PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Monday, 1 December 2014

PENGALAMAN HAJI 2014: MEKAH

Sambung lagi cerita mama ya... setelah 8 hari berada di bumi Madinah, semua jemaah KT01 bertolak ke Mekah pada hari Khamis. Sebelum tu pada hari Selasa semua jemaah telah diminta untuk menhantar beg bear masing-asing untuk di bawa dengan lori ke Mekah. Beg-beg ini hanya perlu diletakkan di luar bilik hotel masing-masing pada jam 10 pagi hari tersebut. Beg ini akan diuruskan oleh pihak TH untuk di bawa lebih awal ke Mekah bagi memudahkan para jemaah nanti. Hanya perlu tinggalkan keperluan untuk 2 hari sahaja dalam beg hand luggage yang 5 kg tu. Bagi jemaah lelaki perlu ambil perhatian untuk mengeluarkan kain ikhram masing-masing dari beg besar tu. Semua jemaah akan membuat umrah dengan berniat ikhram di Bir Ali apabila bertolak ke Mekah nanti. Kami telah diberikan no bas dan juga no bilik penginapan di hotel di Mekah.
Hati mama terasa sebak sangat nak meninggalkan kota Madinah terutamanya masjid Nabawi. Mama berdoa untuk datang lagi ke sini pada masa depan bersama suami dan anak-anak pula. Pihak TH telah memberikan taklimat perjalanan pada malam Khamis. Jemaah dikehendaki menaiki bas selepas solat zohor. Bas telah sedia di depan lobi hotel. Jadi sebelum ke masjid, mama dan letak beg dalam bas yang ditetapkan. Mama turun awal sebab nak booking tempat duduk dalam bas tu. Mama nak duduk bahagian hadapan sebab biasanya mama ni mabuk kalau naik bas terutamanya perjalanan yang jauh. Sudah lama mama tidak menaiki bas semenjak mama bekerja dan mempunyai kereta sendiri...Semasa belajar dulu bas memang penggangkutan utama.Siap bawa plastik lagi untuk bekas sekiranya muntah dalam perjalanan. 
Jarak antara Mekah dan Madinah lebihkurang 420 km... jauh tu dengan bas memerlukan tempoh masa selama 8 jam. Aduhai... dulu mama masa belajar dari BP ke KL tak lah lama kan...Mama sentiasa berdoa agar dipermudahkan segala urusan mama dan en hubby di sana. Alhamdullilah perjalanan selama 8 jam itu tidak terasa panjangnya. Pemandu yang membawa bas kami juga tiada masalah. Kami berhenti di beberapa pit stop... yang pertama di Bir Ali untuk niat ikhram di miqat. Lpeas tu bas sambung perjalanan dan berhenti lagi untuk solat asar. Menyambung kembali perjalanan dan berhenti disebuah hentian untuk makan. Sambung lagi perjalanan dan berhenti di hentian terakhir untuk solat maghrib dan isya. Lepa tu teruskan perjalanan dan bas berhenti untuk pemeriksaan imigration di Jurum lebihkurang 22 km dari sempadan Mekah. Lebih kurang 20 minit di sini kami meneruskan perjalanan dan sampai ke Hotel Abraj Jandariah lebih kurang pukul 9.00 malam.  Dalam perjalanan tu, ada masa nya mama terlelap tapi tidak lama. Teruja sangat bila masuk ke Kota mekah dan nampak Meranra Jam yang besar tu yang biasa mama tengok gambar dalam TV je...
semasa dalam bas ke Mekah ... berikhram di Bir Ali... tengok bas yang berderet-deret tu ada 10 bas semuanya jemaah KT01

 
dari luar bangunan saie... nampak kan jam yang besar tu..

Apabila sampai di hotel beg-beg semua dah tersedia di depan lif aras bilik masing-masing. Mama duduk depan kan jadi mama turun awal... terus je masuk hotel dan jumpa x staff mama yang bertugas dengan TH... apalagi siap berpeluk-peluk seronok. Terus aje teman mama untuk naik ke bilik nak book katil.... di Mekah mama duduk 6 orang sebilik. Madinah hanya 4 orang sebilik. Hanya seorang saja rakan mama yang di Madinah akan sebilik dg mama di Mekah. 4 orang lagi adalah rakan baru bagi mama. Mama sentiasa berdoa agar rakan sebilik mama semasa menjadi tetamu Allah ni akan dapat bertolak ansur satu dengan lain dan bersefahaman. Alhamdullilah mama tidak ada masalah dengan teman sebilik di Madinah mahupun di Mekah. Syukur kepada Allah. 
Bilik mama di Mekah... mama pilih katil sebelah kanan depan tu dekat almari tu 

Lepas masuk bilik, kami diberikan makan malam dan tu berehat. Ada antara jemaah yang telah pernah menunaikan Umrah atau haji sebelum ini meneruskan tawaf dan saie pada malam ni juga untuk menyempurnakan ibadah umrah wajib. Mama dan en hubby yang pertama kali ke Mekah ni akan mengikuti pihak pengurusan TH untuk melakukan tawaf dan saie keesokkan paginya..ok sambung lagi nanti ya