Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh.
Seletah sekian lama mama menyepi dari mencatat sesuatu di blok ini. Lebih setahun rupanya setelah kembali dari Umrah bersama anak-anak sekeluarga tahun 2018. Sekejap benar rasanya masa berlalu dan terasa sangat rindu untuk kembali ke bumi Mekah dan Madinah. Semoga kami dijemput untuk menjadi tetamu lagi di masa yang akan datang.
Diam tak diam anak bujang mama yang bongu sudah tamat belajar di matrikulasi Pulau Pinang pada 12 April 2019 yang lepas. Sepertimana bias, permohonan untuk melangkah ke menara gading khususnya bagi universiti awam adalah melalui permohon ON line UPU. Sebelum permohonan diisi, no pin perlu dibeli di BSN .
Untuk memasuki program ijazah di universiti tetdapat beberapa laluan iaitu selepas SPM , pelajar boleh memilih untuk meneruskan pelajaran ke tingkatan 6 selama 2 tahun, menduduki STPM dan yang setaraf dengannya, masuk program diploma , atau masuk program matrikulasi mahu pun asasi.
Memang sangat kompetitif untuk masuk universiti awam. Buat mereka yang memlilih IPTS, kurang masalah dari segi keputusan.. asal memhuni syarat minimun dan ada duit, silalah mohon, isnyallah dapat punya. Bagi IPTA, untuk memilih bidang yang tertentu, walaupun syarat minimun dinyatakan sebagai CGPA 3.0 tapi hakikatnya hanya yang mendapat CGPA 4.0 sahaja yang akan terpilih. Bidang perubatan, pergigian dan farmasi juga veterinar antara yang memerlukan mereka yang mendapat CGPA 4. Begitu ramai yang mendapat CGPA 4 ini, namun kuota untuk bidang ini terhad. Jadi bayangkanlah mereka yang hanya dapat 3.5. Adakah mereka punya peluang untuk memilih bidang ini...
Mama ada 2 pengalaman yang berbeza untuk 2 anak yang pertama. Along selepas SPM ambil program diploma 3 tahun dan selepas itu memasuki program ijazah untuk 4 tahun. Kini along berada di tahun ke 3 . semester ke 6. Ada lebih setahun lagi untuk along menamatkan pengajian iaitu tahun 2020 dalam bulan Jun. Manakala Angah yang beza setahun dengan along sedang menjalani latihan praktikal di semester 8 iaitu tahun ke 4 yang akan tamat akhir Julai nanti dan majlis konvokesyen akan diadakan pada hunung tahun ini sekitar bulan November. Angah selepas SPM memasuki matrikulasi. Untuk along mas yang diambil untuk ijazah pertama ialah 7 tahun, manakala angah pula hanya 5 tahun. Nampak tak perbezaan 2 tahun ... Oleh itu, sekiranya anak kita ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, maka lalua pantas salah satunya ialah dengan mengikuti program matrikulasi.
Namun sekiranya anak-anak tidak dapat memasuki program matrikulasi, salah satu lagi laluan untuk ke universiti bagi program ijazah ialah dengan memasuki tingkatan 6 dengan mengambil STPM. Proses pembelajaran tingkatan 6 kini adalah seperti belajar di universiti. Perbezaannya tingkatan 6 dijalankan di sekolah. Oleh itu, anak-anak boleh duduk dirumah denagn keluarga dan kos adalah lebih rendah berbanding dengan memasuki program diploma atau asasi mashupun matrikulasi.

Mereka yang kurang cemerlang masa SPM boleh belajar bersungguh-sungguh semasa STPM ini dan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti lebih terbuka luas sekirangnya anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang semasa STPM ini.
Anak bongsu mama juga mengikuti program matrikulasi. Matrikulasi ini ada 2 program iaitu program setahun dan program 2 tahun bergantung kepada tawaran yang diterima. Program satu tahun dikatakan agak padat. Kelas akan bermula awal pagi dan berakhir sehingga jam 5 petang. Sebelum peperiksaan akhir semestar 2 kebiasaannya pelajr-pelajar akan mula memohon secara online bagi program ijazah di IPTA. Di sini setiap pelajar perlu membeli no PIN UPU di BSN. Setelah itu, pelajar boleh ke laman web UPU untu mengisi secara online kursus dan universiti pilihan. Agak mencabar juga untuk membuat pilihan. Tetapi bagi mereka yang mendapat keputusan cemerlang, rasanya insyallah akan diterima masuk salah satu kursus pilihan antara pilihan pertama hiingga ke 5. Namun bagi mereka yang mendapat CGPA antara 3.0 hongga 3.5... mama rasa agak sukar untuk mementukan kursus pilihan... keadaan ini yang mama lalui untuk menentukan apakah bidang yang hendak anak bongu mama mohon di IPTA. Kalau nak mohon IPTS insyalaah tiada masalah rasanya .. tapi masalah lain pulak yng perlu difikirkan iaitu kos yuran yang belum termasuk kso sewa asrama, makanan dan penggangkutan..
Sebagai contohnya kos kejuruteraan di UNITEN, untuk 4 tahun kos yuran sahaja RM 75K... belum masuk asrama dan makan ... penggangkutaan lagi... Maka sebab itu, mama memang berharap agar anak-anak mama melanjutka pelajaran ke universiti awam.

No comments:
Post a Comment