PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Friday, 3 January 2014

SALAM 2014

                                                2014 hd wallpaper

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Syukur alhamdullilah masih diberikan kesempentan untuk meneruskan kehidupan di tahun 2014. Semoga tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun sebelumnya dunia akhirat.

Rutin baru bermula lagi dengan menghantar balik anak teruna mama ke  MRSM. setelah selesai membayar semua tuntutan di MRSM, balik semula ke BBST. Banyak perkara nak diselesaikan semalam kerana dah ambil cuti rehat kasi pulun semua. Namun tidak semua yang selesai kita merancang Allah jua yang menentukan.

Ke pejabat pos untuk membeli sampul surat express beratur ambil nombor, mak ooi dapat nombor 2244, sedanhkan si kaunter baru panggil nombor 2113.... manusia penuh dalam tu... tak jadilah nak tunggu... so gi maynak nak buat urusan bank draft... mak oooi bank juga penuh....beratur nak dapatkan borang bank draft, lepas isi beratur lagi ambik nombor pulak... dah hampir setengah jam tapi tak dapat lagi nombor. Bamnk sesak , di ATM juga sesak ...

Alkisahnya semalam semua orang berlumba-lumba nak keluarkan dividen ASB.... hadoi... patutlah sesak mama tak terfikir pun pasal ASB tu...dan bonus yang kerajaan umumkan.. patutlah semua bank sesak...

Lepas tu ke sekolah latihan memandu nak settle masalah angah, ermm tak settle juga... dia orang kata tak boleh daftar di JPJ mungkin masa ujian komputer dia orang hanya klik untuk 1 aje iaitu moto dan kereta tak buat.. hadoi... kena datang lagi esok.... sakit hati betul... duit ambik servis macam hampas... salah dia orang kita jadi mangsa...

Lepas tu gi pulak klinik swasta untuk buat medical check -up angah. Nak buat urine drug... tak semua klinik buat... shopping beberap klinik at last dapat juga alhamdullilah.. settle satu perkara ni

Itulah kita merancang namun hanya Allah jua yang menentukan.