PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Tuesday, 11 December 2012

PERMOHONAN KE MRSM

Mama nak cerita pengalaman mama urus permohonan MRSM bagi tingkatan 1 tahun 2013. Dulu masa mohon untuk anak sulong, belum cara on line lagi. Dengan peredaran masa semuanya guna teknologi online.

                                    

Berikut adalah langakah yang perlu diambil untuk memohon masuk ke MRSM

1. Dapatkan nombor PIN bagi memasuki permohoanan masuk ke MRSM online. No PIN ini hanya boleh   
didapati di Pejabat Mara Daerah sahaja mulai pada hari keputusan UPSR dikeluarkan. Tidak ada sebarang bayaran yang dikenakan.   

2. Dapat keputuan 5A sahaja.

3. Isi permohonan on line.... pilih lokasi sekolah dan juga loksai untuk menduduki ujian dan temuduga.

4. Print permohonan dan juga fotokopi segala dokumen yang diperlukan seperti dalam senarai semak.

5. Poskan dokumen tersebut ke ibu pejabat. 

6. Pergi ke lokasi yang telah dipilih untuk menjalani ujian dan temuduga pada tarikh yang telah ditetapkan.

7.  Tunggu keputusan temuduga dan ujian...

 Walaupun hanya 7 langkah yang mama senaraikan ni, tapi bagi mamalah ianya amat menyusahkan terutamanya bagi orang kampung.... nak ke bandar ambik PIN no satu hal pulak...kos lagi..tak tau jauh ke dekat pejabat MARA tu..

Lepas tu bukan semua orang kampung ada internet line kan....

Nak phosostat dokumen kena gi cari kedai mesin fotostat...salah hemat kena ke pekan atau bandar kan... lepas tu ke pejabat pos... opppss jangan lupa sahkan semua sijil dan dokumen tu ..

Lagi satu hal pulak nak pergi pusat temuduga dan ujian tu .... kena bayar tambang lagi... kalau jauh lagi satu hal kena bermalam... kena bayaar lagi kalau duduk kat hotel ... tak masuk kos makan minum lagi.... kiranya memang menyusahkan lah... 

Jadi peranan cikgu di sekolah kampung tu amat penting untuk bantu anak-anak murid cemerlang ni untuk dapatkan PIN no dan juga isikan permohonan on line tu kan... Ibu bapa pulak kena sediakan duit untuk sewa kereta atau naik teksi untuk pergi ujian tu nanti... kalau tak dapat gak eeermmm kasihankan...yang mohon ramai kan... maklumlah ramai yang cerdik sekarang ni hampir 45 000 yang dapat 5 A... kekosongan hanya lebihkurang 7000 je bagi SBP dan MRSM tu.....tu belum lagi hal yang berkaitan dengan pendaftran pada masa yang ditetapkan... macam pengalaman mama sebelum ni di sini

No comments:

Post a Comment