapa mama dapat...?? Selain daripada tu mama juga buat tuntutan atas takaful pendidikan anak mama sebab mama pembayar... yang ni hanya takalaful malaysia aje yang boleh... yang lain macam takaful ikhlas, mama ambil untuk anak,  mama pembayar tapi mama tak boleh buat tuntutan... tulah maksud mama variasi alam produk takaful....

Wednesday, 4 September 2013

KEGAGALAN BUAH PINGGANG DAN HEMODIALISIS

contoh mesin haemodialisis dari en google

Assalamualaikum. Mama nak konsgsikan masalah kegagalan buah pinggang atau renal failure. Masa mama buat operation paru-paru baru ni, pada masa yang sama pakcik sebelah en hubby mama pun masuk wad dekat HSA JB untuk buat neprectomy kerana masalah kanser buah pinggang. Maka doktor terpaksa buang sebelah buah pinggang dia tu. Masa tu dah dimaklumkan sekiranya buah pinggang yang tinggal sebelah tu tidak berfungsi, maka dia kena buat haemodialisis.

Haemodialisis merupakan sesuatu yang amat mahal.... kalau dapat buat dekat hospital kerajaan tak pe.. kalau kat swasta sekali cuci tu kosnya RM 240.00 dan perlu buat 3 kali seminggu selamanya... ermm mahal kan... dan pakcik en hubby tu bukan nya ada kerja dah... dulu driver lori, isteri tak kerja dan anak ada 3orang lelaki semuanya. Yang sulung dah kahwin dan ada dua anak, kerja denagn kilang aje, yang kedua telah kembali kepada penciptanya pada tahun lepas dalam usia muda kerana kanser pancreas.... dan dia tu kerja kerajaan tapi sekarang ni tak tak boleh nak gunakan gurrentte letter dia... dan yang bongsu tu baru je dapat kerja kerani kat UTM Johor...  UTM tak tanggung kos haemodialisis.. kalau masuk wad boleh..

Itu belum lagi termasuk kos pengganggkutan ke puasat dialisis tu... minyak pun dah naik... tentu tambang juga naik kan... dan tak masuk kos ubat untuk tambah darah tu...mahal tau ubat tu injection 3 kali seminggu gak.. aduhai...

Kasihan pak cik ... dah lah sebelum ni dia ada kanser baladder, buat operation dan jalani kamoterapi... lepas tu tak samapi 2 tahun anak kedua dia yang diharap dapat bantu keluarga pulak tiba-tiba sakit dan meninggal dunia dalam tempoh 19 hari aje... lepas tu kesihatan pakcik mula merosot.. last mama dan en hubby jumpa pakcik masa pengkebumian anka dia 19 Mei 2012 tu..dan 19 Mei 2013 mama masuk wad di IJN...dan pakcik masuk wad di HSA JB ...

Kalau tak buat dialisis pilihan lain adalah mencuci melalui perut iaitu dikenali sebagai peritoneal dialisis. Kaedah ini pesakit kena masuk wad duduk dalam 3 hari, perut ditebuk dan dimasukan ceair khas dan dibiarkan dalan perut unuk 20 minit lepas tu dialirkan keluar dan ianya dilakukan untuk 40-60 pusingan yang akan memerlukan berpuluh liter cecair berkenaan dan ianya tidak sebaik hamodialisis...




Tuesday, 3 September 2013

MACAM MANA NAK KAYA


simpanan cara tetap tanpa mengambil keluar sebarang bonus atau dividen akan menghasilkan                                      pokok yang berbuah lebat setelah 20 tahun...

inilah salah satu perengan dalam buku tersebut
Masa menunggu mama kat IJN en hubby pinjam buku di atas ni dari Perpustakaan Negara yang bertentangan dengan IJN.  Seronok baca buku ni simple aje dan memang praktikal dan boleh dicapai...apa yang perlu kita lakukan ialah dengan menyimpan sebahagian daripada pendapatan kita secara tetap dan tidak mengeluarkan nya dalam satu tempat yang memberikan pulangan yang baik. Salah satu yang mama nampak dengan membuat simpanan dalam ASB. ini yang paling senang. Potong gaji dan jangan ambil keluar mahupun dividen dan bonus yang diterima setiap awal tahun. Insyallah dalam tempoh 20 tahun ianya akan menjadikan pokok yang menghasilkan buah yang lebat. Kita kan dapat ambil buahnya tiap bulan yang kan menyamai gaji bulanan kita.... tentu seronok masa tu... kita akan bebas untuk membuat apa sahaja dengan duit tersebut dan pokoknya masih ada dan tidak berhenti menghasiklan buah untuk kita.... dam masa ini kalau kita tidak bekerja kita masih mampu berbelanja macam kita berkerja.... 
Kita perlu menyimpan pada masa mula bekerja . Setiap tahun gaji kita akan bertambah maka simpanan juga perlu bertambah selaras dengan kenaikan gaji ini... kita perlu kuat dan berdisiplin. Susah dahulu senang kemudian...Insyallah