PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Wednesday, 18 September 2013

PENAMA WARIS

asnb 
Assalamualaikum... sedikit sebanyak kita yang hidup ni ada simpanan wang kalaupun tak ada hartanah yang lain. Maka seelok-eloknya kita letakkan nama pewaris bagi setiap simpanan kita seperti di Tabunh Haji atau KWSP. Senang aje... pergi aje ke TH atau pejabat KWSP, ambil borang, isi dan hantar balik.... sekejap aje masa yang diambil. Ini akan memudahkan waris yang berhak membuat tuntutan sekiranya kita meninggal dunia.

Tapi bagi ASB, mama difahamkan tak boleh letak nama pewaris macam TH @KWSP. ASNB menamakannya sebagai  Hibah Amanah. Boleh tengok SINI.. .http://www.asnb.com.my/Hibah/faq-bm_hibah.pdf

  Yang ni banyak kerja sikit... kena isi borang, pas tu kena pergi mahkamah  jumpa pesuruh jaya sumpah...    lepas tu ada bayaran yang dikenakan dan juga bayaran  servis tahunan.Nantilah mama nak kepejabat ASNB lepas tu baru sambung cerita ok.... tak tau lah bila free nak pergi tu...