PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Wednesday, 17 April 2013

MASS IN THE CHEST X RAYS

Nilah x ray yang membawa mama menjalani semua ujian CT dan MRI.... nampak tak apa yang abnormal?
Look carefully at the Lside in the heart shadow..... more density noted.....

PROCEDURE CT SCAN

mesin CT Scan
Assalamualaikum... seperti yang mama tulis sebelum ini, mama akan kongsikan pengalaman mama menjalani ujian CT Scan. Tentu anda pernah dengar apa itu CT Scan kan.... selalu orang cakap kena buat ct san.... mama first time menjalani ujian ini.... ujian yang di lakukan di salah sebuah hospital kerajaan..

Tulah rupanya mesin CT scan ...macam dalam gambar di atas tu.

Ni mama copy je....A CT scan stands for Computed Tomography scan. It is also known as a CAT (Computer Axial Tomography) scan. It is a medical imaging method that employs tomography. Tomography is the process of generating a two-dimensional image of a slice or section through a 3-dimensional object (a tomogram).
Setiap orang mungkin mempunyai pengalaman yang berbeza, Ianya bergantung kepada bahagian mana dalam badan kita yang akan di scan. Ini bergantung kepada doktor pakar yang memeriksa pesakit dan menentukan samada nak buat CT kepala, thorax, abdomen, leher atau sebagainya.

Mama  diminta menjalani CT scan bahagian kepala, leher, thorax dan abdomen.... banyak tu..... tension-tension...

Persediaan menjalani CT
1. Ujian ini akan diminta oleh pakar yang melakukan pemeriksaan ke atas pesakit.
2. Pesakit akan diberikan tarikh temujanji bila ujian akan dilakukan.
3. Pesakit diminta menandatangani akuan persetujuan bagi menjalani ujian CT Scan tersebut.
4. Tedapat beberapa soalan tentang kesihatan yang akan ditanyakan pada borang checklist seperti alahan, ada penyakit asthma ke tidak... penting kerana ada ubat yang perlu diberikan kepada pesakit sekiranya pesakit ada asthma atau allergi sebelum prosedure
5. Dikehendaki berpuasa pada hari pemeriksaan dijalankan, iaitu tidak boleh mengambil makanan atau minuman selepas 12 malam  sebelum menjalani prosedur CT scan..

Perkara di atas telah dimaklumkan lebih awal. Jam 8 pagi mama dikehendaki ke Jabatan radiologi . Selesai pendaftaran, mama menunggu agak lama juga. Jam 8.30 pagi, nana mama dipanggil. Ingat dah boleh terus buat prosedure... rupanya mama diminta minum sejenis minuman khas  yang mana bila diminum, ianya akan kekal dalam sistem pennghadaman iautu, perut dan usus... jadi bila ambil image scan tu boleh nampak...
banyak pulak kena minum tu.... 300 mls sebanyak 3 x. Mula 8.30 pagi, setelah tu setiap 20 minit.... mak ooi. Satu yang memang susah bagi mama la.. sebab selalunya mama ni tak minum air banyak secawan tu pun tak habis.... ni nak minum banyak pulak air tu yang ada flavour oren...tapi rasa nak muntah tau.... sabar je la   minum jugalah kan... lepas tu gi toiletlah kejap-kejap... pukul 9.15 mama pun di minta tukar pakaian... buang semua pakaian yang ada di badan.... pakai baju seksi yang diberikan tu..... putih, nipis dan kena ikat belakang, tapi tak da sape nak tolong ikat .... tension... dahlah asyik nak kencing kan...

Sebelum buat tu kena minum air kontrast yang last sekali..... memang nak termuntah tahan je la... lepas tu kena baring kat atas temapat macam dalam gambar tu.... kecik je muat untuk badan mama.. kalau orang gemuk terkeluarlah dari ruang baring tu... he..he.. lepas tu ada dr datang bagi tau mama nak masukkan 500ml kontrast di laluan buang air besar..mak oooi.... lagilah berdebar.... dimaklumkan mama akan rasa tidak selesa semasa masuk cecair ni.... rasa macam nak buang air besar pun ada.... tapi kena tahan lah... tadi kot atas, ni kot bawah pulak...... lepas tu kena letak tampoon kat bahagaian sulit depan pulak.... ermmmm boleh tahan gak rupanya prosedura ni kan... seroius mama tak tau pun kena jalani semua ni...

 Kerana ianya melibatkan abdomen.... nak tengok usus, perut , dan usus besar.... tujuan semua prosedure di atas ni. Lagi satu kontrast dimasukkan terus ke dalam saluran darah... macam masuk air di hospital tu..... ini bertujuan untuk tengok jantung dan semua saluran darah...

Memang tak selesa... tapi kena sabar la... mula-mula  ambil plan CT..... tanpa contrast yang masuk dalam darah tu... lepas tu semasa kontrast di masukkan... dan lepas tu delay.... iaiatu kena tunggu 10 minit selepas kontrast dimasukkan... semasa prosedur dijalankan pesakit diminta baring dan tidak dibenarkan bergerak...
Selepas aje masuk kontast dalam darah tu, mama rasa  seluruh badan panas.... takut juga.. tapi berdoa agar semuanya selamat dan bukan kesan komplikasi yang tidak dijangkakan... alhamdullilah setelah beberapa minit rasa panas hilang... dengan keadaan yang tidak selesa... nak terkencing dan ter ber***k tu nak tunggu 10 minit tu lamanya.... last mama mengelisah... dia orang pun datang tanya kenapa... mama kata lah yang mama nak ke toilet...dia orang kata 5 minit lagi.... mak ooi..... dah tak tahan ni.... maka dia orang pun shoot jugalah lepas tu.... siap terus mama lari ke toilet.....

Mama mengalami loose stool 3-4 hari lepas tu... mungkin kesan sampingan dari minuman dan juga yang dimasukkan dalam darah tu.... satu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan...

Lepas ni mama certikan pengalaman MRI pulak ya....


Harga rumah baru kini



Assalamualaikum.... bersua kembali di sini. Dah lama mama nak tulis tentang harga rumah sekarang. En hubby beli rumah yang kami duduki sekarang pada tahun 2010. Rumah teres 2 tingkat , intermediate keluasan 20 x 72 kaki. Masa tu harganya adalah RM 192 K. Besebelahan dengan taman yang mama tinggal ni, baru aje di naikkan banner nak buat rumah.... keluasannya 20 x 66+ kaki tapi satu tingkat  je... mak ooi harganya hanpir RM 200K.... yang 2 tingkat pulak dekat RM 300 K.  Baru je 2 tahun lebih, harga rumah naik berlipat ganda dan keluasan maskin mengecil. Rumah semi D pula hampir 1/2 juta.... takutnya mama. Manalah nak beli rumah cam tu kan... kerja kerajaan ni takat nak beli rumah kurang RM 250 K tu pun berat tau... Dengan gaji RM 4K memang sengkek nak tolak duit rumah yang RM 1300 sebulan, bil-bil air, letrik, astro, interner, handphone, minyak dan perbelanjaan anak sekolah memang menyeramkan.... nasib baik mama juga bekerja... kalau tak tak tau lah beli rumah flat jelah..... tu belum kira nak masuk rumah baru.... kurang-kurang kena ada RM 10-15 K... nak buat grill, kabinet, lampu, kipas, masuk air, letrik tu semua nak duit.... kalau nak buat renovation dapur ke depan memang sengkek tau.... rumah mama tu kami renovate belakang (dapur) denagan tambahan 8 kaki, double storey , ambik indo upah dan barang semua beli sendiri  tu pun hampir RM 40 K.....  depan belum buat pun lagi, ingat hujung tahun ni atau awal tahun depan la kotnya.... tengok keadaannya.... Bayangkan 10 tahun lagi, berapa harga rumah ya.... mampukah anak-anak mama ni nak beli rumah atas tanah .... di KL atau setengah tempat di Selangor... rumah teres 2 tingkat ni antara RM 300K- RM 450 K.... sekarang..... fikir-fikirkanlah..