Assalamualaikum...nak kaya tak? semua orang hendak kaya kan... tak orang dalam duni ini ingin hidup susah ya tak? Duit atau wang adalah salah satu elemen penting dalam kehidupan seharian hari ini. Semua benda perlukan duit dalam dunia ini.... cuma satu je yang rasanya masih boleh dapat free kat dunia ni iaitu oksigen yang kita sedut tiap hari untuk bernafas meneruskan kehidupan ...betul tak? Air bayar, letrik bayar, nak masuk toilet pun sekarang ni kena bayar kan...... cuma kat R&R je yang free lagi....kalau nak nyaman pasang aircond ...ken a bayar gak.... ooopsss bagi yang dok kat Selangor dapatlah air free untuk 20 meter padu......
antara buku-buku kewangan yang dah mama baca.................................................. |
1. Kita perlu bekerja untuk mendapat duit.... tak kiralah kerja sendiri, makan gaji, berniaga atau sebagainya
2. Kita perlu mengawal perbelanjaan
3. Kita perlu meletakkan matlamat apa yang akan kita capai dalam satu tempoh yang ditetapkan
4. Kita perlu merancang perbelanjaan bulanan
5. Kita perlu catat setiap perbelanjaan harian walau pun kecil jumlahnya
6. Kita perlu ada simpanan kecemasan sekurang-kurang 6 bulan gaji bulanan sepanjang masa
7. Kita perlu berjimat-cermat atau buat kerja sampingan untuk tambah pendapatan
8. Elakkan berhutang
9. Elakkan makan luar selalu.... sekali sebulan oklah...
10. Tak perlu tukar kereta selalu.... beli kereta pun ikut kemampuan.... jangan sampai lebih 50% gaji kena bayar hutang kereta....
11. Penting juga sediakan bajet keluarga setiap tahun... macam PM umumkan bajet untuk tahun depan jumaat ni... maka kita pun perlu buat bajet keluarga sendiri...
12. Jagan lupa tunaikan kewajipan kita sebagai umat Islam... zakat wang simpanan/ zakat pendapatan/ harta.
13. Kawal perbelanjaan anak-anak.... terutamanya top up handphone...
Nanti kita sambung lagi cerita pasal duit ni ya....