PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Tuesday, 11 December 2012

PERMOHONAN KE MRSM

Mama nak cerita pengalaman mama urus permohonan MRSM bagi tingkatan 1 tahun 2013. Dulu masa mohon untuk anak sulong, belum cara on line lagi. Dengan peredaran masa semuanya guna teknologi online.

                                    

Berikut adalah langakah yang perlu diambil untuk memohon masuk ke MRSM

1. Dapatkan nombor PIN bagi memasuki permohoanan masuk ke MRSM online. No PIN ini hanya boleh   
didapati di Pejabat Mara Daerah sahaja mulai pada hari keputusan UPSR dikeluarkan. Tidak ada sebarang bayaran yang dikenakan.   

2. Dapat keputuan 5A sahaja.

3. Isi permohonan on line.... pilih lokasi sekolah dan juga loksai untuk menduduki ujian dan temuduga.

4. Print permohonan dan juga fotokopi segala dokumen yang diperlukan seperti dalam senarai semak.

5. Poskan dokumen tersebut ke ibu pejabat. 

6. Pergi ke lokasi yang telah dipilih untuk menjalani ujian dan temuduga pada tarikh yang telah ditetapkan.

7.  Tunggu keputusan temuduga dan ujian...

 Walaupun hanya 7 langkah yang mama senaraikan ni, tapi bagi mamalah ianya amat menyusahkan terutamanya bagi orang kampung.... nak ke bandar ambik PIN no satu hal pulak...kos lagi..tak tau jauh ke dekat pejabat MARA tu..

Lepas tu bukan semua orang kampung ada internet line kan....

Nak phosostat dokumen kena gi cari kedai mesin fotostat...salah hemat kena ke pekan atau bandar kan... lepas tu ke pejabat pos... opppss jangan lupa sahkan semua sijil dan dokumen tu ..

Lagi satu hal pulak nak pergi pusat temuduga dan ujian tu .... kena bayar tambang lagi... kalau jauh lagi satu hal kena bermalam... kena bayaar lagi kalau duduk kat hotel ... tak masuk kos makan minum lagi.... kiranya memang menyusahkan lah... 

Jadi peranan cikgu di sekolah kampung tu amat penting untuk bantu anak-anak murid cemerlang ni untuk dapatkan PIN no dan juga isikan permohonan on line tu kan... Ibu bapa pulak kena sediakan duit untuk sewa kereta atau naik teksi untuk pergi ujian tu nanti... kalau tak dapat gak eeermmm kasihankan...yang mohon ramai kan... maklumlah ramai yang cerdik sekarang ni hampir 45 000 yang dapat 5 A... kekosongan hanya lebihkurang 7000 je bagi SBP dan MRSM tu.....tu belum lagi hal yang berkaitan dengan pendaftran pada masa yang ditetapkan... macam pengalaman mama sebelum ni di sini

UPDATES ON STREAMYX


                      
Ni nak cerita hal  permohonan streamyx kat rumah baru mama. Alahai memang bermasalah betul..... Port penuh kata pihak TM NET. aduhai..... nak langgan broadband lind pun tak clear. Unify tak ada perkhidmatan lagi... ermmm pendalaman benar ke rumah mama ni... hu...hu.... jarak dengan bandar Nilai hanya 4 km... lain-lain kemudahan ada...sebut aje..MD, KFC... secret resepi, pizza... dan bagai-bagi lagi lah restoram makanan segera ni... TESCO, GIANT... segala macam bank line... tapi line internet tak ada.. hu..hu... line telefon maxis dan celcom juga hanya satu bar kadang-kadang 2 bar.... cakap pun terjerit-jerit tak jelas.... katanya Selangor maju.... apa cerita ni????


MOHON MRSM

Sedang menduduki ujian khas bagi permohonan masuk ke MRSM 2013
Assalamualaikum, semoga hari ini merupakan hari yang ceria buat semua. Mama masih lagi dalam kesibukan dan juga kepenatan. Hujung minggu sabtu dan ahad mama pulun mengemas rumah. Hampir 80 % selesai. Tinggal barang di bilik tamu dan juga di stor yang masih beselerak... mama harap dapat menyiapkannya sebelum hujung minggu ni.... sebabya kaum kerabat nak datang rumah hujung minggu akan datang ni. Kalau tak kemas cian pulak tak da bilik nanti... so balik kerja nampaknya kenalah buat sikit-sikit kan... bilik tamu tu maih penuh dengan bagai-abagai kotak lagi.... kat stor lagilah berselirat.... aduhai... ni tajuk lain cerita lainlah pulaknya. Sebenarnya mama nak cerita pasal permohonan masuk ke MRSM bagi tingkatan 1  2013. Semalam anak teruna mama telah menduduki temuduga dan juga ujian khas yang ditetapkan oleh pihak MRSM di Kem Terendak Melaka. Semoga anak dapat lulus temuduga dan ujian yang dijalankan....

Punyalah ramai anak-anak yang telah menduduki peperiksaan UPSR  ni datang untuk perkara yang sama ...ada 540 calon kalau tak silap mama. Ni baru kat MRSM Kem Terendak... Kat MRSM yang lain lagi..... nak buat pengambilan hanya berapa aje kan.... may be not even 10 % daripada calon yang memohon ni kan. Macam biasalahkan calon dah 540 orang, masuk ibu bapa dan adaik beradik yang pakat ikut menghantar  adik, kakak, abang ke ... boleh bayang berapa sesaknya....... mama bertolak dari rumah pukul 6.30 am. En hubby kata kena gi awal...sebab tak pasti kat mana tempat tu... kalau lewat susah pulak nanti... kami sampai dah nak pukul 9.00 pagi...tersesat sikit..buta still acceptable. Breakfast belum lagi ni.Punya lah sesak kaunter pendaftaran...dalam hati mama emmm ramai yang dah datang awal lagi rupanya sedangkan kat surat panggilan tulis pukul 11.15- 3.40 petang.... nampak kaunter pendaftaran kelam kabut aje... ada 4 kaunter dibuka. Mama pun cepat-cepat suruh anak mama beratur.... lepas tu 10 minit kemudian anak mama kata kena tunggu pendaftaran pukul 11.15 nanti.... alamak ngapa tak boleh daftar.... kena tunggu pulak pukul 11.15 pagi... nak gi breakfast susahlah pulaknya kan... Alkisahnya ingatkan semua kena duduk exam pukul 11.15 pagi.... rupanya MARA buat staggered time..tak pulak dimaklumkan dalam website. Bagi mama yang pertama kali ni manalah tau. Dah tu tak da pun informasi kepada ibu bapa yang hadir kat situ. Mungkin yang dah ada pengalaman tak ada masalah.... tu yang nampak kelam kabut...

Jadi mama minta en hubby dan anak-anak gi breakfast, biar mama dan anak teruna tunggu kat tempat pendaftaran dan belikan makanan bungkus untuk anak mama makan kat sini aje... Pukul 11.15 pagi baru kena panggil beratur untuk register. Mama tengok dari jauh je lah... lepas tu mama nampak macam ada masalah aje... so mama pun terus aje ke kaunter tanya. Rupanya dia orang tak boleh daftarkan anak mama. Tak boleh masuk pulak katanya... dia pas auter sebelah kiri dan kanan pun cam tu gak.... mama pun risau gak... cam mana ni. Mama tanyalah nak buat cam mana apa alternatifnya. Makan masa 10 minit gak.. last buat manual. Dapatlah anak mama masuk sesi pagi punya exam pukul 12.00 tengahari.. kalau tak kena tunggu sesi petang..... Rupaya penyelaras tu kata calon dari putrajaua tak da dalam data di Kem Terendak sebab tak sempat nak masukkan kerana baru terima petang sebelumnya. Pelik bin ajaib... kalau dah tau macam tu kaunter pendaftaran patut di maklumkan awal. Bagi tau juga kepada ibu bapa di notis board yanag disediakan tu.... memang lembab betul kan....sabar je lah...

Sebelum tu semasa menunggu, mama dok tanya bagaimana temuduga dijalankan kat budak yang dah ditemuduga... rupanya temuduga berkumpulan.... temuduga dilakukan dalam kumpulan seramai 10 orang. Soalan terbuka sape nak jawab boleh jawab.... so mama pun apalagi cepat-cepat bagi info kat anak mama dan pastikadia jawab soalan yang ditanya. Jangan diam aje.... soalan untuk individu hanya satu soalan aje.... untuk anak mama dia tanya hobby.... senang aje kan.... rupanya ramai yang tak jawab soalan. Daripada 10 orang hanya 2 lelaki dan 2 perempuan yang jawab soalan penemuduga.... termasuklah anak mama tu... Syukurlah dia nak jawab... maklumlah ni pengalaman pertama dia ditemudugakan.... kena jawab dalam bahasa inggeris pulak tu.... memmang lah susah sikit nak bercakap banding menulis. Lepas temuduga 30 minit... terus masuk ujian bertulis ...1jam 20 minit... pukul 1.45 selesai.... lepas tu sembanyang zohor.  Pas tu gi makan.... pas  baliklah. ooops singgah nilai 3 pulak...beli karpet bilik along om the way balik tu... lepas tu gi tengok jalan ERL BBST sebab subuh esoknya (pagi nilah) mama kena hantar en hubby gi air port untuk ke Sandakan selama 5 hari..... sebab tak tau jalan.... nak hantar air port takut tak sempat mama nak ke ofis.... mama ni jensi tak suka punch card merah tau...sampai rumah pukul 7 petang....selesailah pasal ujian dan temuduga ke MRSM tu..nanti nak sambung bab 2 pulak pasal mohon MRSM ni ya....

                                         Tu dia anak anak yang sedang khusuk jawab soalan...