Sedang menduduki ujian khas bagi permohonan masuk ke MRSM 2013 |
Assalamualaikum, semoga hari ini merupakan hari yang ceria buat semua. Mama masih lagi dalam kesibukan dan juga kepenatan. Hujung minggu sabtu dan ahad mama pulun mengemas rumah. Hampir 80 % selesai. Tinggal barang di bilik tamu dan juga di stor yang masih beselerak... mama harap dapat menyiapkannya sebelum hujung minggu ni.... sebabya kaum kerabat nak datang rumah hujung minggu akan datang ni. Kalau tak kemas cian pulak tak da bilik nanti... so balik kerja nampaknya kenalah buat sikit-sikit kan... bilik tamu tu maih penuh dengan bagai-abagai kotak lagi.... kat stor lagilah berselirat.... aduhai... ni tajuk lain cerita lainlah pulaknya. Sebenarnya mama nak cerita pasal permohonan masuk ke MRSM bagi tingkatan 1 2013. Semalam anak teruna mama telah menduduki temuduga dan juga ujian khas yang ditetapkan oleh pihak MRSM di Kem Terendak Melaka. Semoga anak dapat lulus temuduga dan ujian yang dijalankan....
Punyalah ramai anak-anak yang telah menduduki peperiksaan UPSR ni datang untuk perkara yang sama ...ada 540 calon kalau tak silap mama. Ni baru kat MRSM Kem Terendak... Kat MRSM yang lain lagi..... nak buat pengambilan hanya berapa aje kan.... may be not even 10 % daripada calon yang memohon ni kan. Macam biasalahkan calon dah 540 orang, masuk ibu bapa dan adaik beradik yang pakat ikut menghantar adik, kakak, abang ke ... boleh bayang berapa sesaknya....... mama bertolak dari rumah pukul 6.30 am. En hubby kata kena gi awal...sebab tak pasti kat mana tempat tu... kalau lewat susah pulak nanti... kami sampai dah nak pukul 9.00 pagi...tersesat sikit..buta still acceptable. Breakfast belum lagi ni.Punya lah sesak kaunter pendaftaran...dalam hati mama emmm ramai yang dah datang awal lagi rupanya sedangkan kat surat panggilan tulis pukul 11.15- 3.40 petang.... nampak kaunter pendaftaran kelam kabut aje... ada 4 kaunter dibuka. Mama pun cepat-cepat suruh anak mama beratur.... lepas tu 10 minit kemudian anak mama kata kena tunggu pendaftaran pukul 11.15 nanti.... alamak ngapa tak boleh daftar.... kena tunggu pulak pukul 11.15 pagi... nak gi breakfast susahlah pulaknya kan... Alkisahnya ingatkan semua kena duduk exam pukul 11.15 pagi.... rupanya MARA buat staggered time..tak pulak dimaklumkan dalam website. Bagi mama yang pertama kali ni manalah tau. Dah tu tak da pun informasi kepada ibu bapa yang hadir kat situ. Mungkin yang dah ada pengalaman tak ada masalah.... tu yang nampak kelam kabut...
Jadi mama minta en hubby dan anak-anak gi breakfast, biar mama dan anak teruna tunggu kat tempat pendaftaran dan belikan makanan bungkus untuk anak mama makan kat sini aje... Pukul 11.15 pagi baru kena panggil beratur untuk register. Mama tengok dari jauh je lah... lepas tu mama nampak macam ada masalah aje... so mama pun terus aje ke kaunter tanya. Rupanya dia orang tak boleh daftarkan anak mama. Tak boleh masuk pulak katanya... dia pas auter sebelah kiri dan kanan pun cam tu gak.... mama pun risau gak... cam mana ni. Mama tanyalah nak buat cam mana apa alternatifnya. Makan masa 10 minit gak.. last buat manual. Dapatlah anak mama masuk sesi pagi punya exam pukul 12.00 tengahari.. kalau tak kena tunggu sesi petang..... Rupaya penyelaras tu kata calon dari putrajaua tak da dalam data di Kem Terendak sebab tak sempat nak masukkan kerana baru terima petang sebelumnya. Pelik bin ajaib... kalau dah tau macam tu kaunter pendaftaran patut di maklumkan awal. Bagi tau juga kepada ibu bapa di notis board yanag disediakan tu.... memang lembab betul kan....sabar je lah...
Sebelum tu semasa menunggu, mama dok tanya bagaimana temuduga dijalankan kat budak yang dah ditemuduga... rupanya temuduga berkumpulan.... temuduga dilakukan dalam kumpulan seramai 10 orang. Soalan terbuka sape nak jawab boleh jawab.... so mama pun apalagi cepat-cepat bagi info kat anak mama dan pastikadia jawab soalan yang ditanya. Jangan diam aje.... soalan untuk individu hanya satu soalan aje.... untuk anak mama dia tanya hobby.... senang aje kan.... rupanya ramai yang tak jawab soalan. Daripada 10 orang hanya 2 lelaki dan 2 perempuan yang jawab soalan penemuduga.... termasuklah anak mama tu... Syukurlah dia nak jawab... maklumlah ni pengalaman pertama dia ditemudugakan.... kena jawab dalam bahasa inggeris pulak tu.... memmang lah susah sikit nak bercakap banding menulis. Lepas temuduga 30 minit... terus masuk ujian bertulis ...1jam 20 minit... pukul 1.45 selesai.... lepas tu sembanyang zohor. Pas tu gi makan.... pas baliklah. ooops singgah nilai 3 pulak...beli karpet bilik along om the way balik tu... lepas tu gi tengok jalan ERL BBST sebab subuh esoknya (pagi nilah) mama kena hantar en hubby gi air port untuk ke Sandakan selama 5 hari..... sebab tak tau jalan.... nak hantar air port takut tak sempat mama nak ke ofis.... mama ni jensi tak suka punch card merah tau...sampai rumah pukul 7 petang....selesailah pasal ujian dan temuduga ke MRSM tu..nanti nak sambung bab 2 pulak pasal mohon MRSM ni ya....
Tu dia anak anak yang sedang khusuk jawab soalan...
Assalamualaikum. Mama, may I ask something about the examination. This year, my sister will take the exam and interview for entrance to MRSM. She should wear her primary school uniform or secondary uniform?
ReplyDeleteWa'alaikumussalam... wear her primary school uniform ... Good luck for your sis
ReplyDeleteAssalamualaikum. Boleh kongsikan apa soalan yg ditanya secara berkumpulan tu?
ReplyDeleteWaalaikummusalam... Maaf ya tak ingat la pulak soalan yang ditanyakan kepada anak ketika itu, sebab sudah lama kan...
Delete