PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Tuesday 21 January 2014

KLINIK PAKAR HOSPITAL SERDANG



                                       

Semalam mama dirujuk kepada pakar respiratori. Memandangkan Hospital Putrajaya tiada pakar tersebut, yang paling dekat adalah Hospital Serdang.  Semenjak mama menjalani pembedahan thoracotomu tahun lepas di IJN, mama belum lagi mengalami batuk sehinggalah awal tahun ni. Mula-mula batuk tu sikit aje, kering tapi seminggu kebelakangan ni batuk agak teruk dah dekat 2 minggu lebih tak settle. Semalam mama ke Kliik Kesihatan Putrajaya, dan setelah pemeriksaan dibuat, mama kena dirujuk kepada pakar respiratori. Nak tak nak kena pergi jugalah kan. Masalaah batuk ni takut melarat la pulak. FMS menghubungi sendiri pakar tersebut DR Z. Di minta mama datang jam 2 petang . Surat rujukan dibuat.


Memandangkan tempat parking susah, mama bertolak awal ke Hospital Serdang. Tunggu di parking lot kalau-kalau ada yang nak keluar. alhamdullilah 5 minit menunggu mama dapat parking.

Terus ke kaunter pendataran utama di klinik pakar. Tanya boleh ke daftar untuk sessi klinik pukul 2. Boleh katanya... so ambil nombor, terus daftar. Kerani tu kata nan tak ada dalam sistem. Naik tingkat satu, masuk pintu 5, pergi kekaunter klinik respiratori tu. Tanya kat sana. Pergilah naik atas, semak tak da nama., diminta ke  belakang untuk jumpa jururawat di bilik temujanji. Maklumkan dan tunjuk surat rujukan. Nama dimasukan dalam sistem dan di minta ke kaunter daftar utama di bawah. Pergi balik dan jumap kerani tadi. Daftar. dan kena naik balik ke kaunter klinik respiratori, daftar di sana lagi.... walaupun naik asculator, mama semput gak ulang alik, maklumlah ada masalah respiratorikan...


tanya boleh daftar untuk pukul 2 tak... erm boleh katanya... so dapatlah nombor. Tanya balik kilinik ni mula pukul 2 kan, jadi saya boleh pergi makan dan sembahyang dulu tak... boleh katanya... so mama pun nak solat lah dulu... masa tu dah 1,20 pm. Jap lagi masuk waktu zohor... selat solat, balik semula keklinik tapi tak masuk lagilah di pintu luar aje sebab baru 1.45 pm. So nak dok situ jap... tetiab dengar nama di panggil.. so masuklah. Jururawat masyarakat tu kata kenapa dok luar. Mana nak dengar dia panggil. Dah 3 kali dia panggil. Mama kata mama baru je sampai tadi  gi solat... dia kata lain kali nak gi mana cakapla, tak payah dia panggil nama.... errm mak ooi kasarnya.  Mama kata tadi dah bagi tau kat kaunter  dan kebetulah orang di kaunter tu masuk, mama ulang la lagi ha tadi saya bagi tau dia ni lah... dia kata ok je.

Lain kali bagi tau saya... la mana mama tau nak bagi tau dia... dia pun tak de kat kaunter tu.... aduhai....sabar je la. Kali pertama datang ke ermm ya lah tak kan tak tau pulak surat referal tu ada  kat dia, appoiment book pun ada.... tulah sikap jururawat yang tidak perihatin, marah pesakit tak tentu hala...

Pas tu tak lama dr panggil. Settle jumpa dr, nak kena buat beberapa perkara:
1. Ambik appoiment kat belakang
2. Ambik bekas kahak untuk hantar spesimen esok dan lusa
3. Ambik surat ujian makmal dr kata dah print kat kaunter depan
4. Ambik ujian darah
5. Pergi x ray depatment untuk digitalise x ray
6. Ambil ubat

Perkara 1 dan 2 boleh buat sekali. No 3 on the way keluar boleh ambik kat kaunter tu.
No 4 kena naik atas kat kaunter bersepadu untuk ambik darah
No 5 tu mak ooi jauhnya nak jalan ke lobi utama hospital untuk ke x ray deparment tu
No 6 tak jauh dari tempat daftar utama...

Boleh tahan penatnya tu nak kesana sini...Sampai kat belakang untuk settle no 1 dan 2 tu, jururawat tu kata gi ambik darah dulu la pas tu datang balik ambik appoiment dan bekas kahak ... aduss... tak leh ke buat terus. Tak ada siapa pun yang tunggu kecuali mama. Mama minta dia buat terus la.. tak kan nak ulang alik kan..lepas tu gi kaunter klinik untuk dapatkan surat ujian makmal tu..

Pas tu naik atas pulak ambik darah. Punylah ramai oramg, tapi kaunter datar untuk ambik darah tak da orang. Duduk tunggu juga lah... tapi x de gak orang... eh tak boleh jadi ni... nak berapa lama kan... banyak perkara nak buat lagi ni... so masuk kat bilik prosedur tu tanya MA tu... dia dok borak je... dia cakap ermm x yah daftar, terus ke sini...mama tau kan... tadi kat klinik dia orang tak cakap pun. Tengoklah masalah komunikasi. Mana mama tau kan... salah sape ni, pesakit ke kakitangan bertugas...

Lepas ambik darah gi farmasi pulak... aduh ramainya orang... nak ambik no pun beratur. So mama cakap mama nak kena gi x ray ni macam mana, sebab dia orang kan nak appoiment book tu... ok tak pe nanti saya tulis kat kertas je... ambik appoiment book tu gi x ray... jauh tu dari hujung kanan ke hujung kiri,,, semput mama jalan. sampai kat x ray, tanya berapa lama proses digitalise tu  10-20 minit... ok mama kata tinggal dulu la nak ambik ubat. Samapi balik kat farmasi, nama dipanggil untuk dapat nombor baru.... mak ooi ada dekat 40 orang lagi baru sampai giliran mama. Dekat sejam gak la tunggu baru dapat ubat. Pas tu gi balik x ray tanya dah siap ke... alamak belum lagi ... eh tadi kata 10-20 minit je...ni dah sejam tak kan tak siap kt. Dia orang pun call kat dalam, dah siap tapi lom hantar keluar. Yg kat kaunter tu kata saya tidak boleh masuk ambik, kaunter tak ada orang. Erm bagus betul mamat ni. Tadi mama tunggu punyalah lama kat atas nak ambik darah tak de sape pun kat kaunter... mama minta tolong sebab dah seharian mama kat hospital. Ok dia tanya ada tak orang dalam boleh hantar ke luar... ermmm settle.

Aduhai banyakkan yang kena buat. Mama terbayang kalau orang tua cam mana nak buat semua tu...



Thursday 16 January 2014

KEMASUKKAN MRSM 2014

Semalam telah diumumkan keputusan untuk memasuki MRSM bagi tingkatan satu 2014.
Alangkah sedihnya mama cucu saudara mama yang dok sekolah di kampung tu tak dapat masuk  MRSM. Dialah satu-satunya anak bongsu dalam keluarganya yang begitu teruja untuk masuk sekolah berasrama. Dari segi kelayakan rasasanya tak ada masalah. Dia dapat 5A, aktif koko di sekolah, merupakan Penolong Ketua Pengawas. Sekolah taraf kampung aje.... muridnya hanya seratus lebih sikit je dari darjah 1-6.  Tahun 2013 hanya 20 murid yang duduk UPSR. Namun apa yang membanggakan ialah kegigihan para gurunya yang mencurah bakti tan tahun 2013 merupakan tahun terbaik bagi sekolahnya dengan 7 murid dapat 5A. Rakan -rakan lain yang dapat 5A telah mendapat tawaran selah berasrama penuh, manakala dia gagal. Segunung harapan diletakkan agar dia dapat masuk MRSM. Namun ia nya tidak kecapaian. menyebabkan dia bersedih, murung dan menanggis.

Memang pelik kenapa dia tak dapat, sekolah luar bandar, bapa hanya mengambil upah potong sawit, ibu suri rumah... dari segi akademik memang cemerlang tapi ermmm satu aje yang tak ada talian hayat....

Orang lain ada talian hayat, kenal sipolan dan sipolan ...so hai-hai atau halo aje dapat. Inilah nasib orang kampung yang ingin berjaya. Bukan mudah untuk menembusi sekolah berasrama penuh ni.... Moga cucu saudara mama ni tidak patah semangat dan bersabar.


Monday 13 January 2014

AMBIL LESEN KERETA MOTOR

Ni mama nak cerita perihal nak ambil lesen kereta motor bagi anak ke dua mama.
Anak mama sekarang ni tengah tunggu keputusuan SPM 2013. Sementara menunggu keputusan tu mama dan en hubby dah plan untuk dia ambil lesen motor dan kereta. Anak sulong mama pun sama juga dulu... cuma along ambik agak lambat seaba pindah rumah disember so januari baru mula semuanya dan memang lambat sebab dah ramai orang. Masa along tak ada masalah nak ambil lesen L. Cepat aje.... 2 minggu siap kot. Dan buat masa ni angah juga masuk kelas jahitan di Giat Mara untuk tempoh 6 bulan. Senang nanti pandai jahit baju sendiri kan..

laluan untuk belajar 
                                              
Mama memang tak puashati dengan Institut Latihan Memandu di Bandar Baru Salak Tinggi tu... tapi tak ada pilihan lain terpaksalahkan. Sebabnya dekat dengan rumah. Angah boleh pergi sendiri dengan motor ikut laluan dalam aje.

Berdasarkan pengalaman along dulu, kali ni mama guna pendekatan lain pulak. Awal-awal dah bagi tau angah habis je SPM terus masuk kelas untuk dapatkan lesen L. Zaman mama dulu senang tapi sekarang ni macam-macam kena buat dan kos pun mahal. Kena duduk kelas teori 6 jam. Seminngu lepas tu baru boleh duduk ujian komputer. Seminngu lepas komputer tu baru boleh duduk kelas amalai untuk 6 jam lagi.... tu pun kalau lulus ujian komputer sekali je kan. So mama memang dah bagi tau angah study mesti lulus sekali aje tau. Alhamdullilah angah lulus.

SPM habis hari Khamis, Sabtu tu angah dah duduk kelas teori.... memang tak bagi can rehat lepas tu kena baca buku untuk ujian komputer.  Pada 7  Disember 2013 angah dok ujian komputer tu dan lulus dan  14 Disember 2013 angah kena kelas praktikal la pulaknya... dan lepas tu beres... bolehlah memohon lesen L. Ni semua diuruskan oleh pihak sekolah memandu tu. Katanya dalam tempoh 2 minggu siap. Tapi malangnya angah punya sebulan baru siap. Tu pun setelah mama dan en hubbby ulang alik ke sana. Sekolah memandu kata pihak yang daftar masa ujian komputer yang salah... gi pusat komputer tu dia kata dia orang tak ada masalah ... ermmm gerammnya. Angah buat motorsikal dan kereta sekali... Untuk motor tak ada masalah tapi yang kereta bermasalah aduhai... Last-last dia orang kata JPJ yang bermasalah. Semenjak tukay SIKAP ke MY SIKAP ada masalah di JPJ... ingat nak cepat tapi hal lain pulak yang timbul.... hu..hu..

Pagi ni terima call dari sekolah memandu tu L dah beres. Alhamdullilah.

Kos untuk Lesen L bagi motor dan kereta ya

Pendataran dan kelas teori pertama RM 150.00
Ujian komputer RM 27.00 + RM 10.00 (kos gambar semasa di sana)
Kelas praktikal RM 150.00
Gambar untuk lesen RM 10.00 ( 4 keping)..nak guna dua aje untul L dan P nanti...

Jumlah RM 347.00  setakat ni lah...

Yang belajar bawak keretaa motor tu nanti dulu ya...