Bonus Pendeposit TH 2014
6.25%
BONUS TAHUNAN |
+
|
2.0%
BONUS HAJI* |
Bagi yang ada simpanan di TH, telah diumumkan pendeposit diberikan bonus tahunan seperti di atas. Tambahan 2.0% bagi mereka yang belum menunaikan haji diberikan bomus haji.
Para penyimpan boleh mengemaskini akaun TH pada 26 Januari depan...
Pengiraan adalah seperti berikut:
Bonus Tahunan TH (6.25%)
(Baki purata minima bulanan akaun TH (Jan-Dis 2014)/12 bulan) x 6.25%
*Bonus Haji (2.0%)
1. Akaun simpanan yang baki purata minima bulanan kurang dari bayaran Haji (RM9,980)
-> (Baki purata minima bulanan (Jan-Dis 2014)/12 bulan) x 2.0%
2. Akaun simpanan yang baki purata minima bulanan melebihi bayaran haji (RM,9980)
-> RM9,980 x 2.0%
NOTA:
*Bonus Haji – Bonus haji adalah bonus khas yang diberi kepada akaun para pendeposit TH yang belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa (RM9,980)