PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Showing posts with label CELOTEH. Show all posts
Showing posts with label CELOTEH. Show all posts

Friday, 14 April 2017

REUNION :Alkisahnya bersama-sama geng sekolah


Assalamualaikum... kisah yang mama nak coretkan hari ini berkaitan reunion atau pun perjumpaan beramai-ramai kenkawan kita dari zaman kecik kecik. Kalau di alam maya era kini ianya lebih kepada group whatsapp, telegram, tweeter, fb dan sebagainya... mama agak kurang la kecuali whatsapp group jer... tu pun selalu jadi silent reader dari menyampuk... kalau perlu adalah mama akan muncul sekali sekala. Tapi sekiranya kawan  message persernol insyallah mama akan response. Mama tak berapa suka cakap perkara2 personal, teguran atau arahan individu dinyatakan dalam group di media sosial.Gruop ini sekadar untuk info atau berkongsi seseatu yang perlu aja... atau memudahkan kita untk menghubungi kekawan kita kan..

Berbalik pada topik reunion...mama memang tak pernah jon mama-mana reunion pun. Memang banyak group ex sekolah rendah, ex sekolah menegah, ex matrix, ex uni dan bagai2 lagi la termasuk group taman perumahan...  kadang tu dalam satu group yang aktif boleh beribu-ribu message dalam sehari...aduhai bilala nak baca... memang tak la baca semua... kadang tu ada juga terlepas cakap dalam group, bergurau berlebihan dan sebagainya menimbulkan salah faham dan berlaku keci hati tuduh menuduh dan sebagainya...
Kalau nak keluar dari group pulak rasa serba salah pulak kang dikatakan kita ni sombong kan... jadi diam adalah lebih baik kan...Semua group yang mama join tu mama bagi silent notification... jadi tak lah mengganggu mama walaupun beribu2 message masuk..hahaha

Reunion ni  ada baik ada buruknya juga. Baiknya boleh mengeratkan persahabatan antara kenkawan yang dah puluhan tahun tidak bertemu. Boleh jumpa kembali berborak cerita dulu dan kini. Yang buruknya pulak ada yang menimbulkan suasana kurang menyenangkan seperti sikap suka menunjuk-nunjuk, berpuak-puak dan sebagainya.

Mama tak pernah join reunion yang dirancang secara formal. Tapi adalah  sekali mama jumpa kawan sekolah dalam 4 ke 5 orang semuanya perempuan di Putrajaya dulu dalam tahun 2010. Lepas tu beberapa kali ke rumah kawan sekolah mama perempuan juga menziarahi kawan mama nak pergi haji masa tu dan yang paling biasa pergi jemputan majlis kahwin anak kenkawan jika berkesempatan. Tapi masa majlis kahwin ni biasanya tak boleh nak borak dengan tuan rumah sebab sangat sibuk kan melayan tetamu hanya sempat bersalaman jer la biasanya...Bukan mama tak nak pergi join reunion ni tapi kan mama ni tak pernah keluar jenjalan sendirian terutamanya seteleah berkahwin. Kemana-mana sahaja biasanya en hubby ikut kecuali hal yang berkaitan dengan kerja dan tugas rasmi. Jadi memang rasa janggallah kalau keluar en hubby tak ikut. Nak pergi reunion sekolah menengah dan uni tu mama rasa susah sikit sebab setelah ditimbang baik buruknya mama dan en hubby berpendapat ada banyak kemungkinan yang mungkin akan menyinggung perasaan salah seorang daripada kami  kot......

Baru-baru ni mama join reunion kenkawan sekolah rendah setelah menerima pelawaan daripada kawan2 yang tak putus-putus mengajak mama untuk menyertainya.  Mama dimaklumkan akan tarikh berkenaan 5 bulan sebelum kot dan setiap bulan ada reminder dan semakin dekat dengan tarih tersebut setiap minggu diikuti oleh setiap hari...hahaha. Mama memang tidak memberikan sebaraang komitmen untuk hadir keraana bimbang tidak dapat untuk menyertainya. Namun di saat-saat akhir mama bersetuju untuk hadir sekiranya en hubby mama akan ikut serta ke majlis tersebut. persetujuan mama berikan sehari sebelum tarih berkenaan. Tiada bayaran yang dikenakan pun semuanya disponsor oleh pihak penaja iaitu kenkawan mama. Bukan mama aje yang tidak payah bayar namun semua yang hadir tu ya...

Mama rasa nilah yang pertama dan terakhir kot join majlis cam ni. Bukannya apa mama rasa kurang sesuailah kiranya majlis diadakan sebelah malam, mula selepas maghrib dan habis lepas jam 12 malam.. kurang manis bagi mama yang perempuan keluar rumah malam-malam dan balik menjelang lepas tengah malam. Nasib baik en hubby mama teman... kalau tak memag tak pergilah kot. Dah tu majlis tu diadakan disebuah tempat yang ada persembahan life band yang memang depan mata. Faham-faham ajelah suasana di tempat tersebut dengan muzik yang amat kuat. Mama kurang selesa kerana nak berborak dengan kanwan-kawan yang memang dah 40 tahun tak jumpa pun susah... terlalu kuat muzik dan nyayiannya.

Dari segi makanan mama tidak kisah sangat sebab makanan bukan perkara utama bagi maa. Pada malam tersebut terdapat makanan secara bufet yang memang telah disediakan tetapi semua kawan-kawan boleh memesan pelbagai makanan western atau  makanan tempatan seperti satay, mee goreng mamak dan sebagainya... order je dan makan bayaran ada yang settlekan.

Selain daripada iitu pihak penganjur juga telah memberikan cenderahati kepada semua yang hadir pada malam berkenaan. Jutaan terima kasih buat yang menaja semua makanan , cenderhati dan layangan sahabt2 sekelian. Terima kasih kepada semua yang hadir, walaupun kebanyakkannya terutama yang lelaki ramai yang mama tak cam jika berjumpa di luar kerana perubahan fizikal yang ketara. Jadi kalau jumpa diluar tu bila mama tidak bertegur sapa bukan bermakna mama sombong tau.

sementara menunggu yang lain sampai
antara yang hadir bagi zon KL

korum belum penuh lagi...
antara rakan-rakan yang hadir

Sekian...wasssalam...


Thursday, 2 February 2017

URUS DUIT GAJI

Assalamualaikum... bulan Februari telah muncul dan begitu pantas masa berlalu. 2017 merupakan tahun yang lebih mencabar berbanding dengan tahun-tahun sebulum ini memandangkan keadaan ekonomi yang mencabar. Nilai ringgit yang jatuh, harga barangan yang meningkat termasuk minyak petrol. minyak masak, barang-barang keperluan harian yang lain dan juga bil-bil utiliti yang semakin naik kadarnya. Ini juga termasuk kenaikan caj yang dikenakan di hosital kerajaan bagi wad kelas satu dan caj rawatan  di klinik pergigian sepertimana yang menjadi viral baru-baru ini.

Oleh itu kita perlulah bijak mengurus kewangan masing-masing. Bagi mama sekeluarga, kami selalu berbincang dengan anak-anak akan perbelanjaan keluarga. Memaklumkan pendapatan bulan keluarga banyak mana dan bagaimana pendapatan ini dibelajakan dan ditulis supaya mereka jelas faham akan kedudukan kewangan dan mama juga perlu menyimpan untuk keperluan masa depan seperti untuk pelajaran, perkahwinan anak-anak nanti, perdeiaan untuk kecemasan sekiranya berlaku sebarang perkara diluar jangkaan.

Disamping itu juga semua anak-anak mama  mempunyai insuran pendidikan yang memang mama dah buat sejak mereka kecil termasuk insuran hayat masing-masing. Mama tidak dapat menyimpan banyak tapi hanya mampu untuk RM 100.00 sahaja seorang semenjak mereka lahir. Apabila mereka mula melanjutkan pelajaran selepas SPM, simpanan untuk mereka adalah dalam lingkungan RM 20 K seorang. Ini amat membantu mama dalam pengurusan kewangan bagi mereka disamping pinjaman dari PTPTN yang hanya mampu untuk menjelaskan yuran pengajian sahaja. Bagi keperluan lain mama kena sediakan duit makan, duit poket, duit telefon dan juga lain-lain termasuk buku-buku. 


Dalam keadaan ekonomi sekarang kita perlu lakukan kerja sampingan untuk menambah  pendapatan atau melakukan penjimatan sebanyak mungkin agar kita punya simpanan di masa hadapan.
Mama dari mula kerja memang telah membuat simpanan secara tetap kira-kira 20% daripada gaji yang diteriam setiap bulan. Ini amat memerlukan komitmen yang tinggi. Ianya tidak pernah dikeluarkan kecuali atas seba-sebab yang amat-amat mendesak. Seboleh-bolehnya mama cuba untuk tidak mengeluarkannya. Mama punya tahungan B untuk kecemasan. Simpanan ini boleh diletakan sebagai pelaburan dalam ASB atau tabung haji,  Jika simpan dalam tabung haji, zakat telah dibayarkan oleh TH. Jika simpan dalam ASB setiap tahun zakat perlu dikeluarkan apabila cukup syarat wajib zakat.

Antara perbelanjaan keluarga mama tiap bulan:
1. Hutang Rumah.. pinjaman kerajaan
2. Hutang Kereta... pinjaman bank
3. Bil-bil Letrik, air, internet, indah waterdan astro aka asteruuukkk hihihi
4. Minyak kereta ulang alik kerja jauh ooo... hampir 100 km tiap hari huhuhu
5. Duit makan tengahari di ofis
6. Duit bil telefon suami isteri dan anak-anak... banyak oooo
7. Duit makan anak-anak di uni  dan duit poket  untuk 2 orang
8. Duit poket anak di asrama dan tambang balik tiap bulan
9. Duit belanja barang keperluan dapur
10. Duit untuk road tax dan innsuran kereta  serta penyelenggaraan
11. Duit untuk bayar insuran sendiri, suami dan anak-anak
12. Lain-lain keperluan.....  yang kena keluar duit seperti nak beli hand bag, tudung ke blous ke..bukan tiap bulan la yang ni....

Gaji juga digunakan untuk :
1. simpanan masa hadapan
2. simpanan kecemasan
3. simpanan untuk keperluan hari raya seperti pakaian, kuih muih, perbelanjaan balik kampung
4. simpanan untuk percutian tahunan keluarga sendiri
5. simpanan untuk keperluan naik sekolah tahun berikutnya
6. Cukai-cukai  yang dikenakan seperti untuk cukai majlis daerah..
7. Zakat
8. Cukai Pendapatan LHDN

Bila buat list cam ni tunjuk kat anak-anak baru mereka tau berapa banyak yang dibelanjakan tiap bulan dan kenapa perlu menyimpan....
Beberapa syarat mama dan en hubby tetapkan untuk anak-anak... antaranya nak makan lura hanya sebualan sekali sahaja bersama keluarga, nak tengok wayang atau jenjalan anak-anak pun hanya sekali sebulan jer... nak beli baju dah tetapkan berapa kali boleh beli setahun dan berapa helai kecuali untuk raya setiap anak akan diberikan budget tertentu  dan boleh buat pilihan sendiri...

Anak-anak diberitahu jika ianya satu kepeluan dan penting maka ianya akan diberikan keutamaan  tetapi jika ianya hanya kemahuan, maka perlu lah diteliti adakan ianya benar-benar perlu atau tidak...

Beginilah sedikit sebanyak mama dan en hubby mengurus dan mengawal perbelanjaan kami...
www.aliff-syukri.com #sthash.A0hLDdkr.dpuf


Wednesday, 4 January 2017

SALAM 2017


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh...
Hari ini sudah 4 Januari 2017. Terlalu pantas masa berlalu dan bertambahnya usia lagi dan semakin pendek jugalah masa untuk berada di bumi Allah ini. Semoga tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

Tahun ini merupakan tahun terakhir bagi anak mama yang bersekolah. Sibujang mama sudah berada di tingkatan 5. Tahun ini merupakan tahun yang penting untuk SPM. Mama berdoa agar anak mama dan kawan-kawanya akan berjaya dengan cemerlang dalam SPM tahun ini dan seterusnaya dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati bagi mengejar cita-cita masing-masing.

Dua orang anak mama lagi sedang meneruskan pelajaran di IPTA dalam bidang akauntasi dan pertanian. Sibujang ini lebih berminat dalam bidang kejuruteraan. Semoga anak-anak mama akan berjaya dalam kehidupan duni dan akhirat menjadi anak yang taat akan perintah Allah dan sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya.

Tidak banyak yang mama impikan tahun ini selain dari ingin melihat anak-anak berjaya dengan cemerlang duania akhirat, mama berhajat untuk melihat kembali kaabah, masjidil haram dan masjid nabawi bersama en hubby dan anak-anak. Semoga mama diberikan peluang untuk menjejeak kaki lagi ke sana bersama-sama keluarga mama. Ya Allah kau berikanlah aku untuk ke rumahMu lagi... aku amat rindu untuk berada di sana menatap Kaabah dengan mata ku ini.... semoga ada kesempatan lagi buat ku suami dan anak-anaka-anakku..