PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Showing posts with label DUIT. Show all posts
Showing posts with label DUIT. Show all posts

Friday, 20 December 2013

DIVIDEN ASB 2013

Semalam dah diumumkan divisen ASB.... apa nak buat dengan duit tu eek?? macam-macam dalam kepala... walaupun duit tu tak boleh ambik lagi kan....



Kurang sikit dari tahun lepas ... apa pun syukur. Bagi yang ada buat pelaburan tu seronok la kan...
Yang belum buat tu buat la... simpan sikit-sikit tapi tetap tiap bulan.... sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Displinkan diri... jangan ambik dividen tu tiap tahun... tenggok lepas 10 ke 15 tahun... insyalllah ianya ibarat menanam pokok. Bila dah matang ia akan menghasilkan buah yang lebat setiap kali.... baru lah ambik dan jual..(gunakan duit tu).


Friday, 2 November 2012

CREDIT CARD

                                      


Entri kali ni mama nka cerita pasal credit card. Rasanya semua orang tau kan apa dia credit card.  Ramai yang bangga bila ada @guna credit card. Kalau nak check in kat hotel-hotel tu mesti receptionist tanya bayar pakai apa? ada card ke?  kalau kata tak da card dia orang macam pelik aje... pandang pun one kind... mama selalunya bayar cash aje bukan nya selalu dok kat hotel tu kan dan paling lama pun 3 hari je.... duduk pun bukan hotel mewah, hotel biasa aje... tu yang mampu nak bayar cash tu...
Dulu mama memang pelik orang pakai credit card... isi minyak pun pakai credit card.... makan KFC pun pakai credit card...aduhai... tapi mama ada jugalah juga credit card baru-baru ni aje... tu pun setelah berbincang dengan eh hubby perlu tak mama ada credit card ni.... memeandangkan kekerapan mama out station hampir 10-12 kali sebulan, untuk memudahkan mama dok kat hotel dan nak tempah hotel tu... mama pun applylah card bank Islam. Tapi hanya guna untuk hotel je lah. Lain-lain mama beli tunai je. Namun semenak mama pindah ke ibu kota dan amat jarang out station, maka credit card tu terperam jelah dalam purse... dah setahun lebih tak gunakan... bayar je le kat bank seperti yang bank negara tetapkan RM 50 fee setahun... ingat nak berhentilah bukan ada guna pun...
Berikut mama sertakan tips untuk mereka yang ingin menggunakan credit card:
1. Kalau boleh tak payah guna kalau tidak ada keperluan sebenarnya. Kita belanja ikut kemampuan 
2. Kena pandai kawal perbelanjaan... maklumlah pakai card ni tak nampak duit, sedap je beli lepas tu sua  card pada cashier
3. Kena ingat credit card ni interestnya tinggi . Bila dapat je bil terus bayar semua perbelanjaan yang dibuat dalam tempoh yang ditetapkan. Memang kat bil tu dituliskan bayaran minima RM 50 je... walaupun  belanja beribu.... tu yang tak ingat nak bayar  ... belanja banyak bayar RM 50 ... lama-lama hutang makin  bertimbun  ditambah dengan interest yang tinggi 18 peratus tau paling minima... so kiralah berapa hutang .
Lebih baik pakai debit card. Semua orang ada card ni tapi tak mau guna.... sebabnya kalau guna debit card mesti ada duit kat dalam bank tu, baru boleh guna. Senang cakap card bank yang kita guna untuk ambik duit gaji kita tulah.... namun tak ramai yang nak gunakan ..betul tak renung-renungkan lah ..

Friday, 5 October 2012

UNTUNG KE BUAT PINJAMAN ASB

                      

Assalamualaikum.... malam Jumaat baru-baru ni program semanis kurma bincang topik bajet keluarga.... apa saja yang berkaitan dengan menngurus kewangan mama memang minat.... kali ni nak komen sikit tentang pinjaman ASB.... untung ke pinjam ASB ni melalui mana-mana institusi kewangan? 

Setelahmama kaji dan kira-kira, campur tolak darab bahagi..... mama rasa kalau kita simpan sendiri lagi menuntungkan.... tapi yang penting kena cekal hati, disiplin kuat.... jangan ambik bonus atau dividen... jika kita simpan RM 200 sebualan setahun dah ada RM 2400.... kalau 10 tahun dah jadi RM 24,000.00 kan... ni belum masuk dividen dan bonus tiap tahun 

                                


Analisis yang saya buat ini cuma ringkas saja dan tidak berniat untukmemburuk-burukkan pihak tertentu. Hanya sekadar untuk pertimbangan anda sebelum membuat keputusan untuk membuat ASB Loan (melabur ke ASB dengan duit pinjaman bank).

Dari contoh simpanan ASB RM 100,000 yang terdiri dari Deposit RM 5,000 manakala RM 95,000 pinjaman bank mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9% setahun)

==> Bayaran bulanan RM 731 untuk tempoh 20 tahun.

Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kpd anda.

Contoh:
Dividen 7% setahun, anda akan dapat RM 7,000 setiap tahun. Boleh dibelanjakan apa saja anda suka dan at the end of 20 years, anda akan terima RM100,000 yang boleh digunakan untuk beli rumah, pendidikan anak dan sebagainya.

Cara A - Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman

--------------------------------------------------------------------------

Hasil pengiraan saya menggunakan software Optimoney, jika dividen 7% setahun atau RM7,000 itu dibayar semula kpd bank untuk mengurangkan baki pinjaman anda, loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6 bulan dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM 120,827 (termasuk deposit RM5,000 dan dividen RM7,000 yg dibayar semula setiap tahun) Ini bermakna, anda terpaksa membayar RM 120,000 untuk mendapatkan RM100,000 selepas 7 hingga 8 tahun.


Untung atau rugi?


Jika anda labur RM 731 ke dalam ASB setiap bulan selama 8 tahun pun, simpanan anda akan menjadi RM 94,260. Campur deposit RM 5,000 yang disimpan utk 8 tahun juga, future value adalah RM 8,590. Total nilai pelaburan anda = RM102,850. Dah lebih RM100,000 dah.


Cara B - Belanjakan Dividen setiap tahun & maintain membayar bulanan kpd loan

------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi loan RM 95,000 untuk 20 tahun pada kadar 6.9% setahun, jumlah pembayaran penuh selepas 20 tahun adalah RM 175,359 (kos) Dengan dividen RM 7,000 untuk 20 tahun = RM 140,000 dan duit ASB selepas 20 tahun = RM 100,000 (+) Duit Yang Diterima => RM 240,000


Secara kasar, nampak macam anda untung sebab anda perolehi RM 240,000 Dalam masa 20 tahun sedangkan kos pinjaman anda berjumlah RM 175,359 shj.


Untung pada mata kasar ==> RM 64,641


Tetapi, bila mengambil kira kesediaan dan keupayaan anda maintain Bayaran bulanan RM 731 selama 20 tahun, anda sebenarnya rugi besar. Ini kerana dengan simpanan RM 731 ke dalam ASB untuk tempoh 20 tahun, Nilai pelaburan anda akan menjadi RM 383,018 ! Ini bermakna,

oleh kerana anda ambil ASB loan dari bank, anda kehilangan 'potential gain'.

Total Value jika anda simpan sendiri = RM 383,018

Total gain kalau anda ambil loan = - RM 240,000
-----------------------------------------------------------------------
Kehilangan Keuntungan RM 143,018

Siapa yang untung sebenarnya? ==> Bank !


Dengan modal pinjaman RM 95,000, bank terima RM 175,359 dari anda sepanjang 20 tahun itu. Ini bermakna mereka untung lebih RM 80,000 dari keuntungan ASB yang anda boleh dapat jika anda simpan guna duit sendiri. Masalahnya, bank tidak boleh melabur dalam ASB kerana

ASB adalah untuk individu bumiputra. Dengan ASB loan, mereka dapat buat untung hasil dividen ASB yang mereka ambil dari pelaburan anda.

Siapa Yang Rugi ==> Anda sebenarnya!!!.

aku pun dah terkena ........

Oleh itu, lebih baik anda simpan ASB menggunakan duit sendiri.



Maklumat yang berwarna merah ni mama ambil dari  http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=11172