PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Wednesday 28 August 2013

PERANGAI JIRAN

ni contohnya... tapi ni sikit je..ada masa tu mak ooi..semut, lalat, bau lagi .. tak faham betul la

Assalamualaikum.... kali ni  mama nak ceritakan perihal jiran. Jiran merupakan salah satu entiti penting dalam sesebuah kehidupan. Orang yang paling hampir dengan kita adalah jiran. Maka dengan itu jiran merupakan orang pertama yang boleh kita minta tolong apabila memerlukan pertolongan betul tak????

Mama ni dah beberapa kali pindah dah banyak pengalaman lah jugakan. Mula-mula kerja dulu mama dok rumah sewa kat satu taman kat bandar A di Selatan tanahair. Mama dok bersama 3 orang yang lain, seorang tu sama jawatan dengan mama , seorang lagi cikgu dan lagi seorang ni satu tempat kerja dengan mama. Cikgu ni rajin masak... so kami makan je la... tapi lepas tu cikgu ni kahwin dan ikut suami dia... tinggal kami ber 3. So tak rajin masak... beli aje lah....jiran belah kiri kami tanya jiran belah kanan kami... erm tak pernah dengar kami ni memasak????  ha..ha... tapi takat tu aje la kan... lepas tu mama pindah... dok dengan famili. Memang jiran amat baik di kampung. Semuanya kenal mak dan abah mama dan keluarga mama.... sampailah hari ini walaupun kedua orang tua mama dah tak ada.. tapi tak ada maslah langsung dengan jiran... alangkah seronoknya...

Mama kahwin lepas tu ikut en hubby ke bandar K di negeri Pahang. Mula-mula dok menyewa di Taman C. Jiran tak da masalah, kiri kanan depan belakang. Yang belakang India. Selalu je bagi dia orang sayur2 sebab en hubby memang rajin menanam. Makan sendiri tak habis.  Pas tu pindah kuarters. Tak da juga masalah dengan jiran. Pas tu pindah lagi dok masuk rumah sendiri. Tak ada masalah dengan jiran kecuali yang kecik-kecik ajelah... adatlah kita bertolak ansur. umpamaya masalah parking... masing-masing faham.

Pas tu mama pindah lagi ke bandar L... pun tak ada masalah. Pindah lagi ke ibu kota..dok apartmen  pun tak da masalah dengan jiran. Parking tu biasalah kan... kalau balik awal dapatlah parking kalau tak parking je kat tepi jalan...

Seakarang ni pindah dari kuarters ke rumah sendiri.... bermulalah episode yang tidak menyenangkan. Aduhai... jiran-jiran ku....

Beli rumah teres 2 tingat intermediate. Belah kiri rumah end lot. Kiri kanan rumah kami merupakan pasangan bekerja dalan unit beruniform. Kiri masih muda anak baru 3.. yang sulung darjah 1..kecik  baru setahun lebih.. yang kanan dalam awal 40an.. anak 4... sulung tingkatan 4 dan kecik 6 tahun..

Belakang rumah kami rumah teres setingkat tapi kekdudukannya lebih tinggi dari rumah kami. Ianya separas dengan kedudukan rumah kami di tingaks atas.... jarak anatara rumah kami hanya beberapa kaki je...

Kawasam taman kami baru je dibuka... yang sebelah rumah kami yang kedudukannya lebih tinggi tu dah lama dibuka. Jadi kawasan belakang rumah jiran belakang kami ni  dulu kan hutan.... bila tanah ni dijual maka pemaju buat rumah kami belilah. Rumah siap tahun 2010. Dapat aje kunci semua dok sibuk buat renovation. Masa tu kami tak buat apa lagi. Jiran mama belah kanan buat renovation dapur atas bawah. Yang kiri end lot tu hanya buat renovation dapur bahagian bawah aje... masa tu semua belum pindah lagilah..

Rumah kiri dan kanan mama dah nak siap buat renovation tu baru kami pun buat renovation dengan orang yang sama buat rumah jiran kanan mama. Rumah kiri memang dah hampir siap 100%. Kami buat renovation atas bawah macam jiran kanan. Tapi kami besarkan bilik di atas dan ada balkoni di bahagian kiri. Jiran kanan balkoni nya besar sebab tak besarkan bilik.

Kebanyakkan rumah telah diduduki mulai akhir 2010 termasuklah jiran end lot mama manakala yang kanan mama masuk lewat sikit 2011 dan kami pulak masuk lagi lewat disember 2012 walaupun april 2011 rumah dah siap renovate. Cuma tak pindah sebab tunggu anak mama habis SPM.

dalam masa tu mama dah angutlah sebahagian kecil barang-barang yang tidak digunakan ke rumah baru ni sebab kuarters kan kecik. Lepas tu belilah sikit-sikt barang asa, buat kitchen kabinet, woredrobe dan beli set sofa baru, set bilik tidur master bed room, pasang grill, aircond dan cat mengecat semula rumah ikut citarasa kami. Semuanya kami buat sendiri tiap hujung minggu.

Cerita jiran belakang mama dululah... memandangkan taman tu dah buka lama dan dan menjadi kebiasaannya mencampak sisa-sisa makanan dibelakang rumah.... dia jual nasi ayam... bayangkanlah dari pintu dapur dia curah terus baki nasi yam dalam peruk yang dia basuh tu dan  sisa-sisa lain. Masa tak ada rumah dibelakang rumahnya oklah... tapi ni dah ada taman baru...dan rumah mama betul-betul setentang dengan dapur rumah dia. Dengan kedudukannya yang lebih tinggi searas dengan tingakat atas rumah mama , maka apa saja yang dia curah lalu pintu dapur rumah dia tu merencik kat pintu dapur dan grill rumah mama. Dah menjadi kotor dan berkaratlah.... lagi satu lalat banyak sebab banyak sisa makanan dan pokok yang mama tanam kat belanag semuanya tak hidup sebab banyak air berminyak dicurahkan dan jatuh ketempat mama tanam pokok tu... pelik lagi ajaib ada juga jiran yang berperangai cam ni. Mama tak pernah buang sisa makanan cam tu. Semua sisa masuk kat plastik dan letak dalam tong sampah..... tension..tension... dia tu muda lagi anak baru je umur 5 tahun sulung..... harap Allah turunkan hidayah buatnya... fikirlah yang kat belakang rumah dia tu bukan hutan lagi.....

 Jiran end lot pulak.... dia ni awal lagi dah nampak sombongnya. Asyik dok ulang kat kami yang dia baru je 30 tahun tapi dah beli rumah ..... ala ingat dia seorang aje je yang beli rumah awal... mama beli rumah lagi awal dari dia tapi tak kecoh pun... dia ada perdana dan myvi...dan motorsikal... mama cuam ada proton yang dah 20 tahun umurnya dan sebuah lagi kereta biasa yanag umurnya dah 10 tahun... kalau nak jual pun hanya tinggal kurang RM 10K kereta ni... Dia ni tebang pokok melor yang majlis dareah tanam di depan rumah  tengah-tengah kat pagar yang memisahkan rumah kami... pas tu dia tanam  pokok mangga. Yang mama tak puas hati tu kenapa tak tebang pokok belah lagi satu sebab dia end lot so banyak lagi ruang depan pagar dia sebab ada halaman hampir 8 kaki lagi. Dah tentu tak ganggu orang lainkan.... pas tu dia suka parking blok kat kawasan rumah mama sedangkan kawasan rumah dia tu luas.... memang menjengkelkan... lagi satu suka sangat sidai bagai-bagai kat pagar di porch dan letak kasut atas pagar tu... pagar yang memisahkankan rumah ni batu... so kalau nak letak pasu bunga pun boleh.... ermmm geram betul...dan anak dia suka main bola dan dengan sengaja baling bola tu ke porch rumah mama dan lepas tu panjat ikut tembok pagar  tu masuk rumah.... ermm memeang geram... kawasan sebelah kiri rumah dia tu punyalah luas... tak ada apa pun 8 kaki x 72 kaki ke belakang... mainlah kat situ... tak da sape nak marah pun.....

Jiran kanan pulak sebenarnya ok cuma suka sangat buang sampah tidak dimasukkan dalam tong samapah sedia ada di pagar rumah tu. Sampah bukanlah diambil setiap hari ...ada jadualnya 3 kali seminggu. Ni letak dalam plastik hitam tu lepas tu letak kat bawah pokok depan rumah. Kucing banyak apa lagi dipungahnyalah plastik tu.. jadi bersepah-sepah dan bau busuk. Pampers lagi bertaburan .... aduhai....Bukannya susah bukalah pintu tu sumat aje sampah tu kat dalam tempat sampah ni tah kenapalah malasnya... nak cakap susah tak cakap pun susah... inilah kisah  jiran-jiranku...


Monday 26 August 2013

RUMAH CSRU - CIVIL SERVANT RESERVED UNIT

Kakitangan kerajaan diberikan peluang untuk memliki rumah di kawasan Putrajaya melalui cara rumah CSRU.

Harga rumah di Putrajaya semamagnya amat mahal. Untuk unit pangsapuri aje  paling murah pun                  RM 400K....Kalau rumah teres hampir  RM IM  dan kalau semi D lagilah mahal kan.... jadi bagai kakitangan kerajaan adalah satu mekanisma yang memberi kemudahan keada golongan ini untuk membeli rumah di Putrajaya yang dinamakan CSRU... syaratnya boleh tengok di Laman web Putrajaya Holding Berhad. Antaranya ialah rumah tersebut tak boleh dijual dlaam tempoh 20 tahun dan hanya boleh memohon sekali sahaja. harga yang ditawarkan bagi CSRU ialah selepas diskaun 25%.

Sekarang ni pangsapuri paling murah pun lebih RM 400 K...ni pun ah diskaun 25 %... mahal kan... kalau yang teres lagilah mahal dekat RM 750 K.... kaki tangan biasa memang tak mampu nak beli kecuali golongan jusa kot.

Eh hubby mama ada gak mohon rumah ni ... dan baru minggu lepas terimatawaran rumah CSRU untuk jenis pangsapuri... mak ooi harganya RM 411K.... macam mana nak bayar tu... tambahan pulak rumah sedia ada dah tolak gaji RM 1300....dan sampai pencen tak habis bayar... yang ni nak bayar pakai apa pulak... ni tengah nak fikir-fikir nak terima tak tawaran tu... mana nak cari duit nak bayar... nak buat pinjaman pun susah ni.... aduhai....
 contoh dari en google..




Friday 23 August 2013

SUKA DUKA SEPANJANG TAHUN 2013 hingga OGOS

Assalamualaikum . Besua kembali dan kali ini mama ini mencoretkan pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2013 yang mewarnai  kehidupan mama sekeluarga.

Bermula dengan perkara yanag mengembirakan dimana  awal tahun ini mama sekelurga telah menduduki rumah sendiridi BBST setelah berpindah dari kuarters di Putrajaya. Bermulalah episode baru dalam kehidupan keluarga mama di mana semua kena bangun awal dan keluar rumah sebelum 6.30 pagi unntuk menhanghatar anak-anak mama yang masih bersekolah di Putrajaya iaitu angah dan si bongsu yang baru masuk ke tingkatan 1. Gunakan satu kereta aje bagi menjimatkan petrol. lepas hantar anak, en hubby hantar mama  pas tu en hubby ke pejabat di Serdang.

Anak-anak lepas habis waktu sekolah kena tunggu sampai petang balik sekali dengan mama dan en hubby. Pukul 6.30 atau 7 petang baru sampai rumah. Yang kasihan anak-anaklah. Yang lelaki tu apa lagi main jelah dengan kawan-kawan. Balik dan penat apa lagi tidurlah....

Along pulak duduk kat rumah sementara menunggu keputusan SPM. Erm legalah mama ada orang tolong basuh baju, kemas rumah. Di samping itu along juga ambil  lesen untuk motorsikal dan kereta. Yang ni mama dah cerita sebelum ni... 4 kali baru along lulus lesen kereta... alahai.

Lepas tahun baru Cina dalam bulan februari anak bonsgsu mama dapat MRSM di Kuala Kubu Bahru. satu-satunya anak lelaki yang dapat sekolah berasrama. Syukur alhamdulilah. Sedih pun ada juga sebab tak pernah berpisah dengan anak-anak lagi. Namun demi masa depan yanbg terbaik buat anak-anak perkara ni harus ditempuh. Syukur tak banyak masalah untuk anak lelaki mama ini menyesuaikan diri di asrama.

Awal tahun ni jugalah mama perasan ada kelenjar di leher mama. Tapai buat tak kisah aje sebab tidak sakit dan mama memeng sibuk masa tu. Lepas selesai urusan hantar anak MRSM, sibuk dengan kerja di ofis. ada bengkel lagi maka mama pun tak kisah lah sampai awal Mac baru nak ambil tahu pasal kelenjar tu. Pergi ke hospital putrajaya buat bagai-bagai sehinggalah mama kena buat operation di IJN seperti yang mama ceritakan dari Part 1 sehingga 11.

Bulan Jun along pulak meninggalkan rumah untuk menyambung pelajaran di Kuantan. Kali pertama lah along ni jauh dari mata mama. mama gaghkan diri ke Kuantan walaupun baru sebulan jalani pembedahan. Bagai-bagi benda kena buat sebelum ke Kuantan tu termasuk medical check-up. semuanya kena uruskan sendiri. beli semua barang keperluan sendiri. Alhamdullilah semua telah selesai.

Balik hantar along kena admit IJN pas tu jalani pembedahan kali ke dua... hu..hu... 3 minggu berkampung di IJN. Harijadi mama pun dok kat IJN... hari jadi along pun mama tak sempat nak beli apa-apa. Hari jadi anak lelaki pun mama tak dapat nak beli apa sebab baru je lepas operation kali kedua dan dia pun kat MRSM... hanya ucapan melalui SMS dan telefon aje.. Aniveseray mama pun kai IPR... tak buat apa juga...

Puasa mama masih kat IJN...lepas tu bila balik rumah mama tak larat gak nak puasa... 11 hari hutang puasa dan solat terawih dan solat sunat hariraya pun mama tak ke masjid... alquraan pun sikit aje bacanya... tak da buat kuih raya pun... tak da shopping raya pun dan tak berhari raya pun..abang dan kakkak mama datang beraya... kuih muih en hubby beli aje... pas tuadik huuby hantar makanan dan kuih....kuih dari kampung kakak dan abang termasuk lauk dan nasi dari birsa mama yang dikirimkan melalui adik hubby pada raya ke 4.... terima kasih semua...