PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Monday, 13 August 2012

KUIH RAYA 2

Assalamualaikum...

Dah tinggal seminggu je lagi umat Islam akan menyambut Syawal...semuanya sedang sibuk menjalani malam 10 yang terakhir Ramadhan . Tak kurang juga yang sibuk menyediakan kelengkapan hari raya buat anak-anak... buat kuih raya ...beli kuih raya... almaklumlah kerajaan dah bagi bonus setengah bulan gaji ... dah gaji untuk bulan Ogos pun dah masuk... ermm banyak tu... jangan lupa belanja berhemah ya...simpan perlu juga dilakukan untuk masa hadapan.

Sabtu baru ni mama pun berjhajat nak sambung buat cokies second round. Cam biasalah mama kena gi BBST dan buat kat sana sebab dapur dan oven besar dah pindah ...kira-kira 8.30 pagi mama pun bertolaklah ke sana... bila sampai sana excited la nak buat kuih ni.. hanya angah yang follow mama sebab 2 orang lagi tu ada kelas kat sekolah... bila sampai je sana baru teringat alat penimbang tertinggal... alamak cam na ni.... rosaklah projek hari ni... erm semua resepi guna sukatan dalam gram   hu..hu..hu... sedihnya.. maka tak jadilah nak buat nya... apalagi baliklah semula..selepas buat satu adunan biskut coklat pokok yang guna sukatan cawan...siap kemas balik semula.. ingat dapatlah buat 4 jenis cookies... sampai rumah rupanya ada tetamu  our ex- family yang menjaga anak-anak mama semasa di Kuala Lipis dulu... ingat balik nak buat coklat pulak.. tak jadilah nampaknya... kiranya sabtu berlalulah tanpa mengikuti perancangan awal..tapi sempat jugalah mama buat 2 balang cornflake dengan coklat..dah ada separuh lagi bahan-bahannya.. ingat nak buat lagi nak bawak balik kampung nanti..

Pagi semlalam mama start lah projek buat coklat pulak..


nilah dia home made coklat nak bawak balik kampung

hasil pada hari sabtu dan ahad : 2 balang coklat pokok ( sebalang dah bagi ex- baby sitter) 2 balang coklat untuk sendiri, 2 bekas coklat untuk bawak balik kampung dan 2 balang cornflakes



semua jumlah yang ada dah tolak beberapa balang dah dimakan oleh anak-anak mama...


Jumaat nanti mama dah mula cuti..boleh sambung projek ke 3 pulak....