contoh mesin haemodialisis dari en google |
Assalamualaikum. Mama nak konsgsikan masalah kegagalan buah pinggang atau renal failure. Masa mama buat operation paru-paru baru ni, pada masa yang sama pakcik sebelah en hubby mama pun masuk wad dekat HSA JB untuk buat neprectomy kerana masalah kanser buah pinggang. Maka doktor terpaksa buang sebelah buah pinggang dia tu. Masa tu dah dimaklumkan sekiranya buah pinggang yang tinggal sebelah tu tidak berfungsi, maka dia kena buat haemodialisis.
Haemodialisis merupakan sesuatu yang amat mahal.... kalau dapat buat dekat hospital kerajaan tak pe.. kalau kat swasta sekali cuci tu kosnya RM 240.00 dan perlu buat 3 kali seminggu selamanya... ermm mahal kan... dan pakcik en hubby tu bukan nya ada kerja dah... dulu driver lori, isteri tak kerja dan anak ada 3orang lelaki semuanya. Yang sulung dah kahwin dan ada dua anak, kerja denagn kilang aje, yang kedua telah kembali kepada penciptanya pada tahun lepas dalam usia muda kerana kanser pancreas.... dan dia tu kerja kerajaan tapi sekarang ni tak tak boleh nak gunakan gurrentte letter dia... dan yang bongsu tu baru je dapat kerja kerani kat UTM Johor... UTM tak tanggung kos haemodialisis.. kalau masuk wad boleh..
Itu belum lagi termasuk kos pengganggkutan ke puasat dialisis tu... minyak pun dah naik... tentu tambang juga naik kan... dan tak masuk kos ubat untuk tambah darah tu...mahal tau ubat tu injection 3 kali seminggu gak.. aduhai...
Kasihan pak cik ... dah lah sebelum ni dia ada kanser baladder, buat operation dan jalani kamoterapi... lepas tu tak samapi 2 tahun anak kedua dia yang diharap dapat bantu keluarga pulak tiba-tiba sakit dan meninggal dunia dalam tempoh 19 hari aje... lepas tu kesihatan pakcik mula merosot.. last mama dan en hubby jumpa pakcik masa pengkebumian anka dia 19 Mei 2012 tu..dan 19 Mei 2013 mama masuk wad di IJN...dan pakcik masuk wad di HSA JB ...
Kalau tak buat dialisis pilihan lain adalah mencuci melalui perut iaitu dikenali sebagai peritoneal dialisis. Kaedah ini pesakit kena masuk wad duduk dalam 3 hari, perut ditebuk dan dimasukan ceair khas dan dibiarkan dalan perut unuk 20 minit lepas tu dialirkan keluar dan ianya dilakukan untuk 40-60 pusingan yang akan memerlukan berpuluh liter cecair berkenaan dan ianya tidak sebaik hamodialisis...
No comments:
Post a Comment