PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Showing posts with label ASB. Show all posts
Showing posts with label ASB. Show all posts

Monday, 5 January 2015

BONUS DAN DIVIDEN ASB 2014

41387510615 freesize TARIKH RASMI DIVIDEN ASB 2014

Tu dia jadual dividen + bonus ASB sejak 1990. Nampaknya makin lama kadar bonus dan dividen ASB ni makin menurunkan...
Apapun ASB lah satu-satu plaburan yang rendah risikonya. Jadi syukur alhamdullilah denagan apa yang diberikan. Tentunya ramai dah dah beratur untuk mengambil dividen ini pada 2 Januari lepas kan. Dan mungkin hari ini juga semua bank-bank penuh dengan orang ramai yang belum berkesempatan mengambil dividen tersebut. Buat sesiapa yang belum lagi melabur dalam mana-mana pelaburan, bertindaklah untuk melabur. Terpulanglah nak melabur di mana dan jenis pelaburannya. Yang penting kita perlu bijak untuk menjana pendapatan demi kelangsunganhidup di masa hadapan.


Wednesday, 5 February 2014

Bonus TABUNG HAJI


                          

Semalam mama pun semak lah bonus tabung haji sebab en hubby kata bagi yang belum pergi haji dapat tambahan bonus 2 %. Yang dah pergi tak dapat. Jadi jumlah yang kita dapat ialah 8% ermmm tinggi tu. Lebih tinggi dari ASB. Tulah yang teruja. Tapi mama memang tak perasan pulak pasal bonus tabung haji ni. Tu yang tak semak. Tapi bila en hubby bagi tau mama pun semaklah.

Aduhai en hubby telah salah faham. Memang TH bagi tambahan bonus 2% bagi yang belum pergi haji tapi bukan atas jumalah simpanan tau.

 NOTA:

*Bonus Haji – Bonus haji adalah bonus khas yang diberi kepada para pendeposit TH yang belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa (RM9,980).

Jadi yang dapat bonus tu tambahan paling banyak pun hanya RM 199.00 aje...
So tak payah lah nak jeles kalau yang dah pergi haji tu.... bukan banyak sangat pun bezanya kan, kecualilah kalau ikut simpanan yang ada memang banyak bezakan....



Tuesday, 4 February 2014

HUKUM MELABUR DALAM ASB/ASNB

Kadar tahun 2013

Kali ni mama nak cerita pasal ASB. Awal tahun 2 Januari 2014, mama cuti sebab nak hantar anak mama balik MRSM. Jadi selesai urusan tu mama pun ke pejabat pos nak buat urusan kiriman pos express. Mak ooi punyalah ramai orang. Tak jadilah nak tunggu sebab masa tu dah pukul 2 petang dan giliran mama ada 130 orang lagi... so cabutlah. Pergi pulak may bank nak buat bank draf, ermm penuh jugalah bank. Nak ambil nombor pun beratur. Apesal ramai sangat orang sana sini ni... rupa-rupanya orang dok ambil dividen ASB. Tak ingat langsungla mama pasal tu...

Banyak yang kata melabur dalam ASB ni haram. Tapi Majlis Faktwa Kebangsaan mengatakan harus.
Boleh rujuk kat sini pasal perbahasan tu http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pelaburan-dalam-asn-asb-dan-seumpamanyahttp://www.propertywaltz.com/2013/08/amanah-saham-bumiputra-asb-haram-atau.html   dan boleh juga baca http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/224-perbincangan-hukum-pelaburan-asb--kemaskini.html

Baru-baru ni suami mama balik kerja bagi tau kat tempat kerjanya ada jemput seorang ustaz bagi kuliah, dan disentuh topik melabur dalam ASB. Haram katanya. Umpama segelas air, jika termasuk najis seperti tahi cicak, maka air tersebut adalah najis dan haram untuk diminum atau menyucikan. Itulah contoh yang diberi. ASB tu 30 % tidak pasti pelaburannya katanyalah. Maka seperti perumpaan yang diberikan maka ianya haram...

Tapi ada seorang sahabat suami bertanya kalau air tu lebih 2 kolah, dah ada najis yang tidak mengubah warna, bau dan rasa air tersebut, maka air itu ada suci lagi menyucikan... macam mana dengan perumpamaan ini..... tergamam gak ustaz tu..... tu tak cerita lagi air laut yang ada macam-macam dalamnya kan, tapi tetap suci lagi menyucikan...ditanyakan jugalah kakitangan kerajaan ni terima gaji cam mana haram juga ke??? Sebab gaji ni dari wang yang disatukan....?????

Jadi terpulangkan kepada diri masing-masing. ASB adalah salah satu cara bagi orang melayu untuk bermain saham... kalau yang lain kita tak pandai.....