PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Wednesday, 21 August 2013

ANNIVERSARY



Assalamualaikum... 21 Ogos merupakan tarikh keramat dalam hidup mama. Tarikh dimana mama telah dijabkabulkan dengan en hubby mama. Tahun 2013 merupakan anniversary mama yang ke 19. Mama bersyukur ke hadrat ilahi dijodohkan dengan seorang lelaki yang sangat menyayangi mama, bertimbang rasa dan ringan tulang. Alhamdullilah mama dikurniakan 2 orang puteri dan seoeang putera sebagai pelengkap hidup mama. Hidup kami amat sederhana dan alhamdullilah kami bahagia.  Semoga Allah memanjangkan jodoh kami hingga ke akhir hayat, memberikan kebahagiaan ke atas keluarga kami, mejadikan anak-anak kami anak yang soleh dan solehah berjaya di dunia dan akhirat, tta akan perintahNYA dan berbakti kepada kedua orang tuanya.

Pelbagai dugaan yang keluarga kami tempuh pada tahun 2013 ini. Dugaan terbesar kesihatan mama yang terganggu dan perlu menjalani pembedahan yang besar di IJN. Pembedahan dilakukan pada bulan Mei dan mengalami komplikasi.  Terpaksa melakukan pembedahan kali ke dua pada bulan julai. Dan mam terpaksa berada di IJN sendirian sebab en hubby kena baik nak hantar anak maama ke sekolah. Along dah lapor diri ke kUantan. Si bongsu pulak alhamdullilah dah daftar kat MRSM februari lepas. Kalau tak tak taulah.

Terpaksa berpuasa di IJN dan en hubby dengan angah di rumah. Kasihan semua nya terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru.  Bila dah discaj mama tak boleh buat sebarang kerja. Semuanya en hubby dan angah yang buat. Banyak pengorbanan semua anak-anak mama dan yang utama en hubby mama. Terima Kasih suami mama yang begitu meberikan sokongan buat mama.