PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Showing posts with label RAYA. Show all posts
Showing posts with label RAYA. Show all posts

Thursday, 25 October 2012

AIDILADHA RUMAH BBST



Assalamualaikum.... kejap lagi nak balik rumah..... biasanya sebelum ni mama kalau esok raya. Tapi malam ni anak sulung mama ada tuisyen... so tak lah cuti... lepas tuisyen, mam sekeluarga akan ke rumah BBST. Walaupun belum pindah secara rasminya, sebahagian bahrang keperluan asas dah ada kat sana.... TV< dapur, bantal, tilam, meja sofa,  meja makan dan juga peti sejuk yang bermasalah tu.... so kami nak tidur sana hujung minggu ni.... ni kali kedua kami nak tidur sana... cadangan nak pindah selepas SPM selesai. Barang dah bawak sikit-sikit ...

Si kat snaa tak da internet line... jadi rasminya rumah mama ni sunyi beberapa hari... selamat menyambut aidil adha... mam nak balik dah ni. Nak masak-masak pulak....



Friday, 24 August 2012

AIDILFITRI 2012

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh... selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin buat semua . Sepertimana yang lainnya bila hari pasti balik kampung... tak ketinggalan juga keluarga mama. Balik kampung sebab-aebab anak-anak je... kedua orang tua sebelah mama mahupun en hubby sudah tiada... jadi balik ke rumah kakak mama saja lah 2 malam. 

Kami semua sembahyang sunat aidilfitri di Masjud Putra. Selepas itu  kami semua menganbil kemsempatan buat pertama kalinya ke rumah terbuka PM di Seri Perdana. First time pergi... beratur untuk bersalamam dengan PM dan sebahagian daripada menteri kabinet. Tak lah lama tunggu kira-kira 40 minit gak beratur... selepas tu abru pergi ke jamuan makan. Aduhai sebut je nak makan apa semuanya ada,,,cuma tak larat nak makan... tak payah berebut pun.... sebelum jam 12 kami dah balik dah... meh layan gambar ni..


anak dara mama dengan pembaca berita TV3 yang membuat siaran lansung di Seri Perdana 

ni pulak dengan pelawak Abby Yus

dengan uncle Sathia

dengan Angelina Tan dan Pinky (penyanyi.. mama tak kenal pun)

oleh-leh dari PM selepas bersalaman kuih sartu bekas seorang


Add captionSelain kuih dapat mug serang satu.... berbaloi jugak lah kan
anak teruna mama dapat duit raya RM 5....

ni masa nak balik dari kampung ke ibu kota...aduhai jalan sesak dari pedas linggi samapi exit Seremban pada hari Selssa Raya ke 3

ni yang tak tahan ...... tapi harung jugalah bali cuti-cuti cam ni kan 

Ermmm setakat ni je lah cerita raya.... anak-anak seronok dapat duit raya dan main bunga api di kampung...