Assalamualaikum semua..... cuti sekolah dah hampir 2 minggu. Anak-anak le paling seronok cuti sekolah ni. Anak teruna mama lagi lama lah dah ber'cuti' selepas exam UPSR lagi.... rutin hariannya bangun tidur untuk solat subuh... tupun puas kejutkan ampai hangin mama atau en hubby bila kejut liat nak bangun. Lepas tu sambung tidur lagi dan bangun pukul 10 @ 11 pagi.... saaran merangkap makan tengaharilah tu.... lepas tu main game @ online.... tak jemu-jemu menghadap laptop berjam-jam.... petang main bola malam sambung main lagi..... tidur kol 12 lebih.... ermmmm memang geram....
Anak perempuan sikit lebih kurang juga cam tu cuma dia kena basuh pinggang manggkuk, cuci baju jemur dan lipat baju.... sapu rumah .... tidur siang..... tengok TV memang tak tinggal. Cuma Along akan merdeka tak lama lagi tinggal paper biologi dan kimia aje.... Selasa ni bebaslah... lepas tu ikut rutin adik-adik dia lah tu.
Untuk cuti sekolah kali ni awal-awal mama dah google apa program kat masjid yang boleh mama hantar dia orang. Jadi mama masukkan program pemantapan ALQuran daripada 19 Nov hingga 30 November 2012. Bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang tiap hari.... untuk 10 hari. Bayaran hanya RM 50.00 seorang. Murah aje kan... siap makan pagi, makan tengahari dan minum petang. Sekurang-kurangnya adalah ilmu baru yang diperolehi. Meningkatkan ilmu tajwid. Selain daripada itu ada juga dimasukkan hal-hakl fardu ain termasuk isu wuduk pada sebelah petang....