Assalamualaikum....
seperti yang dijanjikan sebelum ni mama nak cerita pasal kenduri
kahwin. Ahad yang 10 JUn 2012 merupakan majlis kenduri kahwin di
rumah abang sulung en hubby mama bagi anak lelaki juga anak yang
bongsu beliau. Memang seronok lah jumpa saudara mara ni, sepupu sepapat
pun ada yang tak kenal sebab jarang-jarang jumpa. Anak-anak lagilah tak
kenal semua nenek dan datuk saudara juga. Tapi adik beradik enhubby
semuanya anak-anak kenal lah.... satu emak dan ayah tu tak ramai cuma 5
orang je... anak dia orang pun tak ramai jugak... tu yang kenal semua.
Bagi yang satu emak lain ayah, satu ayah lain emak.... ermmm ramai
tau... campur semua adalah dekat 20 orang. Semuanya dah ada anak menantu
dan cucu cucu sebab dia orang ni lebih tua daripada adik beradik satu
emak dan satu ayah kan.... ada faham ke??? ala buat-buat faham
lakan...Emak mertua mama masa kahwin dengan ayah mertua masing-masing
dah ada anak. Ayah ada lebih 5 anak kotnya.....emak hanya ada satu
je..Anak ayah mertua terdahulu kami tak kenal sangat dan tak
rapatlah.... but anak emak yang seorang tu memang rapat lah. Yang ni lah
anak-anak mama panggil Pak Long...Lagi satu Pak long ialah abang sulung
kepada en hubby mama iaitu yang seibu sebapa ni...
Memandangkan
emak mertua dan ayah mertua mama ni dah tak ada sejak sekian lama
sebelum kami kahwin... kiranya mama ni kahwin dengan anak yatim piatu
lah... kasihan en hubby mama kan... so abang yang seorang tu lah yang
ambik alih tugas sebagai ibu dan bapa mertua. Dialah yang kahwinkan
adik-adiknya seramai 4 orang tu. Masa mama kahwin pun dia orang ni baru
aje umur 30an gitu, anak-anak pun masih kecik lagi yang bongsu masa tu
masih tadika lagi. Anak bonsgu ni sekarang baru aje 23 tahun tapi dah
jadi suami orang.... muda lagikan.... dah jodoh mereka...moga jodoh akan
berkekalan hingga ke akhir hayat dan bahagia hendaknya...
Cerita pasal kenduri kahwin kat JOhor ni ada keistemewaannya yang tak da kat tempat lain antaranya ialah:
1.
Ada telur pindang..... ala telur yang telah direbus dan warna telur
putihnya jadi coklat dan rasa rempah ... boleh didapati kat kedai makan
gak atau kat pertonas kat putrajaya ada jual tapi harganya RM1.50 sebiji
kalau tak silap.
cam ni lah rupanya dari en google
2.
Berkat pulak diberikan sebungkus nasi kepada setiap tetamu.... berserta
godie iringan lain, seperti bunga telur dari telur pindang tadi, kiuh
kering/ muffin, dan juga lain-lain dari tuan rumah...
3.
Duit 'lawe' ( sebut guna e taling atau e pipit erm yang mana satu
eek.... macam sebutan 'emak' bukan sebutan 'ekor' tau...Duit 'lawe' di
akan diberikan kaum kerabat yang jaga pintu masuk , kat pelamin dan juga
masa nak masuk bilik dirumah pengantin perempuan oleh pihak lelaki...
jumlahnya terpulang kepada pihak lelaki... bisanya untuk kanak-kanak RM
1- RM 2, but untuk nenekatau mak saudara sebelah perempuan kenalah up
sikit kan... then untuk mak andam sebagai tebus tempat duduk kat sebelah
pengantin perempuan di atas pelamin tu... nilainya erm besar gak tau...
sebelah tangan atau dua belah tangan tau. Kalau penuh yang tunggu kat
pintu masuk tu dan kat pelamin... banyak juga yang pinak lelaki kena
sediakan.... tapi ini hanya adat je... suka-suka..Ada juga orang sebut
kena bayar TOL.....ha..ha..
4. Persembahan silat.... persemabhan silat dilakukan di depan pasangan pengantin di halaman rumah bisanya...
5. Peesemabhan joget lambak..biasanya diadakan pada malam hari selepas majlis kenduri kahwin...
6. Persembahan kuda kepang... dulu biasanya iaya diadakan pada sebelah malam juag... sekarang dah jarang ada orang buat..
7.Majlis
lain yang biasanya diadakan semasa kenduri kahwin ni ialah majlis
khatam Al Quran, Malis Berzanji, biasanya oleh pengantin perempuan...
sebelum atau selepas majlis akad nikah...
Okay lah inilah beberapa keistemewaan majlis di Johor......