PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Wednesday, 20 June 2012

KISAHKU 3

Assalamualaikum.... pagi ni Mama Arra nak sambung tentang kisahku 3. Sila intai kisah ku 2 >> di sini <<. Macam yang mama cerita sebelum ni, abah tak pandai memabaca atau menulis melainkan tulis nombor-nombor dan sikit2 tulis jawi. Walaupun  begitu abah tetap nak anaknya pandai. Kakak dan Abang mama dah tak gi sekolah masa mama kecik kan. Jadi mama masa umur 6 tahun abah hantar gi tadika. Dah ada tadika masa tu.... tapi sebab manja punya pasal so selalulah hujan kan... kena tunggu lagi kat tadika tu... abah, ke abang ke mesti dok depan pintu tadika tu.. kalau hilang je pe lagi hujanlah.... masa tu bukanlah pandai pun... cekgu suruh buat apa pun tak reti teruk kan.... pergi sekolah abah hantar nailk basikal kargo
tau.... duduk belakang tu besar carriernya...
                                              nilah rupanya from google

.cekgu yang ajar kat tadika tu dok sekampung dengan mama. Memang emak & abah kenal pun keluarga cekgu tu.... namanya cekgu Milah. Terima kasih cekgu.... lepas setahun di tadika masuk sekolah rendah. Masa tu tak nak sekolah yang biasanya bebudak kat kampung mama ni sekolah... sebabnya kena jalan kaki gi sekolah. Jadi mama tak nak lah... mama masuk sekolah yang jauh sikitlah  kira-kira 6 km dari rumah... dapat naik bas... amacam baik tak mama ni...he..he.. nasib baik masa tu dah kiranya senanglah sebab abahkan memang sangat-sangat rajin orangnya.... semua kerja dia buat.

Masa hari pertama gi sekolah darjah 1 tu abah tak nak hantar... gi sendiri.... tapi mama pun nak tunjuk beranilah... naik bas sekolah yang tunggu kat jalan besar tu... naik bas Pakcik Anwar. Oklah selamat sampai kat sekolah.... sekolah kat sini sampai darjah 6. Mama darjah satu dok kelas Merah. Kelas ni kira kelas ketigalah.... masuk darjah dua mama dinaikkan ke kelas Hijau hingga tahun 6.... kelas pertamalah tu... walaupun begitu mama periksa tak lah dapat nombor pertama. Paling baik pun nombor 3 tu pun masa darjah 1.  Walaupun tak dapat tempat pertama semua markah setiap mata pelajaran tu  terror gak lah.. dapat A . Ada gak B dan C 1 @ 2 subjek jelah. Masa  darjah satu mama ni jadi ketua darjah. Darjah 3 cekgu dah pilih jadi pengawas. Satu-satu nya pengawas perempuan masa darjah 3 tu. Sekolah ni besar gak setiap darjah ada 4 kelas dan setiap kelas ada 40 murid... Dulu ambik Penilaian darjah 5 bukan UPSR. Masa tu keputusan mama tak lah bagus tau.... hanya 1A 3 B 1C.... teruk kan.... bukanlah macam hari ni ramai yang dapat 5 A. Masa tu mama ingat dari 120 murid tak sampai 5 orang kot yang dapat 5A. 

Pas tu masuk sekolah menengah.... mama tak nak sambung sekolah yang bersebelahan dengan sekolah rendah ni... dah besarkan... jadi nak pindah sekolah kat sekolah yang biasanya bebudak kampung mama ni sekolah. Sama baya dengan umur mama ni kat kampung ramai tau... adalah 15 orang kot.... dan adalah seorang tu jiran mama ni lelaki dia ni terrorlah dapat 5A tapi tak sekolah sama mama, dia sekolah dekat dengan kampung tu... dapat masuk asrama penuh tau.... adik beradik dia pun ada yang gi oversea... terrorlah kan...
Mama pun masuklah sekolah menengah di SMDO..... Jumpa kawan baru pulak... Sebab hampir 98 % kawan sekolah rendah tak sekolah di SMDO. Mereka bersekolah di SMS. Beberapa kawan mama didapat masuk arsama penuh... masa tu 4A 1B dan 3A 2B pun boleh masuk..... sekarang ni 5A dah berlambak-lambak kan.... tak da tempat nak ke sekolah asrama .... oklah sambung kemudianlah ya....






No comments:

Post a Comment