PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Tuesday, 5 February 2013

KEMASUKAN MRSM 2013.... alhamdullilah


Akhirnya syukur alhamdullilah anak teruna mama berjaya untuk bersekolah asrama penuh di MRSM. Mama dan en hubby telah berusaha , berdoa dan anak mama memenuhi kriteria yang ditetapkan, lulus ujian dan temuduga yang dijalankan di MRSM Kem Terendak sebelum ini.  Sebelum ini permohonan ke SBP tidak berjaya. Mama telah mengemukakan rayuan dan panjat Kementerian Pelajaran untuk jumpa pegawai yang berkenaan. Kami ni orang biasa je, tak ada talian hayat, kenal orang besar-besar yang hello aje boleh tolong.... jadi kena usaha sendiri dan pastikan anak kita ni layak dari segi akademik dan juga cemerlang dalam aktiviti kokurikulum, sukan dan sewaktu dengannya... bila keputusan rayuan keluar pada 29 Januari lepas anak mama juga tidak berjaya... aduhai sedihnya... mama berharap sangat agar dia dapat terpilih ke MRSM.... dan hati berdebar dan mengeletar jari masa nak sms tu sebab web site tak boleh nak buka masa tu... syukurlah. Perasaan mama gembira sebab anak mama berjaya dan sedih  sebab anak mama akan duduk berjauhan dari mama. Harapan mama dan en hubby agar anak mama akan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi insan yang baik di dunia mahupun akhirat. Satu-satunya anak mama yang akan besekolah asrama penuh....

                                         frontimage1