PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Thursday 30 August 2012

MASA YANG BERLALU


Assalamualaikumwarahmatulahhiwabarokatuh.. salam sejahtera semoga kita diberkati olehNYA di pagi hari ini..... Sedar tak sedar kita dah nak hampir tamat bulan Ogoskan.... esok 31 Ogos kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan negara Malaysia yang kita cintai ini buat kali ke 55....

Syukurlah kita dilahirkan selepas merdeka. Kita tidak pernah merasa bagaimana hidup di zaman penjajahan. Cerita emak dah abah mama semasa hayatnya dulu alangkah susahnya hidup di zaman itu. 3 daripada adik beradik emak mama meninggal dunia masa kecil... kerana kesusahan hidup masa itu, serangan komunis dan tentera Jepun pada masa itu.... dan semuanya tidak pernah ke sekolah kerana kemisikinan.... Namun kehidupan hari ini telah banyak berubah.... negara dah bertambah maju, pembangunan yang pesat membangun, sistem pengganggkutan yang canggih ada ERL, komuter, keretapi laju.... dan semua orang boleh terbang...... dulu bukan main susah nak naik kapal terbangkan.... sekaerang ni nak ra,ai dah yamg bawa keluarga melancung ke luar negara... ekonomi yang kukuh, pendidikan yang tinggi dan berabgai-bagai lagi nimat kehidupan di dunia ini... syukur ya Allah.

Bulan  Syawal pun dah nak  masuk 2 minggu.... sana sini ada jamuan raya kan... tapi ramai juga yang menyambung puasa sempena bulan syawal ini yang mana belum tentu kita bertemunya di masa akan datang....


MERDEKA!  MERDEKA! MERDEKA! Mama suka lagu Sudirman... Tanggal 31 Ogos tak jemu mendengarnyakan.... betul tak


  





                                     


Tuesday 28 August 2012

BELI RUMAH BARU


Assalamualaikumwarahmatullah hiwabarokatuh.... bersua kembali di alam maya. Kali ini mama arra ingin menceritakan tentang beli rumah baru daripada pihak SPNB( Syarikat Perumahan Negara Berhad).

Mama bercadang untuk beli rumah kedua menggunakan pinjaman kerajaan kerana masa mama beli dulu hanya pinjam RM 60 K aje.... dah lama dah dah habis bayar pun rumaha pertama tu 2 tahun lepas.. so en hubby kata meh lah cari satu rumah yang kurang RM 100 K... just nak jadikan aset dan pelaburan hartanah lah kononya.... cewah macam orang banyak duit je... kebanyakan rumah sekarang ni mana ada yang murah kan. Rumah teres biasa 3 bilik kat area Selangor ni je dah mencecah RM 150 K ke atas.... apartment pun mahal gak... so dalam cari mencari ni mama terjumpalah rumah SPNB... kat N 9. Tawarannya agak menari gaklah.. masa hari belia tahun lepas di Putrajaya dia orang adakan pameran tu.... rumah teres 3 bilik dengan keluasan yang taklah besar sangat, tapi bolehlah... dalam RM 90 K dan akan diberikan rebet tunai RM 5K bila loan diluluskan.  So kami pun decide nak beli jelah rumah tu.... siap bayar deposit lagi kat situ dan tandatangan surat tawaran... rumah tak tengok lagi ni.... so lepas tu kami pun pergilah ke kawasan tu...nak pilih rumah yang mana satu.... survey punya survey, kata putus melalui perbincangan anak-beranak... dah pilih satu rumah.... lepas tu kita orang pun hubungilah peguam yang dilantik oleh SPNB di N9.... mama dah siap lah isi borang .... download dari internet jelah... dan bawa semua dokumen tu ke sana.. untuk urusan seterusnya oleh pihak peguam untuk penyediaan H&P Aggrement. Sebelum ni mama beli rumah senang aje... semua diuruskan oleh pihak yang menjual rumah.. tapi dengan SPNB ni lain sikit... semua kena buat sendiri dan pergi sendiri ke pejabat peguam tu.... dah tu kena pergi waktu pejabat pulak... weekend tak boleh dia cuti.... aduhai... nak urus tu pun kena cuti.... kalau sekali buat selesai tak pa juga tapi kena gi 4 kali.... 4 hari cutilah gitu...aduhai..... pihak peguam ni pulak satu hal kata dia cuma uruskan untuk urusan tandatangan je.... lepas tu hantar dekat SPNB ... lain-lain tak tau lah.... ee... gerammmmmya  mama.  Bila tengok dokumen H&P aggrement tu.... salah lah pulak nama dan alamat... dan tak de pun pelan rumah dan pelan lantai.... bila tanya tak taulah dia kata tu aje SPNB bagi.... baca lagi kandungan perjanjian tu, segala defect dan kerosakan tidak akan dipertanggungjawabkan oleh SPNB. Pembeli kena terima keadaan rumah sedia ada.... aduhai mama memang tak puas hati... dah tengok rumah tu kan adalah defect sana sini... bocor maklumlah dah siap lebih 2 tahun dan tak jual lagi..... semak-samun halaman rumah tu.... tanya SPNB dia kata dia orang jual kira rumah second hand.... pembeli kena terima seadanya, sebab rumah dah siap baru jual.... aduhai...

Memandangkan harga rumah yang bersesuian tu, en hubby kata tak pa lah beli aje, nanti kita repairlah .... so belilah.... pergi sekali lagi untuk tandatangan H&P tu.... dah tu punyalah lama nak tunggu daripada SPNB ....4 bulan tau untuk dia serah balik H&P tu.... baru boleh submit ke Bahagian Pinjaman Perumahan.. Mama bawak sendiri lah ke BPP tu. Sampai kat sana pihak BPP kata dokumen tandatangan tu tak lengkap sebab orang yang sama tandatangan bagi pihak SPNB dan juga tuan tanah...aduhai.... kena ada PA (power atony...gitulah katanya ... benda alah apa pun mama tak tau lah.... kontek balik peguam tu... patutnya peguam tu settelkan.... sebelum serah kat mama semua dokumen tukan... ni tak.... dah lah kena cuti lagi masa nak ambik dokumen tu.... dah 3 kali dah mama ke pejabat tu... eee gerammmya.... lepas tu mama pun pot pet pot pet... suruh dia uruskan dan hantar kat mama tak mahu gi ambik dokumen tu.... 

Lepas dapat dokumen tu... barulah boleh hantar ke BPP.... nasib baik dok dekat sini... kalau tak kena cuti lagi.....aduhai.... lepas 2 minggu mama semak dengan BPP, aduhai ada masalah lagi.... kat tempat tandatangan SPNB tu tak letak tarikh pulak..... dia kata kena hantar balik ke sana..... mama kata dahlah SPNB ni lembab nak uruskan tunggu 4 bulan nanti kali ni nak tunggu lagi..... mama jumpa pegawai di BPP tu kata mama tak mahu hantar balik, biar mama je tulis sendiri tarikh tu... pegawai tu kata dia pun ada terfikir juga tapi takut nak buat.... alah mama kata tak kisahlah biar mama buat.... ok setel...

Lepas tu tunggu pulak gadaian.dan penilaian ... dah dapat kena pergi pejabat peguam lagi kena sain dokumen lagi.... cuti lagi..... tunggu lagi dari SPNB pulak... 2 bulan berlalu, akhirnya loan diluluskan dan errm kena cuti lagi sebab nak kena pergi SPNB pulak untuk tandatangan borang baucher rebet RM 5000 tu.... dan surat kebenaran ambik kunci.... aduhai.. lecehnya.... tapi itulah pengalamanan.....

Berbanding dengan rumah pertama semuanya beres, tak payah ambik cuti  sehari pun..... loan masa tu lulus lambatkan, dia siap hantar kunci rumah kat ofis mama lagi suruh ambik. Rumah tu mama beli dah siap dan ada beberapa lagi ynag belum jual..... so mama pun pindah lah dari kuarters ke rumah sendiri...... tak payah tolak elaun rumah, tak bayar sewa, gaji pun belum potong lagi.... setahun loan baru lulus..... rezeki namanya tu kan...

Ni mamma tengah tunggu surat dari SPNB untuk rebet tu dan juga surat kebenaran ambil kunci... lepas ni bolehlah mama hantar barang-barang mama yang tak nak guna ke sana tu... sebelum pindah masuk rumah baru di BBST.... ermmm banyak lagilah kena keluar duit untuk rumah tu.... nak masuk air dan letrik, buat grilll, nak pasang tiles, sebab rumah tu tak da tiles di ruang tamu, cuma ada di bilik tidur dan dapur je... nak cuci rumah lagi...aduhhhh banyaknya kerja.... tak pa pelan-pelan.....panjang dah mama membebel hari ni.... so sape-sape nak info boleh email kat mama ya.... atau tinggalkan pesanan/ komen ....
                                    
tunggu nak dapat kunci ni....
                                     


Monday 27 August 2012

KEMBALI

Assalamualaikum.... enteri ringkas pagi Isnin ini.... Setelah cuti lebihkurang 10 hari... lama tu tau. Pagi ni rutin bermula seperti biasa. Pagi bangun mask untuk ank-anak balik sekolah lunch nanti, buat sarapan pagi, dan masuk ofis cam biasa. Nak mula masuk gear satu .... lepas ni terus ke gear 3 atau 4.... tak bolehlah slow-slow kan...nanti bos mare... he..he...

Banyak tugas yang dah bersusun ni... hari tu bawak balik rumah konon nak buat, tapi  peram je dalam beg tu...