PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Thursday 29 May 2014

DAFTAR DI KOLEJ MATRIKULASI KEDAH

Assalamualaikum semua.... alhamdullilah selesai sudah pendaftaran angah di KMK. Syukur alhamdullilah segalanya dipermudahkan. Kami bertolak pada hari Sabtu jam 6.30 pagi dari BBST dan sampai ke Jitra pukul 1.30 petang. Perjalanan lancar. Berhenti 2 kali untuk makan, sembahyang dan isi minyak.
Kami hanya dapat booking hotel di Jitra memandangkan semua tempat di Cangloon penuh...termasuk home stay. Apa pun syukur kami masih ada tempat tinggal.  C Hotel.... okay lah pada mama. Cuma agak sempit tapi tak pe sekejap aje untuk tidur.
Lepas check in kami teruskan perjalanan ke KMK untuk tau kat mana mudah esok nak pergi. Tak jauh pun kalau tak sesak jalan dalam 20 minit sampai. Ronda-ronda keliling pas tu keluar terus makan kat gerai depan kolej tu.... Pas tu kami merayap ke Bukit Kayu Hitam Duty Free Zone... ermm mahal lah barang kat sana sape kata murah. Tak beli apa pun cuma beli coklat. Banyak jugalah borong coklat. Masa ni angah ada lagi sama.
Balik semula ke Jitra, lepas maghrib keluar makan kat restoran berhanpiran dengan hotel. Jalan kaki aje..pas tu balik tidur sebab dah letih sangat. Pagi lepas solat subuh dalam pukul 7 pagi kami gerak ke KMK. Tak berapa ramai lagi orang masih ada banyak ruang parking tapi pihak kolej suruh kami parking jauh... hu..hu.. terima aje lah kan.
Lepas parking terus gi hantar angah daftar. Hanya pelajar dibenarkan masuk. Kami pulak ronda-ronda kat depan pentas ruangan terbuka ada banyak gerai jualan  macam pasar malam tu. Gerai makan pun ada. Masa jalan-jalan tu jumpa staff mama di Pahang dulu. Hantar adiknya jauh dari Pekan.... lepas tu jumpa pulak anak sepupu mama hantar anaknya.... kira pangkat cucu saudara lah sebab atok dia kakak sulung abah mama. Anak tunggal dok  Segamat...En hubby dan anak mama seli sarapan dari gerai kat situ. Macam-macam ada..
Tak lama lepas tu angah siap daftar, terus gi asrama. Dapat blok C sebelah masjid... tingkat satu alhamdullilah. Dusuk 4 orang sebilik. @ dari Perak dan 1 dari Penang cina  comel dan lemmah lembut orang serta pembersih. Angkut semua barang nasib baik ramai sekali angkut je la kan... kemas bilik angah pukul sebelas taklimat ibu bapa di dewan besar.... tak lah penuh sesak dewan sebab  kat luar dewan pun ada skrin dan khemah. Lepas tu mama rasa lain macam pulak.... sakit kepala...aduhai sebab panas kan... so keluar dewan balik ke arsama baring kat kaltil angah. Telan panadol dan lelap 10 minit. Pas tu azan solat zohor,  gi makan tengahari di kafeteria... tak banyak lauk pilihan yang tinggal pas tu solat... naik asrama balik... ready to go untuk tinggalkan angah... sebak hati mama tapi terpaksalah kan.. tinggallah angah di sana dan kami semua bertolak ke Perlis. Along nak juga tidur Perlis. Masa ni  SUKMA jadi semua hotel penuh dan harganya naik lah kan. Along dapat booking Motel Arau.... dalam pukul 4.30 sampai lah sana... check in pas tu gi Kangar... semua kedai dah tutup. walaupun baru pukul 5 lebih je... pusing2 pas tu balik motel... Mahal ooo motel ni RM 150.00 cuma ada katil 2 single, TV pun siaran tak jelas, tuala pumyalah kecik dan tersangat nipis.... lain-lain tak ada.... biasnya RM 80 je... tapi SUKMA cekik darah la pulaknya...pas tu jalan kat pasarraya dekat motel tu.... along beli jeans, syafiq beli track suit..
Pagi esok lepas sarapan bertolak ke Padang Besar. Ingat nak ke wang Kelian... nasib baik tanya...rupanya hari ahad je buka.... kalau tak nyaya la kan .... samapai PB kedai baru nak buka.... ronda kat situ.. Tak ada apa yang menariknya. Mama tak beli apa-apa pun. Cuma anak teruna mama yang beli macam-macam..along pun hanya beli beg, purse, T shirt .

Berhenti di RTC Gopeng...

dari bilik hotel di Jitra

DUTY FREE zone Bukit Kayu Hitam

sebelum tinggalkan anagah

Sambung nanti la eek... penat dah ni menaip



Thursday 22 May 2014

HASIL BELAJAR MENJAHIT DI GIAT MARA

Seperti mana sedia maklum bagi yang dah mengikuti cerita ini, angah sudah pun berhenti dari kelas jahitan di Giat Mara kerana akan melanjutkan pelajaran selepas SPM ke matrikulasi. Jadi angah terpaksa berhenti la kan. Namum begitu kursus  jahitan ni kan tamat pada 6 Julai akan datang... jadi bagi yang lain-lain tu tak boleh berhenti sesuka hati tau. Sebelum menerima kursus ini satu perjanjian telah ditandatangani dan kalau berhenti tanpa sebab yang munasabah akan dikenakan denda... bukaan sikit tau... dimaklumkan RN 25 K.... banyak tu....Tapi masa temuduga dulu memang telah dimaklumkan sekiranya melanjutkan pelajaran tiada masalah, perlu mengemukakan salinan surat tawaran tersebut kepada pihak pengurusan untuk berhenti belajar...

Antara hasil kerja angah selama 4 bulan setengah:
blaous pertama angah jahit

kemeja.... Giat bagi kain warna putih.... jadi boleh buat pergi sekolah la

Gaun baby yang comel

Baju Melayu Moden

Baju kurung klasik...

skirt juga guna kain warna seluar sekolah menengah...hu..hu
baju kurung moden
siap jahit manik di leher baju lagi

manik di hujung lengan

Baju Melayu.... masa ni lom siap lagi... ha..ha

Yang ni beli kain sendiri untuk ayah...
Minggu lepas mula buat baju kebaya.... tapi angah dah tak pergi kelas muali hari khamis. Bagi can dia berehat dan membuat persediaan untuk ke matrikulasi..
Syukur alhamdullilah sepanjang menunggu keputusan SPM, angah telah mendapat ilmu yang sangat berguna. Daripada tidak tau menjahit dapat menghasilkan baju-baju sepertimana di atas....
Baju-baju tersebut kainnya dibekalkan oleh pihak giat mara.... jadi kalau nak kena bayar antara RM 5.00 - RM 10.00.... murah aje kan... angah beli semua untuk jadi kenangan angah masuk kelas jahitan...
Sekian sahaja cerita menjahit di Giat Mara