Setelah itu kami di bawa ke Jaa'ranah iaitu tempat bermiqat bagi melakukan umrah kali ke dua. Seletah soalt sunat ihram, berniat kami menuju ke masjidil haram. Dalam perjalanan balik kami ditunjukan bukit di mana terdapat Gua Hiraq tempat Nabi Muhamad menerima wahyu. Sekiranya ingin mendaki untuk sampai ke Gua Hiraq ianyanya memerlukan masa sekitar 2 jam setengah.
Sampai ke masjidil haram sekitar jam 11.00 pagi. Terus kami melakukan tawaf di dataran kaabah dan setelah itu melakukan saie. Namun kami berhenti untuk menunaikan solat zohor dahulu dan selepas itu kami menyambung saie untuk melengkapkan 7 pusingan dan bergunting. Maka sempurnalah unrah ke dua kami. Setelah selesai kami balik ke hotel untuk makan tengahari dan berehat.
En hubby pergi ke masjidil haram semula untuk solat asar, namun mama dan anak-anak perempuan tidak ke masjid kerana amat keletihan dan hanya solat di hotel. Selepas asar, kami semua sekali lagi ke masdilharam untu solat maghrib dan Isyak. Setelah itu, kami balik untuk makan malam dan berehat. keesokannya kami ke masjid jam 3.30 pagi bagi melakukan tawaf sunat dan berhajat untuk solat di hijir ismail. Namun selepas tawaf sunat, kami yang perempuan telah diminta untuk meninggalkan perkarangan datarn kaabah bagi solat subuh. Azan pertama 4.45 pagi petugas telah mengarahkan jemaah wanita keluar dari dataran kaabah. Maka kami terpaksa keluar dan mencari tempat dalam masjidil haram untuk solat subuh. Selepas solat subuh kami balik ke hotel untuk bersarapan. Setelah itu kami keluar semula untuk ke zam zam tower untuk membawa anak-anak yang pertama kali datang ke sini. Sekitar 1 jam , kami pergi kemasjidil haram untuk solat zohor. Selepas zohor kami balik untuk makan tengahari dan sekitar jam 3 petang kami ke masjid semula sehingga isyak. Selepas solat asar, kami bersama anak-anak meneroka sekitar masjidil haram. Solat maghrib di roof top dan kami juga berjalan sehingga ke King Abdullah untuk soalt isya' pula.
Hari Isnin, kami sekali lagi membuat umrah kali ke 3 dengan pergi ke Hudibiah untuk miqat. Kali ini kami tidak ada lawatan ke tempat lain. Maka selesai miqat kami terus ke masdilharam untuk selesaikan umrah. Umrah kali ini selesai sebelum solat zohor. Berehat sebentar sementara menunggu azan zohor. Setelah itu, kami balik ke hotel untuk makan dan berehat. Aktiviti diteruskan macam biasa untuk ke masjid lagi.
Hari Selasa, kami sekali lagi pergi ke zam-zam tower sekitar 1 jam untuk membeli sedikit cenderhati . Petang Selasa kami telah diminta berkemas dan selepas solat asar diadakan taklimat untuk tawaf wada iaitu tawaf selamat tinggal. Keesokan paginya selepas subuh, kami perlu meninggalkan kota Mekah untuk perjalanan ke airport Madinah. Kami dijadualkan berlepas dari airport Madinah sekitar 6.45 petang dan perlu check in 4 jam awal. Maka beg besar kami perlu diletakkan di luar bilik hotel sebelum jam 5 pagi.Petugas akan menganggkut beg ke lobi untuk dimasukkan ke bas masing-masing.
Pagi Rabu, jam 2.20 pagi kami semua sudah bangun dan semua beg sudah siap dikemas. Beg besar kami letakkan di luar bilik manakala hand luggage akan kami bawa turun sendiri. Tawaf wada punya syarat yang perlu dipatuhi. Selepas tawaf wada kita tidak boleh lagi berlengah untuk keluar dari masjilharam, tidak boleh membeli belah atau berselfie, tidak boleh lagi baring dan berehat di bilik hotel. Sekiranya selepas tawaf wada, azan berkumandang, kita perlu keluar dari masjidil haram bukan menunggu untuk solat subuh. Namun sekiranya iqamah sudah kedengaran, maka kita boleh melakukan solat subuh dan selepas itu segera beredar.
Balik ke bilik sekadar untuk ke toilet, dan menukar pakaian sekiranya perlu, ambil beg, bawa turun ke dewan makan untuk sarapan pagi dan seterusnya turun ke lobi untuk menaiki bas bagi perjalanan ke airport Madinah.
Alhamdullilah perjalanan kami ke Madinah berjalan lancar, tiba di airport sekitar jam 2 petang. Sampai di airport kami melakukan solat zohor dan asar secara jamak dan qasar. Selepea itu, kami diberikan makan tengahari. Proeses di imigration juga berjalan dengan lancar dan kami bertolak dari airport Madinah setelah solat jamak maghrib dan isyak di airport. Penerbangan balik bermula jam 7 petang dan selamat sampai di KLIA jam 8.30 pagi .
Alhamdullilah selesai perjalanan umrah kami sekeluarga. Semoga kami diberikan kesempatan menjadi tetamu Allah lagi di masa akan datang.
Padang Arafah |
masjid di padang arafah |
di roof top semasa solat maghrib |
di belakang itu lah Jabal Rahmah |
Tq mama,sudi berkongsi pengalaman,suka saya baca cecrita umrah mama...
ReplyDeleteSubhanallah..seronoknya mengerjakan umrah.. doakan saya pun sampai tak lama lagi :)
ReplyDeleteTq mama.. Bnyk saya bljr.. InsyaAllah akn ke sana dgn keluarga minggu depan.. Hrp semua dipermudahkn..
ReplyDeleteAlhamdullilah semoga dipermudahkan segala urusan dan memperoleh umrah yang mabrur.
ReplyDelete