PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Friday, 30 November 2012

SKT OH SKT

                                
Assalamualaikum.... bersua kembali di teratak mama ni. Agak sibuk minggu ni. Isnin dsampai rabu pergi conference.... ni nak memenuhi tuntutan pegawai awam kena menghadiri kursus sekurang-kuranya 7 hari setahun. Mama ni memang lah tak rajin nak apply gi kursus ni... kalau tak terpaksa memang tak gi punya.  Ni pun pilih tempat yang boleh balik hari. Tak payah dok hotel.... Lepas tu Khamis mama masuk ofis, aduhai melambak kerja nak buat..... ada papaer kena buat untuk bos mama untuk bentang dengan KSN minggu depan ni... lepas tu mama kena prepare maklumbalas untuk YBMK mengenai article di The Star semalam.... dan kena buat SKT.... bagi yang kerja gomen memang  terrorlah kan .... sasaran kerja tahunan.... dulu isi manually guna borang maacam kat atas tu... la ni on line guna HRMIS.... 

Ingatkan guna online ni senang..... ermmm indah khabar dari rupa... nak log in pun sikit punya lembab... dah tu sangkut pulak.... nak save tak boleh..... hari ni last day pulak tu...internet kat putrajaya pun slow..... amacam... petang ni langsung tak boleh bukak... di tutup sementara.... apa hal pulaknya tu???? aduh....bilalah nak siap ni... kat rumah pun tak boleh buka....