PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Tuesday, 3 September 2013

MACAM MANA NAK KAYA


simpanan cara tetap tanpa mengambil keluar sebarang bonus atau dividen akan menghasilkan                                      pokok yang berbuah lebat setelah 20 tahun...

inilah salah satu perengan dalam buku tersebut
Masa menunggu mama kat IJN en hubby pinjam buku di atas ni dari Perpustakaan Negara yang bertentangan dengan IJN.  Seronok baca buku ni simple aje dan memang praktikal dan boleh dicapai...apa yang perlu kita lakukan ialah dengan menyimpan sebahagian daripada pendapatan kita secara tetap dan tidak mengeluarkan nya dalam satu tempat yang memberikan pulangan yang baik. Salah satu yang mama nampak dengan membuat simpanan dalam ASB. ini yang paling senang. Potong gaji dan jangan ambil keluar mahupun dividen dan bonus yang diterima setiap awal tahun. Insyallah dalam tempoh 20 tahun ianya akan menjadikan pokok yang menghasilkan buah yang lebat. Kita kan dapat ambil buahnya tiap bulan yang kan menyamai gaji bulanan kita.... tentu seronok masa tu... kita akan bebas untuk membuat apa sahaja dengan duit tersebut dan pokoknya masih ada dan tidak berhenti menghasiklan buah untuk kita.... dam masa ini kalau kita tidak bekerja kita masih mampu berbelanja macam kita berkerja.... 
Kita perlu menyimpan pada masa mula bekerja . Setiap tahun gaji kita akan bertambah maka simpanan juga perlu bertambah selaras dengan kenaikan gaji ini... kita perlu kuat dan berdisiplin. Susah dahulu senang kemudian...Insyallah


No comments:

Post a Comment