PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Showing posts with label BAJET. Show all posts
Showing posts with label BAJET. Show all posts

Tuesday, 25 February 2014

BARANG NAIK HARGA

                                              

Sana sini semua orang bising harga barang naik....minyak naik, letrik naik, gula naik, air naik, GST, cukai macam-macam naik bil astro pun naik..
Mama pun terasa juga dengan semua kenaikkan ni... tapi kita haruslah pandai mengurus perbelanjaan keluarga kita. Jom lihat semula penstrukturan perbelanjaan keluarga kita. Kalau banding 20 tahun dulu gaji seorang pegawai yang lulusan ijazah, lantikan pertama gaji bulanan hanya RM 12000- RM 1300. Lulusan diploma masa tu dalam RM 900. Memanglah kata masa tu zaman barang murah. Tapi dengan seribu lebih tu tidak ada ealun rumah dan lain-lain elaun masa tu....sebenarnya berat jugalah. Kalau yang beli kereta tu nak bayar kereta lagi, masa tu interest bank agak tinggi sampai 7%. Mama pun hanya mampu beli Iswara aje masa tu. Nak beli wira pun tak berani masa tu...
Kini gaji pegawai ijazah lantikan pertama tak termasuk elaun tu   RM 1,914.00- RM 2000+ bagi P1T1 bergantung pada jawatan masing-masinglah. Imbuhan kenaikan gaji tahunan juga telah ditambah baik. Begitu juga gred sokongan atau kumpulan pelaksana. Jadi kita harus bersyukur dan redha..... ramai lagi orang yang susah dari kita. Sebagai kakitangan awam pelbagai kemudahan lain dapat kita nikmati seperti pinjaman perumah, elaun cola, elaun rumah, elaun khidmat awan dan sentengah jawatan ada elaun krital, elaun pendalaman dan sebagainya.  Kita juga dapat kemudahan rawatan hospital tanpa perlu mengeluarkan kos rawatan. Sekiranya kita bekerja sendiri atupun swasta semua perlu kita tanggung sendiri.  Maka kita harus bersyukur. Memang susah nak kaya kalau kerja makan gaji ni tapi kita tidak akan susah samapi tak cukup makan kalau kita pandai mengurus perbelanjaan kita. Insyalllah.
Jika kita tidak dapat menambah pendapatan, kita perlu lakukan penjimatan bagi membolehkan kita punya simpanan masa depan.
Lihat apa yang boleh kita lakukan. Kereta tak perlu beli yang mahal-mahal macam preve, honda, toyota, chevolet dan macam-macam jenama lagi. Mungkin jika kita tidak perlu memandu jauh, kita boleh gunakan kereta Saga terpakai aje. Tak perlu buat hutang banyak-banyak. Tapi kalau kita hari-hari kena memandu jauh, belilah Saga baru. Produa jua ok...Telefon, tidak perlu yang canggih. Tengok apa keguaan kita. Kalau setakat buat panggilan dan SMS beli yang biasa aje, murah kan... tak perlu beli S4, I Pad, Apple, Note dan sebagainya. Gunakan telefon itu untuk buat panggilan yang perlu..... Bawa bekal ke pejabat terutamanya air. Tak perlu beli waktu makan... banyak boleh jimat tu kalau tiap hari.. Kalau merokok, berhentilah merokok. Duit tu buat tabungan masa depan anak-anak kita kan bagus.
Baju, tudung beg tangan kasut dan lain-lain tu tidak perlu beli selalu, mengejar fesyen.... memang tak terkejar. Hadkan baju baru setahun beberapa helai, bukan tiap bulan beli baju dan tudung baru...
Tak perlu masuk ASTRO.... tengok siaran percuma aje. Jimatkan pengunaan air dan letrik di rumah.
Berbelanja barang keperluan harian sebulan sekali aje. Kurang ke pasar raya, kuranglah kita membeli kan. Buat list barang yang hendak dibeli.

 Kita tidak boleh mengeluh sahaja tentang kenaikan semua barang tanpa mengambil apa tindakan sepatutnya. Kita harus bijak menangani masalah ini. Apa yang mampu dalam kawalan kita, kita harus mengambil langkah tertentu. Tapi yang di luar kawalan kita memang kita tidak boleh nak buat apa. Contohnya naik minyak, kita kena juga bayar nak isi minyak kereta kan. Apa yang boleh kita buat ialah kurangkan perjalanan yang tidak perlu umpamanya ke pasar raya taip minggu.Kalau tidak kerja jangan ke mana-mana kecuali perlu..... Cukai pintu.... memang tak boleh nak jimat...bayar je la kan...


Tuesday, 17 December 2013

SEGALANYA NAIK.....




Ermm nampaknya kena banyak jimat ni. Belanja ikut keperluan dan kemampuan. Bukan ikut kehendak dan keinginan. Segala perbelanjaan harian telah meninggkat...

Minyak kereta bertambah, letrik juga bertambah.... barang-barang keperluan harian juga meningkat. Harga kuih-muih juga semakin mahal. Nasik lemak sebungkus pun ciput aje, kosong tak de apa-apa pun paling tak RM 2.00.  Makan 2 bungkus baru cukup...aduhai...Roti canai kena makan 3 baru ok.... sebab saiznya makin mengecilllllll.

Ni dengar khabar tol pulak nak naik... mak oooi...
Baru je beli persiapan persekolahan anak bongsu. Tu pun tak beli semua. Beli yang perlu aje... tu pun hampir RM 300... belum pun lengkap lagi... kasut tak beli lagi... seorang...kalau ada 3 atau 4 orang berat tu... tak masuk yuran lagi, tambang bas, duit poket bulanan. Ditambah lagi dengan duit top up.... yang ni semua anak ada hp... maka paling tidak RM 30 sebulan atau lebih... ermmm


                                                   


Monday, 28 October 2013

SETELAH PENGUMUMAN BAJET 2014



Ermm semua orang dah tau apa yang ada dalam bajet 2014... rata-rata kat ofis mama ni dok bisinglah pasal kenaikan harga gula.... baru ni bising pasal harga minyak....

Tak banyak yang menarik bagi mama lah kali ni.... isu GST juga  ramai yang bising juga... BR1M pun ada yang bising katanya tak ikut janji pilihanraya..... hu..hu.... aduhai....serba tak kena nampaknya...

Mama yang minat dapat tak cukai taksiran cukai individu.... gula naik... tak kisah benar sangat sebab mama kurang guna gula .... eek ye ke... tak juga  gula hanya buat minum pagi sekali sehari je... pas tu amat jarang lah guna gula.... memang takrmai yang guna gula hari-hari kecualilah penjual kuih muih... jual kek... memang pakai banyak gula kan... so mama pun bukannya hari-hari buat kuih atau beli kuih... selalunya buat sendiri  sarapan...yang simple aje...nasi goreng, mee goreng paling mudah roti gardenia... eeh akan naik ke harga roti ni nanti,...tunggu dan lihat ajelah...

Air... memaang jarang mama beli... tak tau berapa harga secawan teh tarik, nesceffe , milo ais... sebab amat jarang beli kecuali sekali sekala bila makan angin la.... kalau ke ofis minum air kosong aje...

Kalau takrif letrik dan air naik...yang ni memang merisaukan.... sebab banyak pakai ni hari-hari...

Apa pun dah kita aminta naik gaji... tentulah harga barang juga naik kan.... kalau dulu gaji mama masa masuk kerja 22 tahun dulu sebannyak RM 1470.00 aje... gaji berbekalkan ijazah ya... tapi kini dengan jawatan yang sama dengan mama gaji permulaan termasuk elaun hampir RM 4k... berapa % kenaikkannya ....
so kita kena tengok baliklah susuan perbelanjaan keluarga... kalau nak tambah duit cari pendapatan sampingan atau kena kurang belanja... kalau buat dua-dua lagi baik...

Apa yang boleh kita buat adalah seperti berikut:
- senaraikan bil-bil yang kita kena bayar... lertik, air, pembentungan, astro, streamyx@unify mana yang boleh dikurangkan..
- kurangkan beli makanan diluar atau makan luar..... masak sendiri, bawa bekal ke pejabat/ anak sekolah
-kurangkan penggunaan letrik dan air di rumah
-tak perlu astro kalau boleh tengok TV dengan siaran percuma... sebab astro pun asyik ulang cerita sama je
-kurangkan bil telefon/sms .... guna bila perlu aje... termasuk untuk anak-anak kita ya.sebab duit tu dari kita
-beli baju, tudung atau lain-lain bila perlu aje...tak payah la nak tudung terkini...memang tak terkejar punya
-jimatkan penggunaan barangan seperti ubat gigi, sabun cuci baju.....dan lain-lain kalau perlu
-tak perlu pakej internet dalam tablet, telefon ke kalau kita tak bolej jana duit dengannya... guna wifi aje..yg free tu...
-tak perlu guna kereta cc besar kalau nak beli kereta...... cari yang berseuaian jan honda, vios...mahal tu...
-kongsi kereta ke pejabat atau guna pengganggkutan awam ... tengok mana yang lebih senang..
-jangan ke hypermarket lebih dari sekali sebulan.... senarai semua barang keperluan baru gi sekali sebulan...
-jangan makan fast food...KFC, Pizza...kalu nak x leh lebih sekali sebulan
-belanja ikut keperluan.... bukan kehendak
-tak perlu beli kuih raya banyak-banyak.... atau lebih baik buat sendiri yg senang aje spt honey cornflake tu
-tak perlu tukar langsir bila raya...mama tukar 4 tahun sekali aje.... jimat...
- simpanan perlu ada minimum 10 % dari gaji dan jangan ambik keluar... untuk masa depan labur dalam ASB
-potongan insuran pendidikan ...penting buat anak-anak perlu diutamakan
-simpanan kecemasan perlu ada jika ada hal diluarjangka ke... ini juga penting
-ke klinik kerajaan untuk rawatan .... kalau kakitangan kerajaan x payah bayar, kalau bukan bayar pun murah je...x yah ke swasta.... kecuali terdesak sangat-sangat..

ni contohlah... boleh gunakan kreativiti sendiri nak buat cam mana ... kalau ada kawasan tanam cili, serai, kunyit dan sayuran di sekitar rumah..... kan boleh jimat...

 Amacam... ayuh buat pilihan .... semuanya ditangan kita sendiri ...