Tahun 2014 bersamaan dengan 1435 Hijrah ni wukuf jatuh pada hari Jumaat 3 Oktober 2014. Oleh yang demikian dijangkakan akan terdapat jutaan manusi yang akan berada di bumi Arafah bagi membuat ibadah haji kerana dikatakan Haji Akhbar. Penduduk sekitar kota Mekah sudah tentu tidak akan melepaskan peluang ini, Selain dari jemaah yang datang secara sah mengikut kuota yang diberikan oleh kerajaan Saudi, terdapat juga jemaah yang datang secara tidak sah dengan pelbagai cara terutamanya jika Haji Akhbar.
Bagi jemaah KT01 kami melakukan Haji Tammatuk. Umrah telah selesai. Perjalanan melakukan ibadah haji bermula pada 8 Zulhijjah iaitu hari Khamis.
8 Zulhijjah ( Khamis)
Berniat ikhram di hotel sebelum bertolak ke Arafah
Bertolak ke Arafah menaiki bas dari lobi hotel jam 10.30 pagi.
Alhamdullilah perjalanan yang lancar tanpa masalah kesesakan jalan raya
Tiba di Arafah jam 11.30 pagi
Ditempatkan dalam sebuah khemah yang besar yang memuatkan lebih 200 jemaah . Khemah jemaah lelaki dan wanita agak berjauhan.
Cabaran di Arafah ialah cuaca panas, beratur untuk ke tandas...
Makanan alhamdullilah mencukupi
Tiada masalah air
Aktiviti : solat, zikir baca alquran, berdoa
9 Zulhijjah (Jumaat)
Solat subuh berjemaah
Aktiviti sendiri
Solat Zohor
Kutbah Arafah... masyallah sebak sungguh hati ini, air mata berjujuran dengan sendirinya. kutbah disampaikan oleh Dato Seri Jamil Khir. Selepas zohor hingga tenggelam matahari adalah waktu berdoa yang mustajab. Peluang diambil untuk memohon ampun ke hadrat Allah SWT atas segala dosa yang kita lakukan. Terasa amat kerdil diri ini .Berdoa sepanjang waktu dengan pelbagai doa dalam khemah dan luar khemah sendirian dan juga bersama suami masing-masing.
5.50 petang kami jemaah KT 01 sudah berkumpul untuk bertolak ke Muzdalifah. Bas bergerak ke Mudzalifah sejurus azan maghrib. Sayu betul hati meninggalkan bumi Arafah. Entah bila boleh menjejakkan kaki ini ke sini lagi. Perjalanan ke Muzdalifah juga amat lancar tiada masalah kesesakan dalam 20 minit kami sudah sampai bumi Mudzalifah bagi menunaikan wajib haji pula.
Solat maghrib dan Isya' secara tamam di sini. Berada di Mudzalfah tiada khemah. Hanya beratapkan langit yang terbuka. Jemaah berada disini sehingga tengah malam. Aktiviti di sini yang utama adalah menutip anak batu untuk melontar jamrah di Mina. Selain itu jemaah boleh meneruskan aktiviti seperti zikir, baca quran, berdoa dan solat sunat.
12.00 malam kami mula naik bas bertolak ke Mina. Perjalanan juga lancar alhamdullilah. Hanya kira-kira setengah jam sampai di Mina, Ditempatkan dalam khemah mengikut maktab masing-masing. Khemah lebih selesa di sini. Sampai di Mina, mama cepat pergi toilet. Buat apa yang patut. Lepas tu tidur sebab sudah kepenatan.
10 Zulhijjah( Sabtu)
Merupakan hari raya korban atau hari raya haji di sini.
Selepas solat subuh
Aktiviti sendiri : solat/zikir/doa dan sebagainya
Afdal untuk melontar jamrul Qubra pada waktu duha. Tapi kami jemaah Malaysia dinasihatkan untuk tidak pergi waktu ini kerana kesesakan yang amat sangat.Jemaah Malaysia diarahkan pergi selepas solat maghrib.
KT 01 melontar jam 7.30 malam mula jalan ....jauh gak hampir 3 km sehala tu...pergi balik hampir 6 km
Masa pergi tu laju la... balik slow ..ha... mama ambil masa pergi ... melontar ..balik hampir 3 jam gitu... tapi kalau orang ang larat dan jalan laju rasanya 1 jam setengah je siap. Bertahalul awal selepas bercukur atau bergunting 3 helai rambut. Terlepas sebahagian dari larangan ikhram. Bagi jemaah lelaki dah boleh pakai pakaian berjahit. Ramai yang dah botak masa ni sebab bercukur termasuklah en hubby mama pertama kali botakkan kepala....ha..ha
Balik malam tu tidur....
11 Zulhijjah ( Ahad)
Seperti biasa bangun awal sebelum subuh 2.30 pagi...
Solat subuh berjemaah di khemah
Selepas subuh 7.00 pagi kami dalam kumpulan kecil pergi melontar jamrah sendirian. Sebab dah tau jalan nak pergi kan. Melontar 3 jamrah iaitu jamrah Sugra, Wustha dan Kubra untuk sempurnakan wajib haji
Alhamdullilah selesai dan balik semula ke khemah. Sampai di khemah mama teras sangat-sangat letih dan tidak berdaya. Nak bercakap pun tak larat, makan pun tak lalu. Mama hanya baring saja. Allahuakbar. Mungkin mama banyak sangat jalan tu 12 km dalam tempoh tak sampai 24 jam kan... Namun syukur selepas jam 3 petang mama rasa dah bertambah ok.... baru la mama bangun makan
Lepas tu teruskan aktiviti sendiri
10.00 malam Jemaah haji KT 01 telah dimaklumkan agar melakukan lontaran bagi 12 Zulhijjah pada waktu Subuh, atau selepas waktu Subuh kerana Jemaah akan melakukan Nafar Awal iaitu meninggalkan bumi Mina pada 12 Zulhijjah.
12 Zulhijjah (Isnin)
Bagun pukul 2.20 pagi
Bergerak ke Jamrah jam 3.00 pagi
Solat subuh di Jamrah
Melontar 3 jamrah dan balik ke khemah.
Sampai di khemah jam 6.30 pagi
Bersiap untuk bertolak ke Mekah
Naik bas pada pukul 7.30 pagi ke Mekah
Selesai semua wajib haji.
Perjalanan ke Mekah lancar tanpa masalah kesesakan....alhamdullilah
Layan gambar pulak ya...
khemah di Arafah |
Keadaan dalam khemah |
dalam khemah di Arafah |
di Mina tempat melontar Jamrah bangunan yang bertingkat tu |
di bumi Muzdalifah.....beratapkan langit yang terbenttang luas |
Waktu puncak seperti subuh barisan memang panjang... bayangkanlah waktu menanti ni boleh sampai 2 jam...hu..hu sabar ajelah. Tapi alhamdullilah bagi mama menanti tu tak lama kena pandai pilih masa. Mama pergi toilet sebelum tidur jam 11.30 malam. Siap gosok gigi dan buat yang mana patut, pas tu bangun 2.30 pagi cuci muka, ambik wudu hingga solat subuh. Lepas tu baru ke toilet semula. Alhamdullilah menunggu antara 10 -30 minit je..
Cabaran ke dua adalah cuaca yang panas.... banyak minum air dan mama basahkan kepala mama dan tudung yang mama pakai... lepas tu letak tuala basah tu atas kepala..... alhamdullilah tak jadi masalah besar bagi mama cuaca yang panas tu...
Nanti sambung lagi untuk kerja rukun haji terakhir tawaf dan saie ya...