PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Thursday 15 February 2018

UMRAH 2018 Part 6

Kisah seterusnya di Mekah. Hari Sabtu,  solat subuh di masjidil haram. Balik ke hotel untuk sarapan pagi. Selepas sarapan pagi ada program lawatan luar Kota Mekah. Kami di bawa ke Bukit Tsur, tempat di mana Nabi Muhammad dan para sahabat bersembunyi semasa ingin keluar dari Kota Mekah . Selepas ke Bukit Tsur, kami dibawa ke tempat untuk wukuf iaitu padang Arafah dan setelah itu kami ke Jabal Rahmah iaitu Bukit di mana Nabi Adam dan Siti Hawa dipertemukan setelah dikeluarkan daripada Surga. Di Bukit ini ramai jemaah yang tidak ketinggalan untuk mendakinya dan di puncak bukit terdapat satu monumen . Dikatakan tempat ini mustajab untuk memohon doa untuk bertemu jodoh. Namun semua jemaah diingakan ketika berdoa hendaklah menghadap ke kiblat bukan menhadab kepada monumen yang berada di puncak tersebut.

Setelah itu kami di bawa ke Jaa'ranah iaitu tempat bermiqat bagi melakukan umrah kali ke dua. Seletah soalt sunat ihram, berniat kami menuju ke masjidil haram. Dalam perjalanan balik kami  ditunjukan bukit di mana terdapat Gua Hiraq tempat Nabi Muhamad menerima wahyu.  Sekiranya ingin mendaki untuk sampai ke Gua Hiraq ianyanya memerlukan masa sekitar 2 jam setengah.

Sampai ke masjidil haram sekitar jam 11.00 pagi. Terus kami melakukan tawaf di dataran kaabah dan setelah itu melakukan saie. Namun kami berhenti untuk menunaikan solat zohor dahulu dan selepas itu kami menyambung saie untuk melengkapkan 7 pusingan dan bergunting. Maka sempurnalah unrah ke dua kami. Setelah selesai kami balik ke hotel untuk makan tengahari dan berehat.

En hubby pergi ke masjidil haram semula untuk solat asar, namun mama dan anak-anak perempuan tidak ke masjid kerana amat keletihan dan hanya solat di hotel. Selepas asar, kami semua sekali lagi ke masdilharam untu solat maghrib dan Isyak. Setelah itu, kami balik untuk makan malam dan berehat. keesokannya kami ke masjid jam 3.30 pagi bagi melakukan tawaf sunat dan berhajat untuk solat di hijir ismail. Namun selepas tawaf sunat, kami yang perempuan telah diminta untuk meninggalkan perkarangan datarn kaabah bagi solat subuh. Azan pertama 4.45 pagi petugas telah mengarahkan jemaah wanita keluar dari dataran kaabah. Maka kami terpaksa keluar dan mencari tempat dalam masjidil haram untuk solat subuh. Selepas solat subuh kami balik ke hotel untuk bersarapan. Setelah itu kami keluar semula untuk ke zam zam tower untuk membawa anak-anak yang pertama kali datang ke sini. Sekitar 1 jam , kami pergi kemasjidil haram untuk solat zohor. Selepas zohor kami balik untuk makan tengahari dan sekitar jam 3 petang kami ke masjid semula sehingga isyak. Selepas solat asar, kami bersama anak-anak meneroka sekitar masjidil haram. Solat maghrib di roof top dan kami juga berjalan sehingga ke King Abdullah untuk soalt isya' pula.

Hari Isnin, kami sekali lagi membuat umrah kali ke 3 dengan pergi ke Hudibiah untuk miqat. Kali ini kami tidak ada lawatan ke tempat lain. Maka selesai miqat kami terus ke masdilharam untuk selesaikan umrah. Umrah kali ini selesai sebelum solat zohor. Berehat sebentar  sementara menunggu azan zohor. Setelah itu, kami balik ke hotel untuk makan dan berehat.  Aktiviti diteruskan macam biasa untuk  ke masjid lagi.

Hari Selasa, kami sekali lagi pergi ke zam-zam tower sekitar 1 jam untuk membeli sedikit cenderhati . Petang  Selasa kami telah diminta berkemas dan selepas solat asar diadakan taklimat untuk tawaf wada iaitu tawaf selamat tinggal.  Keesokan paginya selepas subuh, kami perlu meninggalkan kota Mekah untuk perjalanan ke airport Madinah. Kami dijadualkan berlepas dari airport Madinah sekitar 6.45 petang dan perlu check in 4 jam awal. Maka beg besar kami perlu diletakkan di luar bilik hotel sebelum jam 5 pagi.Petugas akan menganggkut beg ke lobi untuk dimasukkan ke bas masing-masing.

Pagi Rabu, jam 2.20 pagi kami semua sudah bangun dan semua beg sudah siap dikemas. Beg besar kami letakkan di luar bilik manakala hand luggage akan kami bawa turun sendiri. Tawaf wada punya syarat yang perlu dipatuhi. Selepas tawaf wada kita tidak boleh lagi berlengah untuk keluar dari masjilharam, tidak boleh membeli belah atau berselfie, tidak boleh lagi baring dan berehat di bilik hotel. Sekiranya selepas tawaf wada, azan berkumandang, kita perlu keluar dari masjidil haram bukan menunggu untuk solat subuh. Namun sekiranya iqamah sudah kedengaran, maka kita boleh melakukan solat subuh dan selepas itu segera beredar.
Balik ke bilik sekadar untuk ke toilet, dan menukar pakaian sekiranya perlu, ambil beg, bawa turun ke dewan makan untuk sarapan pagi dan seterusnya turun ke lobi untuk menaiki bas bagi perjalanan ke airport Madinah.

Alhamdullilah perjalanan kami ke Madinah berjalan lancar, tiba di airport sekitar jam 2 petang. Sampai di airport kami melakukan solat zohor dan asar secara jamak dan qasar. Selepea itu, kami diberikan makan tengahari. Proeses di imigration juga berjalan dengan lancar dan kami bertolak dari airport Madinah setelah solat jamak maghrib dan isyak di airport. Penerbangan balik bermula jam 7 petang dan selamat sampai di KLIA jam 8.30 pagi .

Alhamdullilah selesai perjalanan umrah kami sekeluarga. Semoga kami diberikan kesempatan menjadi tetamu Allah lagi di masa akan datang.

Padang Arafah
masjid di padang arafah



di roof top semasa solat maghrib

di belakang itu lah Jabal Rahmah


a

Wednesday 14 February 2018

UMRAH PART 5

Sambung cerita hari seterusnya. Sekembalinya lawatan luar  Madinah, sebelah petangnya ada ceramah yang disampaikan oleh ustaz Roslan di dewan makan selepas asar. Sebelah malamnya pula mama pergi ke Raudah kali ke 2 selepas solat isyak. Alhamdullilah urusan mama dan anak-anak ke Raudah dipermudahkan walaupuan keadaannya amat sesak dan berebut-rebut. Dalam sejam sudah siap semuanya. Malamnya balik dan boleh tidur lena di bilik.

Keesoknya iaitu hari Rahu, selepas solat subuh balik bilik bersarapan dan jam 9.00 pagi, mama ambil masa sekitar 1 jam untuk pergi membeli sedikit cenderahati  untuk di bawa pulang. Kali ini mama tidak beli banyak seperti masa haji dahulu. Masa haji mama beli dan menggunakan perkhidmatan pos laju untuk menghantar barang-barang balik ke tanah air. Kali ini hanya beli beberaapa helai jubah, sejadah  sahaja, selain en hubby mama beli minyak wangi untuk kegunaan sendiri. Tasbih kami tak beli kali ini. Hanya beberapa key chain untuk kawan-kawan di ofis.

Selesai membeli, kami balik ke bilik dan seterusnya ke masjid untuk solat zohor. Selepas zohor kami diminta berkemas-kemas untuk meletakan beg besar masing-masing di depan bilik masing-masing di hotel keesokan hari selepas sarapan. Beg-beg ini akan diuruskan untuk dianggkut ke lobi bagi dimasukkan ke dalam bas  untuk perjalanan ke Mekah  selepas solat zohor hari Khamis.

Aktiviti pagi khamis, seperti biasa solat subuh, balik sarapan dan selepas sarapan kami diminta untuk berada di lobi bagi ziarah wada sebelum meninggalkan masjid Nabawi. Perasaan mama sedih, sebah semuanya ada ketika ini kerana kami semua akan meninggalkan masjid Nabawi untuk melakukan Umrah. Entah bila kami boleh datang lagi ke sini, smoga kami diberikan kesempatan untuk berada di sini lagi pada masa akan datang.

bergambar beramai-ramai bersama kumpulan 7 selepas ziarah wada

Kami telah diberikan taklimat sehari sebelum bertolak ke Mekah. Bagi kaum lelaki telah diminta memaki ihram terlebih dahulu sebelum ke masjid untuk solat zohor terakhir di masjid Nabawi. Makan tengahari telah diawalkan sebelum zohor. Selepas zohor kami akan bertolak ke Mekah dan singgah di Bir Ali untuk miqat umrah. Segala perkara sunat ihram seperti mandi sunat, potong kuku, buang bulu yang mana perlu telah dilakukan lebih awal dibilik. Solat sunat ihram sebelum solat zohor  juga telah dilakukan. Untuk memudahkan urusan pihak TH telah memaklumkan bahawa bas hanya singgah di Bir Ali, jemaah tidak akan turun .Hnaya berniat ihram di dalam bas. Ini bagi menjimatkan masa perjalanan ke Mekah sejauh hampir 475 km dari Madinah. Perjalanan mengambil masa 6 jam bergantung kepada keadaan semasa dan perlu samapai ke Mekah dalam jam 8 malam. Setelah check in di Hotel Ramada di Mekah, kami diminta untuk makan malam di dewan makan dan setelah itu, jam 9.00 malam kami semua akan menyempurnakan rukun umrah setrrusnya iaitu tawaf, saie, bergunting atau bercukur.

Alhamdullilah perjalanan kami dipermudahkan dan kami sampai sepertimana waktu yang dirancang. Kami siap melakukan rukun umrah dan selesai jam 12.30 pagi . Orang memang sangat ramai kerana malam tersebut merupakan malam jumaat dan penduduk sekitar Mekah akan bercuti keesokkan harinya. Maka ramai pekerja2 akan mengambil peluang melakukan umrah.  Namun ianya tidaklah seramai ketika musim haji yang mama lalui dahulu.

Jam 1.30 pagi kami semua sudah berada di hotel untuk berehat setelah melalui perjalanan yang panjang dari Madinah Mekah dan selesai umrah pertama kami. Kami bangun jam 3.30 pagi untuk persediaan solat subuh di masjidil haram. Walaupun badan letih namun semangat untuk menunaikan solat subuh hari jumaat sangat berkobar-kobar kerana ianya tidak akan dapat lagi peluang sekiranya terlepas. Selepas subuh, balik hotel untuk bersarapan dan selepas itu kami berkemas dan mencucui pakaian. Untuk zohor kami yang perempuan tidak pergi ke masjid memandangkan ianya hari jumaat dan solat jumaat lebih kepada lelaki. Kami solat di hotel dan ambil peluang berehat. Kami ke masjid untuk asar, maghrin dan isyak'.




Tuesday 13 February 2018

UMRAH PART 4

Mama sambung cerita hari ke 3 di Madinah. Selesai solat subuh,kami semua bersarapan dan di minta tunggu di lobi untuk program ziarah luar Madina jam 7.30 pagi.Kami bertolak dengan menaiki bas no 7 dan dalam bas sepanjang perjalanan ustza yang menjadi mutawif kami memberikan taklimat yang berkaitan tempat yang dilawati.

Tempat pertama yang dilawati adalah masjid Quba. Masjid ini merupakan masjid pertama yang didirikan oleh Nabi Muhamad ketika berhijrah dari Mekah Ke Madinah.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “ Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba’ dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat di dalam masjid berkenaan, ganajarannya adalah satu pahala umrah.

Kami diberikan masa 20 minit untuk menunaikan soalt di masjid quba ini. Solat Duha, Solat Hajat dan solat Taubat selain solat Tahayatul masjid.

Masa kami sampai orang tidak ramai lagi... Alhamdullilah. Keluar aje dari masjid orang tersangat la ramai sudah tiba dari pelbagai negara. Masa sampai bas hanya  bebrapa buah sahaja, bila selepas solat bas dah berpuluh-puluh rasanya dan agar sukar nak mencari bas no 7, walaupun ada stiker dilekatkan, namum bas yang banyak dan serupa serta bebrapa lorong parking menyebabkan sukar nak jumpa. Namun alhamdulilah mama jumpa bas dengan agak mudah. Setelah semua jemaah naik bas ustaz buat head count... emmm tak cuku 2 orang... ustaz kata tak apa biar dia yang turun cari.. sebab orang memang tersangat ramai dan kami berdoa agar pasangan warga emas ini dapat jumpa bas kami... agak lama juga kami meunggu hampir 45 minit alhamdullilah akhirnya pasangan ini ditemui dalm keadaan keletihan sebab mereka pun berpusing-pusing mencari bas... Kerana masa lama menunggu maka terpakasalah ustaz membuat penjadualan semula lawatan kami ...

Tempat seterusnya adalah pasar kurma. Disini dijual pelbagai jenis kurma dengan bagai-bagai gred dan harga. Selain itu banyak lagi barangan berasakan kurma dan coklat serta gula-gula dijual. Harga di sini agak mahal berbanding dengan tempat lain disekitar masjid Nabawi. Namun jemaah dibenarkan makan sebaerapa banyak kurma jika larat la... semuanya HALAL kata penjual. Mama kurang beli kali ini.. hanya beli kura Ajwa sahaja dan sedikit coklat. 

MASJID QUBA
dalam pasar kurma
posing 2 beradik

Seterusnya ke Jabal Uhud dimana masa ini Nabi Muhamad telah tewas dalam peperangan Uhud dan ramai para suhada yang mati dan dikebumikan di sini.

sebahagian dari Jabal Uhud

4 tahun lepas, semasa haji mama tak panjat tempat memanah kaum muslimin dalam peperangan uhud, oleh itu pada kesempatan kali ini mama dan suami seta anak-anak dok panjat ke tempat ini. Waktu samapi ni dah panas sebab nak masuk zohor dalam sejam lagi
di belakang tu la bukit  memanah yang nampal ramai orang  sedang nak memanjat
Disebelah sana bulit memanah tu sekarang ni dah ada bangunan yang cantik untuk mereka yang berniaga, macam2 ada dijual, sejadah, sovenior, kurma dan sebagainya.

dari jauh pemandangan jabal uhud... yang kecik dan rendah di kanan tu la bukit memanah

Selepas ke jabal uhud, bas kami balik ke Masjid Nabawi dan dalam perjalanan kami tak sempat nak singgah masjid Qiblatin, iaitu masjid dengan 2 kiblat. Qiblat asal adalah menhadap ke Masjidil Aqsa sebelum di ubah menghadap ke Kaabah di Melah.