PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Showing posts with label IJN. Show all posts
Showing posts with label IJN. Show all posts

Monday, 26 January 2015

IJN Follow -up

Alhamdullilah hari ini merupakan lawatan terakhir bagi mama di IJN. Syukur kehadrat Illahi keadaan kesihatan mama semakin pulih dan tidak memerlukan lagi lawatan susulan ke IJN. Bermula April 2013 mama berulang alik ke IJN setelah membuat thoracotomy. Walaupun terdapat komplikasi namun alhamdullilah mama telah sihat dan dapat menunaikan ibadah haji pada tahun lepas... amin ya rabbalalamin...

saran putu mayam ni kafeteria IJN dua keping ni berharga RM 3.00

CXR hari ini

menunggu no giliran ...




Monday, 19 May 2014

SETAHUN BERLALU

Alhamdulillah diam tak diam telah genap setahun pada 19 Mei 2014 mama menjalani pembedahan thoracotomy. Walaupun pembedahan mama mengalami komplikasi dan mama menjalani pemebedahan thoracotomy buat kali kedua pada 4 Julai 2013 mama besrsyukur ke hadrat Ilahi yang masih meminjamkan mama di muka bumi ini. Alhamdullilah. Mama masih diberikan peluang untuk bersama -sama suami dan anak-anak mama. Allhuakbar.
Kesihatan mama juga bertambah baik. Follow up mama yang terakhir adalah bulan Disember 2013 dan yang akan datang ini pada 21 Jun 2014. Insyallah jika tiada apa-apa masalah ianya mungkin merupakan followup mama yang terakhir.

chest tube yang berada bersama mama selama 21 hari....
bloody ....
sarapan pagi tiap hari hampir sebulan...
serial cxr post thorachotomy



Tuesday, 3 December 2013

IJN Follow-Up

2 Disember 2013 mama ke IJN lagi.... syukur alhamdullilah keadaan mama bertambah baik. Paru-paru kiri dah kembang ke maximum ... walaupun tak boleh kembali seperti dahulu kerana telah menjalani thoracotomy kira-kira 5 bulan yang lepas... tiada pneumothorax tetpi masih ada pleural effusion yang mana akan resolve selepas beberapa waktu.. amin ya allah...

 4 Oktober 2013


2 Disember 2013... ermm dah tak ada pneumothorax