PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Wednesday, 1 April 2015

HARGA BARANG DAN GST

Hari ini 1 April 2015.... tibalah masnya kerajaan melaksanakan GST . Sebelum ini memang banyak kedengaran rungutan dari pelbagai pihak mengenai perkara ini. GST akan membebankan rakyat. GST menyebabkan harga barang meningkat... GST inilah itulah... macam-macam lagi..

                                          Image result for GST

Kerajaan menetapkan bahawa GST dikenakan sebanyak 6 peratus dan ianya adalah mengantikan SST yang sedia  sebanyak 10 peratus. kalau ikutkan secara logiknya dulu kena 10 % sekarang jadi 6%.. ini bermakna ada penurunan sebanyak 4 %kan... kalau ada penurunan sepatutnya harga barang kan jadi turun... betul tak... tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Semua barang harga naik sebab dikatakan kerajaan mengenakan GST..... walaupun dinyatakan barang makanan, ubatan dan banyak lagi barangan yang tidak dikenakan GST...

Pada hemat mama ni senang aje.. ada GST atau tidak, sama aje. Barang tetap akan naik harga. Cuma dengan ada GST akan lebih menyenangkan pihak peniaga kerana boleh menyalahkan kerajaan yang kenakan GST sebab tu mereka kena naik harga barang. Betul tak??? Sebenarnya peniaga yang naik kan harga barang pas tu salahkan kerajaan. Gula naik 20 sen sekilo, air kopi ke teh ke naik 10 sen secawan... adil ke... minyak naik, harga roti canai pun naik.... tapi bila minyak turun tak da pulak harga roti canai tu turun kan.  Jadi naik harga barang tu bukan sebab naik harga minyak kan.... betul tak... ni sama juga dengan GST.... cuba lah kita renung dan fikir kan pekara ini.... dari dulu dampai kini mana pernah ada harga barang turun.... kuih dari 10 sen sekeping dah naik ke  50 sen sekeping/sepotong dan tu saiznya pulak makin kecil... tu tak ada GST lagi... ada GST ni  naik lagi la kotnya.... tension....tension ramai yang ambil kesempatan.