Kali ni mama nak cerita perihal contact lens.... ramai yang dah pakai samada sebab rabun atau pun tidak... hanya nak bagi mata tu bertukar jadi warna mat salleh....
Bagi yang rabun dan menggunakan cermin mata tu kalau tak suka boleh buat pilihan pakai contact les ni... atau zaman sekarang ni dengan kecanggihan teknologi dan kepakaran boleh lah buat lasix.... pas tu tak yah pakai spec dah... sediakan je lah duitnya.... kos agak mahal lebihkurang RM 6+K.
Contact lens ada dalam pelbagai warna dan jenama..... apa yang penting sebelum menggunakannya seseorang itu perlu mengetahui akan segala komplikasi .... kalau ada sejarah alahan atau allergi perlu lebih hati -hati. Antara kompikasi yang serius ialah jangkitan pada mata... radangan yang teruk boleh menyebabkan mata menjadi rosak dan boleh buta kalau tidak mendapatkan rawatan. Aspek kebersihan amat penting dalam pemakaian contcat lens ni...
Along anak mama ni memang tidak suka pakai spek sejak dulu lagi.... tiap 6 bulan terpaksa tukar baru sebab pandangan kurang jelas... maka ketebalan kanta perlu ditambah... maka dia memang nak sangat pakai contct lens ni... apalagi ramai kawan-kawan dia yang dah pakai... hari-hari menrenggek nak pakai... sedangkan en hubby memang tidak setuju...apalagi panjanglah muncung anak dara mama ni... at last malam semalam dapat juga hajat dia nak pakai contct lens ni... ermm tambah lagilah bajet mama untuk dia.... sebab tiap bulan kena tukar dan kena beli solution untuk cuci nya... paling tidak RM 50.... duit top up lagi.... aduhai.. anak -anak zaman ni...