PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Friday, 4 September 2015

PERMOHONAN IPTA MELALUI UPU dan kesibukan sepanjang minggu...


Mama anak cerita pengalaman mama mengenai permohonan masuk IPTA melalui UPU.
Sepertimana yang semua sedia maklum bahawa selepas SPM atau yang setaraf dengannya anak-anak kita akan ada beberapa pilihan seperti sambung belajar ke tingakatan 6, asasi, matrikulasi atau memasuki mana-mana kolej kemahiran bagi yang tidak mahu meneruskan pelajaran ke IPT.

Anak sulung mama tamat SPM pada tahun 2012. Masa tu dia mohon matrikulasi dan juga kursus diploma di IPTA. Matrikulasi tidak berjaya. Jadi tunggu kursus peringkat diploma IPT. Malamgnya tidak juga berjaya. Along ditawarkan naik tingkatan 6. Rayuan UPU juga dihantar. Selepas merayu, anak mama alhamdullilah dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang akauntasi di IPTA. Syukur alhamdullilah.

Angah pula selepas SPM 2013 hanya dapat tawaran matrikulasi. Tiada tawaran tingkatan 6 amacam along. Tawaran kursus diploma melalui UPU juga tidak dapat. Alhamdullilah angah dapat matrikulasi. Setahun bertungkus lumus angah di matrikulasi dan alhamdullilah angah berjaya denagn cemerlang pada mama walaupun tidak dapat CGPA 4.0. Mama tetap bersyukur dengan pencapaiannya. Berkobar-kobar semangat angah untuk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah dalam bidang yang berkaitan dengan sains. Permohonan dibuat melalui UPU. Tiba masanya keputusan dikeluarkan amat malang sekali angah gagal mendapat sebarang tawaran melalui UPU. Memang amat menyedihkan.

Selain dari UPU, angah juga memohon  ke USM dan UM secara terus. Namun ia juga gagal. Tidak puas hati denagn yang berlaku kerana ramai kawan-kawan angah yang poimter 2.5 ke bawah semuanya mendapat tawaran IPTA. Aduhai kesian angah. Rayuan juga dilakukan dengan klik butang rayuan bagi USM, UM dan UPU. Panjat juga lah ke KPT untuk mendapatkan penjelasan dari pihak UPU.  UPU juga ada membuka kaunter untuk rayuan dan pertanyaan. Mama dan en hbby pun pergilah ke kaunter tersebut pada 14 Ogos 2015. Jam 2.00 petang mama dah datang selepas solat jumaat. Kaunter tersebut hanya buka pad apukul 2.45 petang. sebagaimana yang tertera dipamerkan. Malangnya jam 3.00 petang masih belum ada pegawai bertugas.  Ibu bapa dan pelajar dah ramai yang datang. Lepas tu baru ada seorang pegawai perempuan sedang melayani seorang ibu kepada pelajar india. Dia suruh kami tunggu. Maka kami pun tunggu. Bila sampai pegawai ke 2 kami tanyalah, dia kata tunggu dulu. Lepas tu kami nampak pegawai tu dah layan pertanyaan ibu bapa lain. Aduh... hangin la juga. Tak la tak ada sistem nombor. Yang datang kemudian dapat layanan dulu. Geramnya. Lepas tu datang pegawai lain beberapa orang jam 3.30 petang. mama [untanyalah dengan pegawai tu mengenai permohoana UPU angah. Kenapa angah tidak mendapat sebarang tawaran. Mama nak jawapan secara sepesifik melalui semakan yang dibuat. Dia kata mungkin kursus yang angah pohon tu tak layak. Mama nak bukti. Dia pun tolong semak tapi mama tak dapat tengok masa tu. Mama diberitahu kursus pilihan 1 hingga 10 angah tak layak. Hanya kursus 11 dan 12 layak tapi bukan pilihan pertama itu sebab tidak dapat. Mama tidak puas hati . Macam sesuatu yang tak kena aje. Syarat khusus semua mama dah semak memang angah layak memohon. Tapi bila dia orang kata cam tu eeh... cam mana pulak. Mama suruh dia semak semula... ternyata semua kursus tu memang angah layak pohon pun...aduhhh..... gerammmmnya. Lepas tu dia cakap suruh buat rayuan. Mama kata apa posibiliti rayuan diterima, jawapannya bergantung pada kekosongan.La yang pointer rendah tu pun layak masuk mengapa angah tak boleh. Lepas tu dia kata suruh mohon kursus diploma tahun depan.... aduhhhhhh lagi sakit hati. Buang masa aje belajar matrikulasi. Kononya nak cepat buat degree, ni di suruh mohon kursus diploma. Kalau lepas SPM tu tak pe la juga kan cam along. Memang menyakitkan hatiiiiiii.
Lepas tu mama minta semak angah ni ranking ke berapa. Diberitahu permohonan ada seramai 200,000  permohon. Tempat IPTA ada hampir 50,000. Angah tempat ke 13,000. Eh cam na tu, tempat 13,000 tak ditawarkan ke IPTA. Pelik la kan. Kalau ikut merit pun patut dapat sebab yang CGPA lebih rendah boleh dapat. Merit cam na tu. Aktiviti koko angah memang aktif sangat... jadi ada yang tak kena  sistem UPU ni...

Errm mama kena buat sesuatu ni. Mana boleh dok diam aje. Kesian angah. Kawan-kawan dia semua dpat tempat. Mama tulis surat ke UPU setelah klik rayuan. Tulis surat ke UITM dan UPM. Rayuan hanya akan diketahui pada 15 September 2015 bagi UPU. Padahari Khamis 27 Ogos Pihak USM hantar SMS untuk tengok keputusan rayuan. Alhamdullilah angah berjaya untuk taawaran USM dan dikehendaki lapor diri pada 31 Ogos 2015. Aduh kesuntukan masa ni. semua belum buat lagi ni. Jumaat aje yang ada. Sabtu kena berangkat dah... sedangkan Jumaat tu mama dan en hubby nak ke KKB bagi program solat hajat PT3 dan lepas tu ambik anak teruna balik. Malam tu along juga balik dari Kuantan.... aduhhh namum Allah telah permudahkan segalanya. Pagi Khamis tu angah juga dapat tawaran UPM, lapor diri 30 Ogos 2015. Terus buat medical checkup di Pusat Kesihatan UPM, ingat nak gi swasta sebab nak cepat tapi pihak UPM hanya mahu ianya dijalankan oleh klinik kerajaan atau di tempatnya. Klinik kerajaan kena temu janji. Tak sempat. Terus ke Puasat kesihatan UPM, tanpa temujanji dan selesai dalam tempoh 1 jam. Syukur kepadaNYA. Jumaat ke KKB, program lepas Jumaat. Bertolak awal untuk keluar beli keperluan angah dulu, lepas tu terus ke KKB. Selepas asar balik jalan jem teruk. Along yang sepatutnya sampai jam 6.00 petang hanya tiba selepas maghrib di Bandar Tasik  Selatan. Naik ERL turun Putrajaya.Jam 8.00 malam along sampai terus balik rumah. Makan pun tapau je.... siap semua tidur keletihan.

Sabtu pagi en hubby ke pasar. Along nak makan rendang ayam. Pas tu masak memasak dan makan tengahari. Malam pulak along ajak makan KFC.. Erm keluar ke Nilai. Beli barang along sikit, pas tu makan KFC. Balik dah dekat 11.30 malam. Solat semua, kemas banrang angah nak lapor diri esok pagi  pas tu tidur. Belum pun lelap hampir jam 1 pagi hp berbunyi. Tengok dari adik ipar. OOO dah boleh agak... abang sulung en huuby meninggal sekitar jam 12 malam  terus mata tak nak lelap. Bincang dengan en hubby cam mana ni... katanya hantar angah lapor diri pas tu balik kampung. Siap urusan angah lapor diri sekitar jam 10 pagi balik kampung.  memang tak sempat nak jumpa jenazah sebab dah dikebumikan jam 10 pagi.. Syukur kami balik 2 minggu sebelum ini dan tidur rumah  arwah. Tak la terkilan sangat. Petang balik semual ke rumah sebab esoknya along pulak nak balik naik bas pagi. Trngahari hantar anak teruna pulak ke  KKB... aduhhhhh letihnya...