PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Friday, 4 December 2015

Nilai wang hari ini

Beberapa hari di akhir tahun  2015 ini pelbagai isu berlaku yang melibatkan kenaikan kos sara hidup.
Walaupun minyak diturunkan pada kadar 5 sen seliter, namun ianya rtidak banyak memberi kesan kepada rakyat. Kini tambang komuter naik, tambang ERL naik, tambas bas juga telah dinaikkan, tol naik ...aduhai... kesainnya rakyat. Semuanya naik. Barang-barang ada GST, harga naik, namun kuantiti , saiz, berat meakin berkurang. Lihat contoh mudah sabun mandi dulu saizya besar kini saiz makin mengecil. Banyak lagi lah  barang-barang lain juga begitu. Kuih muih kini 50 sen sepotong kecil. Dulu 20 sen lepas tu 3 RM 1.00, lepas tu 5 RM 2.00 kini ada yang seringgit satu.... makan satu belum tentu kenyang kan....

Kenaikkan tambang penggangkutan awam amat tinggi hampir 50%.  Ianya amat memberi kesan. Mana rakyat nak lari ya... naik kereta parking mahal, tol dan minyak lagi. Bayaran tol sahaja sudah melebihi harga makanan untuk makan semasa bekerja. Naik penggangkutan awam pun kini kos telah meninggkat. Allahuakbar. 

Sekolah akan dibuka semula tidak lama lagi. Sudah barang tentu ibu bapa perlu menyediakan pelbagai keperluan persekolahan untuk anak-anak termasuk pakaian, yuran sekolah, buku-buku tambahan yang perlu dibayar seperti buku tulis dan segala peralatan sekolah. Tambang penggangkutan ke sekolah juga. Seorang sahaja anak pun kiranya memerlukan sekurang-kurang RM 300-400 seorang kan bagi keperluan asas dan yuran. Bagi yang bersekolah ugama  sebelah pagi atau petang selepas sekolah rendah atau menengah, tambahab peruntukan juga diperlukan. Maka sudah barang tentu ibu bapa pening memikirkan perkara ini.
Belum masuk lagi duit poket untuk anak-anak ini. 

Walau pun begitu, mama tengok kan kedai makan masih lagi penuh. Ramai keluarga yang makan bersama di luar. Hotel-hotel di mana pusat peranginan atau percutian menarik penuh sana sini. Nak booking hari ini untuk minggu depan pun dah tak ada kosong. Walau pun ramai yang bising tentang harga barang naik, tol naik, minyak naik, tapi ramai juga yang masih mampu bercuti sana sini termasuk dalam dan luar negara walaupun mat wang negara kita menrundum. Kalau dulu tak ramai orang yang mampu bercuti ke luar negara, kini pelbagai lapisan masyarakat mampu makan angin. Lihat saha fb, instagram, telegram, whatsapp masing-masing. Tentu sahaja ramai rakan-rakan kita, saudara mara kita yang post gambar masing-masing bercuti sana sini kan.... eerm mama pandang je la sebab mama tak pergi mana luar negara lagi bercuti kecuali pergi memunaikan haji tahun lepas. Bukan tidak teringin namun belum lagi dapat menunaikan hasrat hati dan anak-anak.

Cukup lah celoteh pagi ini... lama tidak bersiaran di sini kan.... jumpa lagi