PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Tuesday, 3 September 2013

MACAM MANA NAK KAYA


simpanan cara tetap tanpa mengambil keluar sebarang bonus atau dividen akan menghasilkan                                      pokok yang berbuah lebat setelah 20 tahun...

inilah salah satu perengan dalam buku tersebut
Masa menunggu mama kat IJN en hubby pinjam buku di atas ni dari Perpustakaan Negara yang bertentangan dengan IJN.  Seronok baca buku ni simple aje dan memang praktikal dan boleh dicapai...apa yang perlu kita lakukan ialah dengan menyimpan sebahagian daripada pendapatan kita secara tetap dan tidak mengeluarkan nya dalam satu tempat yang memberikan pulangan yang baik. Salah satu yang mama nampak dengan membuat simpanan dalam ASB. ini yang paling senang. Potong gaji dan jangan ambil keluar mahupun dividen dan bonus yang diterima setiap awal tahun. Insyallah dalam tempoh 20 tahun ianya akan menjadikan pokok yang menghasilkan buah yang lebat. Kita kan dapat ambil buahnya tiap bulan yang kan menyamai gaji bulanan kita.... tentu seronok masa tu... kita akan bebas untuk membuat apa sahaja dengan duit tersebut dan pokoknya masih ada dan tidak berhenti menghasiklan buah untuk kita.... dam masa ini kalau kita tidak bekerja kita masih mampu berbelanja macam kita berkerja.... 
Kita perlu menyimpan pada masa mula bekerja . Setiap tahun gaji kita akan bertambah maka simpanan juga perlu bertambah selaras dengan kenaikan gaji ini... kita perlu kuat dan berdisiplin. Susah dahulu senang kemudian...Insyallah


HARGA MINYAK RON 95 Naik 20 Sen

 
Assalamualaikum .... Minyak  Ron 95 naik 20 sen mulai 3 September 2013.... aduhai.... sekarang ni minyak aje RM 70 seminggu dan sebulan dah RM 280 tu pun kalau tak gi tempat lainlah.... ni baru untuk mama... en hubby lagi mak ooi... en hibby ulang alik dekat 95 km sehari... cumanya selamat sikit tak ada tol... kalau cam ni nampaknya tak leh lah nak tukar kereta cc besar... makan petrol ooo... takut mama . Terfikir gak nak pakai kancil aje...boleh jimat ya tak?Nampaknya peruntukan minyak kena naik dan peruntukan yang lain kena kurangkan lah... erm apa yang boleh dikurangkan eek?... Kos telefon  salah satunya yang boleh dikurangkan... betul tak?  Dan jangan beli air masa makan kat luar. Bawak air kosong sendiri...boleh jimat sikit betul tak?...




IJN follow-up


ruang legar lobi utama IJN
Assalamualaikum... ermmm hari ni mama gi follow-up kat IJN. Surprisingly samapi kat IJN dah dekat 9.30 pagi dan klinik nampak lenggang aje... daftar terus ambil vital sign dan buat chest x ray lepas tu.. tunggu. Mama telah dimaklumkan agar pergi makan dulu lepas x ray sebab PDDE ada emergency case so clinic tak start lagi...

So mama dan en hubby gi makan di cafe IJN aje. Lepas tu pergi semula ke klinik. Ermmm dimaklumkan PDDE masih tak masuk klinik lagi dan tak lama lepas tu terus dapat tau yang PDDE memang tak masuk klink hari ni kerana tak siap buat operation lagi... Mr H akan ganti... tak lama lepas tu mama pun di panggil jumpa mr H. Erm dia minta mama tunggu sebab nak discuss dengan PDDE. Maka mama pun kena lah tunggu sampai OT habis. Dekat pukul satu baru OT habis dan mama dipanggil tidak lama kemudian. PDDE bagi tau mama kena adapt dengan satu paru-paru dan eeffusion disebelah kiri. Tak boleh keluarkan effusion tu.... high risk... second option buat op lagi... aduhai mama tak mahu buat 3rd op... very scary... tak palah mama kena belajar hidup dengan one lung ...
chest x ray semalam..... half of left lung being fill up with effusion.
So far mama masih boleh tidur dengan satu bantal . Alhamdullilah tak ada sesak nafas... cuma kalau jalan jauh atau naik tangga tu adalah penat tapi rehat kejap dah ok....