projek memasang tiles di car porch |
Ermm agak lama juga mama menyepi atas sebab tidak begitu sihat dan kepenatan setelah menghantar angah ke matrik tempohari. Lepas tu sibuk dengan kursus pulak.... lepas tu kenduri kahwin....
Ahad lepas anak teruna mama dah kembali ke asrama. Tinggal along yang akan memulakan semester 3 pada minggu hadapan... Nampaknya tinggallah mama dan en hubby berdua. Sunyi la rumah mama. Keluar pagi lepas subuh dah dekat maghrib baru sampai balik rumah.
Ni nak cerita pengalaman pasal tiles di car porch. Masa mamma renovate rumah bahagian dapur dulu ingat nak buat sekali depan tu. Tapi disebabkan upah yang diminta tu mak ooi mahalnya maka tangguh dululah... Tahun lepas nak buat, tapi disebabkan kesihatan mama tertangguh lagi. Jadi tahun ni agak lega maka teruslah dengan projek ni. Diperkenalkan oleh bos en hubby bahawa mat indo ni buat renovation rumah dia ok... harga pun berpatutan, maka en hubby pun panggillah mamat ni untuk berbincang. Masa ni akhir april. Memandangkan tiada ada kepentingan nak buat segera kami minta masa dulu lah selepas berbincang dengannya. Sebab banyak agenda pada bulan mei.... sibuk sangat.... ingat akhir mei baru nak buat. Mamat ni tak henti-henti call tanya bila nak buat... ermm lemas jugalah. Dia siap tawarkan duit dia dulu beli barang lepas tu bayar kemudian kalau tak ada duit lagi.... aduhai macam terdesak aje dia.. tak ada kerja la kotnya.
Harga barang dan upah ialah RM 4400.00. Kami minta detail barang yang nak dibeli dengan kos.
Pasir 5 katanya lah.... (unit scope) simen 35 bag, tiles 740 keping, RM 2.60 sekeping , simen gam 3...
Setelah survey kami dapati harga tiles hanya RM2.20 aje... errm tak boleh jadi ni... tu belum masuk harga pasir dan simen... semuanya dia mark up ...
Jadi kami tak setuju dengan harga itu..... kalau harga sekitar RM 3500.00+ boleh lah... sebab dah tanya jiran upah saja RM 1100.00...
Last dia kata RM 3750.00... ok la tu kami rasa... panggil lagi untuk tunjuk corak tiles sebab pilih 2 warna... corak tu anak teruna mama yang cadangkan... kami bersetuju macam kat atas tu la...untuk pengesahan kerja kami jumpa sekali lagi mamat ni.... last dia minta RM 4K. Ini melibatkan pembelian barang dan juga pembuangan sisa binaan nanti. Setelah itu dia minta duit untuk beli pasir dan simen untuk ratakan car porch tu. Dia minta RM 700.00 tapi en hubby bagi RM 500.00 je dulu untuk beli pasir dan simen aje... satu lori kecil mama dah survey RM 120.00.... pasir dalam 4@5 bag cukup... baru RM 18 /bag...
Katanya esok pagi nak buat leveling tu.... balik kerja dalam perjalanan dia call kata nak duitt lagi petang ni... aduhai sebelum tu mama dah call along tanya apa yang mamat tu dha buat... tak ada ape katanya tak datang pun, pasir pun lori tak hantar... angin la mama... kerja tak buat nak duit je... dia tak datang petang tu. Esoknya anak mama kata dia datang dan buat kerja. Lepas tu petangnya dia minta duit beli tiles. Okalah en hubby bagi RM 1K... janjinya bila tiles sampai kami akan jelaskan COD bakinya. Selepas tu dia balik dan sebelah malamnya dia call esok nak RM 1K lagi...aduhai.... tak macam yang dia janji kan.. en hubby kata tak pe lah bayar je... kerja baru sehari buat, duit dah bagi RM 2500.00. Esoknya (Jumaat) tiles sampai dia pun buat kerja... bila mama balik petang jumaat tu dia dah buat kerja hampir 70 %. Esoknya Sabtu (Hari Agong). Dia datang sambung kerja... pas tu bagi tau tiles tak cukup, simen tak cukup.... aduh kenapa tak cukup ya... dia kata design yang buat tu tak sama kena tambah tiles warna gelap. Yang mama hairan kalau tiles gelap tu kena tambah , tiles kuning tu mana sebab jumlah semua patut ada 740 keping. Dia minta 2 bag simen dan 7 kotak tiles... mama bagi tau en hubby kedai tutup sebab hari agung, tapi nak puashati dia keluar juga cari kedai tiles... sana sini tutup... buang masa dan penat mama je... dah lah ada kenduri kahwin nak pergi hari tu... Ahad kedai tutup gak... so Isnin baru boleh sambung. Pagi Isnin mama call kedai tiles tu tanya berapa banyak tiles yang mamat tu beli dia kata kuning 21 kotak dan 15 kotak coklat baru 36 kotak jumalahnya. Tiap kotak 15 keping ....jadi cuma ada 540 keping.... patutlah tak cukup....pas tu mama kata ape-pae hal dia setelkan sebab isnin kami kerja... tak ada orang dirumah. Dia minta dut algi...en hubby bagi baki RM300 utk barang... selebihnya untuk upah kerja. Anak teruna mama dah balik asrama ahad tu. Jadi mama tak mau dia kacau along... tu cakap tak ada orang kat rumah...
Dah call along ada tak mamat tu datang kerja ...ada katanya... so dalam perjalanan balik mama cakap mesti dia nak duit baki dia. Bila sampai rumah kerja dia dah 'siap' tapi mama memang tak puashati. Tembok luar pagar tu hannya dipasang tiles atas dan bahagian depan je, belakang dia tak buat kiridan kanan. Finishing juga menyakitkan mata.... aduhai.... malas nak bercakap banyak mama terus masuk rumah bila dia datang nak duit. Kerja tak sempurna....dia kata tiles tak cukup. Tanya berapa kotak dia beli, dia kata 5 kotak tak hal cina kedai tiles bagi tau mama pagi tadi dia hanya ambik 4 kotak aje. Dia kata tiles dah habis kena order. Tak puashati betul. En hubby kata tak pe lah bayar dulu dan tinggalkan RM 200.00 duit upah tu. Bila dia habis buat kerja nanti baru bayar.....
Taak puas hati pagi esoknya mama call kedai tiles tu tanya warna coklat tu ada lagi... ada tapi tak banyak....see mamat tu kelentong kami..... sabar je la....
tengok kat bahagian kiri tu... finishing memang tak cantik... bahagian luar tembok tu tak pasang tiles... |
sebelah kanan...abaikan pagar tu ya dalam proses nak tukar pagar baru lepas ni... |