PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Thursday, 2 February 2017

URUS DUIT GAJI

Assalamualaikum... bulan Februari telah muncul dan begitu pantas masa berlalu. 2017 merupakan tahun yang lebih mencabar berbanding dengan tahun-tahun sebulum ini memandangkan keadaan ekonomi yang mencabar. Nilai ringgit yang jatuh, harga barangan yang meningkat termasuk minyak petrol. minyak masak, barang-barang keperluan harian yang lain dan juga bil-bil utiliti yang semakin naik kadarnya. Ini juga termasuk kenaikan caj yang dikenakan di hosital kerajaan bagi wad kelas satu dan caj rawatan  di klinik pergigian sepertimana yang menjadi viral baru-baru ini.

Oleh itu kita perlulah bijak mengurus kewangan masing-masing. Bagi mama sekeluarga, kami selalu berbincang dengan anak-anak akan perbelanjaan keluarga. Memaklumkan pendapatan bulan keluarga banyak mana dan bagaimana pendapatan ini dibelajakan dan ditulis supaya mereka jelas faham akan kedudukan kewangan dan mama juga perlu menyimpan untuk keperluan masa depan seperti untuk pelajaran, perkahwinan anak-anak nanti, perdeiaan untuk kecemasan sekiranya berlaku sebarang perkara diluar jangkaan.

Disamping itu juga semua anak-anak mama  mempunyai insuran pendidikan yang memang mama dah buat sejak mereka kecil termasuk insuran hayat masing-masing. Mama tidak dapat menyimpan banyak tapi hanya mampu untuk RM 100.00 sahaja seorang semenjak mereka lahir. Apabila mereka mula melanjutkan pelajaran selepas SPM, simpanan untuk mereka adalah dalam lingkungan RM 20 K seorang. Ini amat membantu mama dalam pengurusan kewangan bagi mereka disamping pinjaman dari PTPTN yang hanya mampu untuk menjelaskan yuran pengajian sahaja. Bagi keperluan lain mama kena sediakan duit makan, duit poket, duit telefon dan juga lain-lain termasuk buku-buku. 


Dalam keadaan ekonomi sekarang kita perlu lakukan kerja sampingan untuk menambah  pendapatan atau melakukan penjimatan sebanyak mungkin agar kita punya simpanan di masa hadapan.
Mama dari mula kerja memang telah membuat simpanan secara tetap kira-kira 20% daripada gaji yang diteriam setiap bulan. Ini amat memerlukan komitmen yang tinggi. Ianya tidak pernah dikeluarkan kecuali atas seba-sebab yang amat-amat mendesak. Seboleh-bolehnya mama cuba untuk tidak mengeluarkannya. Mama punya tahungan B untuk kecemasan. Simpanan ini boleh diletakan sebagai pelaburan dalam ASB atau tabung haji,  Jika simpan dalam tabung haji, zakat telah dibayarkan oleh TH. Jika simpan dalam ASB setiap tahun zakat perlu dikeluarkan apabila cukup syarat wajib zakat.

Antara perbelanjaan keluarga mama tiap bulan:
1. Hutang Rumah.. pinjaman kerajaan
2. Hutang Kereta... pinjaman bank
3. Bil-bil Letrik, air, internet, indah waterdan astro aka asteruuukkk hihihi
4. Minyak kereta ulang alik kerja jauh ooo... hampir 100 km tiap hari huhuhu
5. Duit makan tengahari di ofis
6. Duit bil telefon suami isteri dan anak-anak... banyak oooo
7. Duit makan anak-anak di uni  dan duit poket  untuk 2 orang
8. Duit poket anak di asrama dan tambang balik tiap bulan
9. Duit belanja barang keperluan dapur
10. Duit untuk road tax dan innsuran kereta  serta penyelenggaraan
11. Duit untuk bayar insuran sendiri, suami dan anak-anak
12. Lain-lain keperluan.....  yang kena keluar duit seperti nak beli hand bag, tudung ke blous ke..bukan tiap bulan la yang ni....

Gaji juga digunakan untuk :
1. simpanan masa hadapan
2. simpanan kecemasan
3. simpanan untuk keperluan hari raya seperti pakaian, kuih muih, perbelanjaan balik kampung
4. simpanan untuk percutian tahunan keluarga sendiri
5. simpanan untuk keperluan naik sekolah tahun berikutnya
6. Cukai-cukai  yang dikenakan seperti untuk cukai majlis daerah..
7. Zakat
8. Cukai Pendapatan LHDN

Bila buat list cam ni tunjuk kat anak-anak baru mereka tau berapa banyak yang dibelanjakan tiap bulan dan kenapa perlu menyimpan....
Beberapa syarat mama dan en hubby tetapkan untuk anak-anak... antaranya nak makan lura hanya sebualan sekali sahaja bersama keluarga, nak tengok wayang atau jenjalan anak-anak pun hanya sekali sebulan jer... nak beli baju dah tetapkan berapa kali boleh beli setahun dan berapa helai kecuali untuk raya setiap anak akan diberikan budget tertentu  dan boleh buat pilihan sendiri...

Anak-anak diberitahu jika ianya satu kepeluan dan penting maka ianya akan diberikan keutamaan  tetapi jika ianya hanya kemahuan, maka perlu lah diteliti adakan ianya benar-benar perlu atau tidak...

Beginilah sedikit sebanyak mama dan en hubby mengurus dan mengawal perbelanjaan kami...
www.aliff-syukri.com #sthash.A0hLDdkr.dpuf