PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Tuesday 25 March 2014

E FILING LHDN




Sebagai kakitangan awam, mama juga tidak terkecuali daripada mengisi e filing ini.
Kalau dulu LHDN akan menghantar borang BE, kena isi manual dan pihak LHDN akan memaklumbakan berapa cukai yang dikenakan, tapi kini ianya mudah. Hanya on line. Kiraan pun automatik. Masukkan aje angka yang ditanyakan tu. Amat mudah. 10 minit boleh siap...

Tarikh akhir hantar ialah 30 April 2014 bagi cukai taksiran 2013. Hantar awal jangan tunggu saat-saat akhir nanti line jamm susah nak hantar. Tuanikan tanggungjawab sebagai rakyat....

Saturday 22 March 2014

KEHILANGAN LAGI

Pagi Rahu 19 Mac 2014 hp mama berbunyi jam hanpir 5 pagi. Nama yang tertera Cik Din. Mama tak nak jawab call tu lalu memberikan hp pada en hubby. Tepat dugaan mama bahawa pakcik hubby mama ni telah kembali pada pencptaNYA pada jam 4.30 pagi. Inallilahiwainnailahirojiuun. Alfhatihah buat allahyarham moga rohnya dicucuri rahmatNYA dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Mama bertolak ke JB jam 6.30 pagi. Jalan menuju ke Selatan agak sibuk terutamanya di highway Seremban. Lepas tu jalan agak lancar. Masuk ke Johor jalan agak sesak kembali dengan lori-lori kontena yang besar-besar sehinggalah tol Kempas. Masuk highway Pasir Gudang jalan sesak teruk. Mama sampai ke Taman Rinting sekitar jam 10.30 pagi. Samapi aje di simpang masjid taman tu, nampak orang ramai sudah berkumpul di pekarangan masjid dan jenazah sedang diusung ke dalam van jenazah. Terus bertolak menuju ke tanah perkuburan di Konkong.  Mama dan en hubby pun teruskan perjalanan ke sana.
Alhamdullilah selesai aje upacara membaca talkin dan bergerak balik cuaca mulai hujan.

Pakcik hubby ini telah sakit agak lama juga. Belaiu telah menjalani pembedahan membuang sebelah buah pinggang pada 20 Mei 2013. Dalam bulan ramadhan tahun lepas didapati buah pinggang yang tidak tidak dapat menjalankan funsi dengan baik. Maka belai telah menjalani peritoneal dialisis dan seterusnya haemodialisis.  Lepas tu tak lama kemudian cancernya merebak ke buah pinggang sebelah lagi. Pembedahan buah pinggang kali kedua telah dijalankan pada pertengahan Disember 2013. Lebih kurang 3 minggu selepas itu keadan kesihatannya merosot. Bermula dengan lumpuh dari pinggang ke bawah dan seterusnya lumpuh anggota atas.  Pemeriksaan CT scan telah dilakukan dan di dapapati banyak organ lain yang telah kena sel kanser yang merebak iaitu paru-paru, hati dan juga tulang belakang. Radiotherapi juga telah dijalankan.

Sebelum itu hampir 4 tahun lepas beliau telah menjalani pembedahan dan kimoterapi bagi kanser pundi kencing atau bladder. 2 tahun selepas itu beliau agak sihat sehinggalah beliau mengalami kencing berdarah pada pertengahan tahun 2012.
Dugaan demi dugaan yang beliau hadapi. Beliau juga telah kehilangan anak ke 2 nya pada umur yang begitu muda 2 tahun lepas iaitu 19 Mei 2012 akbit kanser pancreas. Moga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini. Sebelum itu pada 7 Januari 2014 yang lepas isteri kepada pakcik en hubby di kampungnya juga telah kembali kerahmatullah.
Kini tinggal seorang pakcik dan 2 orang makcik suami yang masih hidup daripada 9 adik beradik.
Selain dari kehilangan pakcik, mama juga telah kehilangan cermin mata mata. Ianya disedari semasa mama berhenti di hentian Pagoh... aduhai cicir kat mana la pulaknya.... Mahal juga harganya tu... multifocal lens. Ermm tak leh lah nak shopping sebab nak kena buat spec baru ...hu  hu..
Selamat disemadikan semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman.

Friday 21 March 2014

SHOPPING DI NILAI 3

Agak lama juga mama tidak bershopping. Memandangkan cuaca yang panas sebelum ini mama tak rajin nak keluar terutamanya tempat yang terbuka.

Dah lama mama bercadang nak beli cada baru. Mama memang minat dengan cadar dan comfoter. Kalau ke langkawi memang mama akan beli cadar. Rasanya dah dekat 5 tahun mama tak beli cadar baru.  Minggu lepas cuaca tidak panas makanya en hubbby mama agak gi Nilai 3. Mama pun kata ok meh cari cadar...

Nilah hasilnya:


Tiga bungkusan cadar dan comforter telah dirembat.... satu untuk mama, satu untuk anak perempuan mama dan satu untuk anak bujang mama...
Ada macam-macam jenis dan harga terpulangkan kepada selera masing-masing. Murah ada mahal pun ada.
Selain dari itu rembat juga 2 helai jubah cotton satu untuk angah dan satu untuk mama. Lepas tu baliklah sebab duit dah habis....