Sebelum keputusan untuk operation tu mama diberikan tempoh 1 bulan untuk menenangkan hati, persediaan mental dan juga menyusun atur hal yang berkaitan terutama anak-anak sekolah.... Syafiq tak ada maalah sebab di asrama. Along pulak dah naik form 6 bermula minggu pertama mei. Angah pulak akan menduduki exam mid year.... mama kena warded 19 mei... sekolah mula cuti pulak 23 mei ...sebab wesak day...
Jadi along & angah cuti sekolah awal started 20 mei... surat kepada pihak sekolah dihantar...sebab tidak ada kenderaan nak ke sekolah. Jarak rumah dengan sekolah 30 km. Selalunya dia orang ikut mama kerja dan tunggu sampai mama habis kerja baru balik... so angah kena skip exam a few papers..ambik masa cuti sekolah.
20 Mei... nurse berikan lotion untuk mandi sebelah petang dn juga subuh untuk bersihkan diri termasuk rambut seta 2 biji duculax supp dimasukan ke dubur untuk menggalakan pembuangan air besar selepas makan malam. Ianya bertujuan mengosongkan usus..
Pagi 21 Mei tu mama bangun awal , mandi, solat . Malam tu dah kena berpuasa mula jam 12 malam. No breakfast. Sebelum tidur malam tu mama memohon ampun kepada en hubby. Memang sedih..... &.30 pagi mama dah dipanggil untuk ke dewan bedah. Tukar baju OT dan baring kat troli.... oops sebelum tu salam en hubby.... air mata mengalir, hati sebak dan berdebar-debar. En hubby nampaak cool.. nasihatkan mama kena sabar jangan nanggis... insyalllah semua akan berjalan dengan baik.
Samapi di dewan bedah.. mama sekali lagi salam en hubby, pindah troli dan masuk ke dalam dewan bedah... ermmm sejuknya.... tak lama lepas tu di tolak masuk bilik bedah. Ya Allah bagai-bagai mama nampak dalam bilik bedah tu ..... ditenangkan oleh 2 pakar bius seorang india dan seorang lagi dari luar negara tak ingat lah... Regina namanya klu tak silap.. berbangsa maghribi. Dia suruh mama baca bismillah, mengucap dan bagi tau akan bagi mama tidur untuk prosedure selanjutnya... lepas tu mama pun tak tahu apa yang berlaku...
Sedar tak sedar mama dah berada di ICU.... nanti sambung part 3 ya..
menu makanan tengahari....siap boleh pilih lagi....tiap hari lain-lain....yang ni tak da kat hospital kerajaan... |