PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Monday, 18 June 2012

KISAHKU 2


Asslam..... sambung lagi eek... sape yg tak baca entry " kisahku 1", anda boleh pergi tekan SINIIII
Memandangkan beza umur mamaArra dengan kakak tu jauh, so masa mama kecik taklah sesusah masa kakak mama lahir. Mak kata masa tu nak beli lampin kakak pun tak mampu, pakai je kain batik buruk. Rumah pun mak kata jenis tengek burung je....  uolls faham ke? Nak explain pun susah. Kalau sape ada tok & nenek kat kg tu cubalah tanya cam na rupanya rumah nikan. Masak masih guna kayu api sampai mama sekolah rendah, Tak da paip air masa tu jadi guna air hujan buat minum dan basuh baju. Mandi manda dan cuci ke tandas tu guna air kolam je.... air kolam ni tak boleh buat masak kelat rasanya. Kalau basuh baju pulak kena bilas dengan air hujan... kalau tak nyaya baju putih bertukar warna kuning nanti....Letrik pun tak da... pakai lampu gasolin je..