PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Showing posts with label KISAHKU. Show all posts
Showing posts with label KISAHKU. Show all posts

Wednesday, 20 June 2012

KISAHKU 3

Assalamualaikum.... pagi ni Mama Arra nak sambung tentang kisahku 3. Sila intai kisah ku 2 >> di sini <<. Macam yang mama cerita sebelum ni, abah tak pandai memabaca atau menulis melainkan tulis nombor-nombor dan sikit2 tulis jawi. Walaupun  begitu abah tetap nak anaknya pandai. Kakak dan Abang mama dah tak gi sekolah masa mama kecik kan. Jadi mama masa umur 6 tahun abah hantar gi tadika. Dah ada tadika masa tu.... tapi sebab manja punya pasal so selalulah hujan kan... kena tunggu lagi kat tadika tu... abah, ke abang ke mesti dok depan pintu tadika tu.. kalau hilang je pe lagi hujanlah.... masa tu bukanlah pandai pun... cekgu suruh buat apa pun tak reti teruk kan.... pergi sekolah abah hantar nailk basikal kargo
tau.... duduk belakang tu besar carriernya...
                                              nilah rupanya from google

.cekgu yang ajar kat tadika tu dok sekampung dengan mama. Memang emak & abah kenal pun keluarga cekgu tu.... namanya cekgu Milah. Terima kasih cekgu.... lepas setahun di tadika masuk sekolah rendah. Masa tu tak nak sekolah yang biasanya bebudak kat kampung mama ni sekolah... sebabnya kena jalan kaki gi sekolah. Jadi mama tak nak lah... mama masuk sekolah yang jauh sikitlah  kira-kira 6 km dari rumah... dapat naik bas... amacam baik tak mama ni...he..he.. nasib baik masa tu dah kiranya senanglah sebab abahkan memang sangat-sangat rajin orangnya.... semua kerja dia buat.

Masa hari pertama gi sekolah darjah 1 tu abah tak nak hantar... gi sendiri.... tapi mama pun nak tunjuk beranilah... naik bas sekolah yang tunggu kat jalan besar tu... naik bas Pakcik Anwar. Oklah selamat sampai kat sekolah.... sekolah kat sini sampai darjah 6. Mama darjah satu dok kelas Merah. Kelas ni kira kelas ketigalah.... masuk darjah dua mama dinaikkan ke kelas Hijau hingga tahun 6.... kelas pertamalah tu... walaupun begitu mama periksa tak lah dapat nombor pertama. Paling baik pun nombor 3 tu pun masa darjah 1.  Walaupun tak dapat tempat pertama semua markah setiap mata pelajaran tu  terror gak lah.. dapat A . Ada gak B dan C 1 @ 2 subjek jelah. Masa  darjah satu mama ni jadi ketua darjah. Darjah 3 cekgu dah pilih jadi pengawas. Satu-satu nya pengawas perempuan masa darjah 3 tu. Sekolah ni besar gak setiap darjah ada 4 kelas dan setiap kelas ada 40 murid... Dulu ambik Penilaian darjah 5 bukan UPSR. Masa tu keputusan mama tak lah bagus tau.... hanya 1A 3 B 1C.... teruk kan.... bukanlah macam hari ni ramai yang dapat 5 A. Masa tu mama ingat dari 120 murid tak sampai 5 orang kot yang dapat 5A. 

Pas tu masuk sekolah menengah.... mama tak nak sambung sekolah yang bersebelahan dengan sekolah rendah ni... dah besarkan... jadi nak pindah sekolah kat sekolah yang biasanya bebudak kampung mama ni sekolah. Sama baya dengan umur mama ni kat kampung ramai tau... adalah 15 orang kot.... dan adalah seorang tu jiran mama ni lelaki dia ni terrorlah dapat 5A tapi tak sekolah sama mama, dia sekolah dekat dengan kampung tu... dapat masuk asrama penuh tau.... adik beradik dia pun ada yang gi oversea... terrorlah kan...
Mama pun masuklah sekolah menengah di SMDO..... Jumpa kawan baru pulak... Sebab hampir 98 % kawan sekolah rendah tak sekolah di SMDO. Mereka bersekolah di SMS. Beberapa kawan mama didapat masuk arsama penuh... masa tu 4A 1B dan 3A 2B pun boleh masuk..... sekarang ni 5A dah berlambak-lambak kan.... tak da tempat nak ke sekolah asrama .... oklah sambung kemudianlah ya....






Monday, 18 June 2012

KISAHKU 2


Asslam..... sambung lagi eek... sape yg tak baca entry " kisahku 1", anda boleh pergi tekan SINIIII
Memandangkan beza umur mamaArra dengan kakak tu jauh, so masa mama kecik taklah sesusah masa kakak mama lahir. Mak kata masa tu nak beli lampin kakak pun tak mampu, pakai je kain batik buruk. Rumah pun mak kata jenis tengek burung je....  uolls faham ke? Nak explain pun susah. Kalau sape ada tok & nenek kat kg tu cubalah tanya cam na rupanya rumah nikan. Masak masih guna kayu api sampai mama sekolah rendah, Tak da paip air masa tu jadi guna air hujan buat minum dan basuh baju. Mandi manda dan cuci ke tandas tu guna air kolam je.... air kolam ni tak boleh buat masak kelat rasanya. Kalau basuh baju pulak kena bilas dengan air hujan... kalau tak nyaya baju putih bertukar warna kuning nanti....Letrik pun tak da... pakai lampu gasolin je..
                                                   
                                                   nilah rupanya........from cik google

Masa mama tingkatan 3.... baru ada bekalan letrik dan juga air paip.. tapi masa tinkatan 1 tu abah dah beli TV besar hitam putih yang macam almari tu..cam ni ha....guna bateri je bateri kereta tulah
                                               


                                                       

Abah macam yang mama bagi tau sebelum nilah.... sangat rajin bekerja dan berdisiplin. Kerana tu hidup keluarga mama bertambah baik.  Abah mampu beli TV walaupun TV hitam putih... dah ada TV kaler masa tu tapi tak beli pun... masak nasi boleh pakai dapur gas... tapi hanya masak nasi dan jerang air  je tau... lain2 masak masih guna dapur kayu.... jimat abah & emak kata..Rumah mama pun dah pakai lampu kalimantang sambung dengan bateri kereta ni gak.... ooops utuk TV guna bateri lorilah... lama sikit. TV pun tenggok berita belah malam je dan satu jam lain2 cerita... dulu cerita melayu seminggu sekali je..malam sabtu. jadi rumah mama penuhlah pada malam sabtu dengan jiran tetangga sebab masa tu hanya rumah mama dan sebuah lagi rumah yang ada TV.....he...kaya tak abah mama...Bateri kereta ni tanah 2 minggu untuk TV manakala untuk 1 lampu kalimantang tahan 3 minggu. Habis je gi hantar kedai cina kat simpang kasi caj... kos RM 2 masa tu...

Satu lagi sikap abah yang amat mama kagumi ialah abah tak suka hutang. Dia kata kumpul duit dulu baru boleh beri apa barang yang kita nak... jadi sampai la ni mama memang tak suka hutang sebab dah diajar dari kecik gitu... bukan maknaya mama tak da hutang tau...ada hutang kereta dan rumah tu.... tapi yang lain kalau berkenan apa2 kumpul dulu duit baru beli.... So TV hitam putih tu pun abah beli tunai tau...masa tu mahal tau kalau tak silap hampir gak 700 ke 800 harganya... tak berapa nak ingatlah...oklah takat ni dululah... bersambung kemudian eek..