PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Monday, 25 June 2012

KENDURI KAHWIN

Assalamualaikum.... seperti yang dijanjikan sebelum ni mama nak cerita pasal kenduri kahwin.  Ahad yang 10 JUn 2012 merupakan majlis kenduri kahwin di rumah abang sulung en hubby mama bagi anak lelaki juga anak yang bongsu beliau. Memang seronok lah jumpa saudara mara ni, sepupu sepapat pun ada yang tak kenal sebab jarang-jarang jumpa. Anak-anak lagilah tak kenal semua nenek dan datuk saudara juga. Tapi adik beradik enhubby semuanya anak-anak kenal lah.... satu emak dan ayah tu tak ramai cuma 5 orang je... anak dia orang pun tak ramai jugak... tu yang kenal semua. Bagi yang satu emak lain ayah, satu ayah lain emak.... ermmm ramai tau... campur semua adalah dekat 20 orang. Semuanya dah ada anak menantu dan cucu cucu sebab dia orang ni lebih tua daripada adik beradik satu emak dan satu ayah kan.... ada faham ke???  ala buat-buat faham lakan...Emak mertua mama masa kahwin dengan ayah mertua masing-masing dah ada anak. Ayah ada lebih 5 anak kotnya.....emak hanya ada satu je..Anak ayah mertua terdahulu kami tak kenal sangat dan tak rapatlah.... but anak emak yang seorang tu memang rapat lah. Yang ni lah anak-anak mama panggil Pak Long...Lagi satu Pak long ialah abang sulung kepada en hubby mama iaitu yang seibu sebapa ni...


Memandangkan emak mertua dan ayah mertua mama ni dah tak ada sejak sekian lama sebelum kami kahwin... kiranya mama ni kahwin dengan anak yatim piatu lah... kasihan en hubby mama kan... so abang yang seorang tu lah yang ambik alih tugas sebagai ibu dan bapa mertua. Dialah yang kahwinkan adik-adiknya seramai 4 orang tu. Masa mama kahwin pun dia orang ni baru aje umur 30an gitu, anak-anak pun masih kecik lagi yang bongsu masa tu masih tadika lagi. Anak bonsgu ni sekarang baru aje 23 tahun tapi dah jadi suami orang.... muda lagikan.... dah jodoh mereka...moga jodoh akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan bahagia hendaknya... 

Cerita pasal kenduri kahwin kat JOhor ni ada keistemewaannya yang tak da kat tempat lain antaranya ialah:

1. Ada telur pindang..... ala telur yang telah direbus dan warna telur putihnya jadi coklat dan rasa rempah ... boleh didapati kat kedai makan gak atau kat pertonas kat putrajaya ada jual tapi harganya RM1.50 sebiji kalau tak silap.
               
                   cam ni lah rupanya dari en google


2. Berkat pulak diberikan sebungkus nasi kepada setiap tetamu.... berserta godie iringan lain, seperti bunga telur dari telur pindang tadi, kiuh kering/ muffin, dan juga lain-lain dari tuan rumah...

3. Duit 'lawe' ( sebut guna e taling atau e pipit erm yang mana satu eek.... macam sebutan 'emak' bukan sebutan 'ekor' tau...Duit 'lawe' di akan diberikan kaum kerabat yang jaga pintu masuk , kat pelamin dan juga masa nak masuk bilik dirumah pengantin perempuan oleh pihak lelaki... jumlahnya terpulang kepada pihak lelaki... bisanya untuk kanak-kanak RM 1- RM 2, but untuk nenekatau mak saudara sebelah perempuan kenalah up sikit kan... then untuk mak andam sebagai tebus tempat duduk kat sebelah pengantin perempuan di atas pelamin tu... nilainya erm besar gak tau... sebelah tangan atau dua belah tangan tau. Kalau penuh yang tunggu kat pintu masuk tu dan kat pelamin... banyak juga yang pinak lelaki kena sediakan.... tapi ini hanya adat je... suka-suka..Ada juga orang sebut kena bayar TOL.....ha..ha..

4. Persembahan silat.... persemabhan silat dilakukan di depan pasangan pengantin di halaman rumah bisanya...

5. Peesemabhan joget lambak..biasanya diadakan pada malam hari selepas majlis kenduri kahwin... 

6. Persembahan kuda kepang... dulu biasanya iaya diadakan pada sebelah malam  juag... sekarang dah jarang ada orang buat..


7.Majlis lain yang biasanya diadakan semasa kenduri kahwin ni ialah majlis khatam Al Quran, Malis Berzanji, biasanya oleh pengantin perempuan... sebelum atau selepas majlis akad nikah... 

Okay lah inilah beberapa keistemewaan  majlis di Johor......
            




1 comment:

  1. ermmm siap kena bayar to lagi.... ingat kat highway je bayar tol...

    ReplyDelete