PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Monday, 27 July 2015

RAYA 2015

Assalamualaikum. Mama ambil kesempatan nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri walaupun dah masuk hari ke 12 Syawal hari ini. Kebanyakkan kita telah habis cuti raya kan dan kembeali semula ke rumah masing-masing untuk menjalani kehidupan seperti sedia kala. Anak-anak dah mula bersekolah semenjak Rabu lepas. Namun ada juga yang masih tidak bersekolah kerana menambah cuti sendiri di kampung atok dan nenek masing-masing. Anak mama telah kembali ke sekolah pada Selasa lepas lagi. Kami balik kampung sekejap aje. Kedua-dua belah pihak mama dan en hubby telah kehilangan ibu bapa masing-masing. Jadi balik pun tak lama la. Semalam di rumah kakak mama dan semalam di rumah abang sulung en hubby. Pas tu berhari raya ke rumah abang mama, anak sudara mama, rumah abang ats en hubby mama, maccik en hubby mama. Tahun ini jumlah rumah yang hendak dizirahi dah berkurangan kerana beberapa orang makcik dan pakcik telah kembali menemui penciptanya. Maka tiadalah sesiapa dirumah mereka. Sebelah mama semua mak saudara sebelah ibu dan abah mama semuanya dah tiada. Tingallah sepupu sepapat aje. Dapatlah mama berjumpa beberapa orang sepupu sepapat  yang jarang-jarang dapat berjumpa. Sempat juga ke Pontian singgah rumah sepupu mama di sana selepas menziarahi sahabat mama di Johor Bahru pada hari raya ke dua.

Dah lama mama tak ada tema warna semasa berhari raya tapi tahun ini en hubby setuju nak beli baju melayu baru dengan pilihan warna biru turqouise. Jadi kami semua belilah baju sama warna. Rupanya bila balik kampung ramai yang pakai warna sama rupanya. Adik en hubby sekeluarga dan abang sulung en hubby serta sepupu en hubby pun pakai warn yang sama.... acam berjanji la pulaknya.... meriah gitu..
Meh layan gambar raya pulak....

dalam perjalanan balik ke Batu Pahat, berhampiran exit Tangkak beberapa buah kereta telah mengalami kemalangan dalam keadaan hujan yang agak lebat. Mungkin follow rapat sangat kot... tak sempat brek ...

Sekian.... maaf zahir batin

Monday, 6 July 2015

ALHAMDULLILAH AKHIRNYA TERCAPAI SUDAH...

Syukur kepada NYA selesai suah proses pembelian kereta mama ni... kererta telah didaftarkan pada 26 Jun 2015. Mama hanya ambil kereta tu pada 4 Julai 2015...sebab daftar Jumaat kalau nak ambil 27 Jun keesokkannya tu geran masih belum dapat di JPJ sebab daftar kan online je... Malasla nak datang lagi minggu depan untuk mabik geran, lagipun maa kerja malas nak keluar untuk urusan peribadikan. Jadi mama ambil keputusan Sabtu lepas baru gi ambil.

Ini merupakan pembelian kereta mama kali ke 5 la sepanjang mama dah kerja. Ini juga lah merupakan masa yang paling panjang untuk beli. Cadangan nak beli 2013, dah pergi pun kat showroom tu, lepas tu tangguh sebsab mama kan masuk IJN dan bercuti panjang. Lepas tu 2014, memeberikan fokus untuk menunaikan rukun Islam ke 5. Tak mahulah beli kereta baru pas tu tinggal dalam tempoh hampir 46 hari. Jadi hajat tu nak beli lepas balik haji. Sekali lagi terpaksa ditangguhkan sebab en hubby tak sihat masuk Hospital serdang lama juga  hampir 21 hari dana lepas tu MC panjang.... awal tahun 2015, hajat nak beli, enhubby kata taunggu lepas GST la mana tau harga kereta akan turun.. Selepas GST 1 April tu, erm harga kereta tak banyak beza pun... sebelum puasa kami pergi book kereta tu... syukur kini selesai semuanya. Mama harap kereta ini merupakan kereta terbaik dan sentiasa dilindungi Allah. Ianya akan memberika kami keselesaan dan keselamatan dan berkhidmat kepada kami hingga ke akhir hayat mama. 

Inilah kereta yang termahal yang mama beli dalam sejarah kehidupan mama. Mama perlu fikir panjang dulu sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Mama mesti mampu untuk membayar kos pinjaman dan juga kos bahan api, serta kos penyelenggarannya. Setelah mengambil kira semuanya, mama rasa mama juga harus peri peluang pada diri sendiri setelah bekerja sekian lama, teringin juga untuk memiliki kereta ni... sebagai reward untuk diri sendiri.... 

ni la mama punya terkini JQX ****