PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Showing posts with label MATRIKULASI. Show all posts
Showing posts with label MATRIKULASI. Show all posts

Thursday, 29 May 2014

DAFTAR DI KOLEJ MATRIKULASI KEDAH

Assalamualaikum semua.... alhamdullilah selesai sudah pendaftaran angah di KMK. Syukur alhamdullilah segalanya dipermudahkan. Kami bertolak pada hari Sabtu jam 6.30 pagi dari BBST dan sampai ke Jitra pukul 1.30 petang. Perjalanan lancar. Berhenti 2 kali untuk makan, sembahyang dan isi minyak.
Kami hanya dapat booking hotel di Jitra memandangkan semua tempat di Cangloon penuh...termasuk home stay. Apa pun syukur kami masih ada tempat tinggal.  C Hotel.... okay lah pada mama. Cuma agak sempit tapi tak pe sekejap aje untuk tidur.
Lepas check in kami teruskan perjalanan ke KMK untuk tau kat mana mudah esok nak pergi. Tak jauh pun kalau tak sesak jalan dalam 20 minit sampai. Ronda-ronda keliling pas tu keluar terus makan kat gerai depan kolej tu.... Pas tu kami merayap ke Bukit Kayu Hitam Duty Free Zone... ermm mahal lah barang kat sana sape kata murah. Tak beli apa pun cuma beli coklat. Banyak jugalah borong coklat. Masa ni angah ada lagi sama.
Balik semula ke Jitra, lepas maghrib keluar makan kat restoran berhanpiran dengan hotel. Jalan kaki aje..pas tu balik tidur sebab dah letih sangat. Pagi lepas solat subuh dalam pukul 7 pagi kami gerak ke KMK. Tak berapa ramai lagi orang masih ada banyak ruang parking tapi pihak kolej suruh kami parking jauh... hu..hu.. terima aje lah kan.
Lepas parking terus gi hantar angah daftar. Hanya pelajar dibenarkan masuk. Kami pulak ronda-ronda kat depan pentas ruangan terbuka ada banyak gerai jualan  macam pasar malam tu. Gerai makan pun ada. Masa jalan-jalan tu jumpa staff mama di Pahang dulu. Hantar adiknya jauh dari Pekan.... lepas tu jumpa pulak anak sepupu mama hantar anaknya.... kira pangkat cucu saudara lah sebab atok dia kakak sulung abah mama. Anak tunggal dok  Segamat...En hubby dan anak mama seli sarapan dari gerai kat situ. Macam-macam ada..
Tak lama lepas tu angah siap daftar, terus gi asrama. Dapat blok C sebelah masjid... tingkat satu alhamdullilah. Dusuk 4 orang sebilik. @ dari Perak dan 1 dari Penang cina  comel dan lemmah lembut orang serta pembersih. Angkut semua barang nasib baik ramai sekali angkut je la kan... kemas bilik angah pukul sebelas taklimat ibu bapa di dewan besar.... tak lah penuh sesak dewan sebab  kat luar dewan pun ada skrin dan khemah. Lepas tu mama rasa lain macam pulak.... sakit kepala...aduhai sebab panas kan... so keluar dewan balik ke arsama baring kat kaltil angah. Telan panadol dan lelap 10 minit. Pas tu azan solat zohor,  gi makan tengahari di kafeteria... tak banyak lauk pilihan yang tinggal pas tu solat... naik asrama balik... ready to go untuk tinggalkan angah... sebak hati mama tapi terpaksalah kan.. tinggallah angah di sana dan kami semua bertolak ke Perlis. Along nak juga tidur Perlis. Masa ni  SUKMA jadi semua hotel penuh dan harganya naik lah kan. Along dapat booking Motel Arau.... dalam pukul 4.30 sampai lah sana... check in pas tu gi Kangar... semua kedai dah tutup. walaupun baru pukul 5 lebih je... pusing2 pas tu balik motel... Mahal ooo motel ni RM 150.00 cuma ada katil 2 single, TV pun siaran tak jelas, tuala pumyalah kecik dan tersangat nipis.... lain-lain tak ada.... biasnya RM 80 je... tapi SUKMA cekik darah la pulaknya...pas tu jalan kat pasarraya dekat motel tu.... along beli jeans, syafiq beli track suit..
Pagi esok lepas sarapan bertolak ke Padang Besar. Ingat nak ke wang Kelian... nasib baik tanya...rupanya hari ahad je buka.... kalau tak nyaya la kan .... samapai PB kedai baru nak buka.... ronda kat situ.. Tak ada apa yang menariknya. Mama tak beli apa-apa pun. Cuma anak teruna mama yang beli macam-macam..along pun hanya beli beg, purse, T shirt .

Berhenti di RTC Gopeng...

dari bilik hotel di Jitra

DUTY FREE zone Bukit Kayu Hitam

sebelum tinggalkan anagah

Sambung nanti la eek... penat dah ni menaip



Wednesday, 7 May 2014

KEHIDUPAN DI MATRIKULASI DULU PART 2

Sambung cerita psal matrikulasi mama.... mama dok kelas bawah Aminudin Baki dikenali sebagai AMIBA.
Kelas atas ZAABA... cam mana kelas dibahagikan mama tak tau la...
Masa ni mama bukanla cerdik sangat kan... belajar matematik la yang paling susah masa tu ... cikgu ajar laju je... mama pulak slow kan..
Cikgu Fizik...namanya Cikgu Roslan, Kimia .. cikgu A Rahman... Biologi  cikgu Muslimah... ermm yang lain lupala pulaknya... ermm dah tua la mama kan... ha..ha..seorang lagi cikgu Jaafar ...dan cikgu  ??? tak ingat lagi..
Cikgu pulak kuatnya slang ganu... hu..hu... awalnya sukar nak faham tapi lama-lama ok la. Setiap murud dibahagikan kepada beberapa kumpulan.... kalau kat MRSM di panggil Home room... masa tu lupa la pulak panggil apakan... tapi kumpulan mama di bawah cikgu A. Rahman...

Balik cuti... cikgu yang hantar ke stesen bas... naik bas malam sampai subuh...dari Terengganu ke Johor Bahru... jauh tu...pas tu 3 jam lagi ke rumah mama kat kampunggg tuuuu.
Zaman mama tak da hp lagi...jadi tulis surat ja... mak mama dah abah tak padai membaca.. tapi mak boleh baca jawi... jadi tulis surat dalam tulisan jawi ..mama boleh menulis dengan baik maklumla orang Johor kan pandai tulis jawi sekolah ugama sampai kelas khas... perasaan terrror la tu....hi..hi
rumah mama juga masa tu tidak ada kemudahan telefon TM... Kawan mama selalulah call parent dia orang dengan reverse charge...
Pada satu ketika mama kena urticaria yang teruk so kawan mama tolong teman mama ke klinik swasta masa tu... dapat ubat dan injection..
Masa dok kar sana juga mama alahan teruk..badan gatal-gatal mungkin sebab air atau cuaca dan juga berdekatan dengan kilang... habis tumbuh bisul sana sini... tapi tak ada mata nya... bengak besar sangat... kat tangan peha siku dan sana sini lah lepas satu satu... hampir setahun jugalah masalah tu... namun syukurla lepas tu ok.
Antara peristiwa yang tidak boleh dilupakan ialah bebrapa perkataan yang digunakan contohnya sammah tu lima puluh sen... kemarin tu semalam...ceklat tu gula-gula... ada beberapa peristiwa yang berlaki berkaitan dengan perkataan ini... tu yang tak boleh lupa...



KEHIDUPAN DI MATRIKULASI DULU

Apabila anak ke dua mama dapat matrikulasi syukur alhamdullilah...
Mama juga punya pengalaman masuk marikulasi awal tahun 80an dulu... bolehlah mama tengok perbezaan kehidupan zaman mama dulu ..
Mama duduk di kampung, sekolah harian dikampung. Tak pernah keluar dan berjauhan daripada keluarga...Pergi ke bandar yang hanya 10 km dari kampung sendirian pun tak pernah masa sekolah dulu.  Nak ke bandar dengan mak dan abah juga jarang-jarang... sekali setahun adalah kot nak beli baju raya ...tu pun sepasang aje... kasut raya 2 tahun seakli beli...tapi tetap bersyukur kerana masih dapat sekolah, makan denagn sempurna dan tidak punya masalah kewangan yang besar seaba hanya mama seorang yang masih bersekolah ketika itu. Kakak mama dah berkahwin dan punya anak hampir sebaya dengan mama, abang pulak berkahwin masa mama tingkatan 2...

Mama memang tidak pernah terfikir untuk masuk universiti masa tu, maklumlah masa tu mak dan abah mama tak kisah sangat pasal belajar ke menara gading... kiranya dalam keluarga terdekat mama tiadak ada yang belajar hingga ke menara gading... selepas SPM kerja atau kahwin... dan mak selalu kata kalau tak lulus periksa kahwin aje la... aduhai.. Selepas mama menduduki SPM, mama melanjutkan pelajaran ke matrikulasi.... nun jauh di Terengganu. Masyallah memang tak pernah ke sana. Tapi mak dan abah kata tak apa, pergilah.. naik teksi ditemani bapa saudara sebelah mak yang memang berkahwin dengan orang  Terengganu... lepas tu menumpang rumah sepupu untuk bermalam dan ke esokkannya melapor diri di sekolah (SESMA)

Perjalanan yang begitu jauh, mengambil masa yang lama. Satu kejutan budaya buat mama yang terpaksa duduk di asrama, makan di dewan makan dan sebagainya... Maysallah... air mata jadi peneman setia. Setiap malam menanggis... hu..hu..hu
Mama ditempatkan dalam sebuah dorm yang mempunyai 12 orang. Tidur di katil 2 tingkat... mama di bahagian bawah. Atas mama rakan yang suka menyakitkan hati mama... suka gantung air minuman dalam plastik sampai meleleh ke bawah.... basi lagi..hu.hu.. pas tu suka dok bergoyang katil ha..ha.. sakit hati ooo tapi sabar je la.. 
Dok asrama kena la ikut peraturan asrama. Mama tak biasa dok asrama memang rimas la... cadar kena tegang, susun baju dalam loker pun kena cek... kalau tak cantik macam susunan tu memang kena denda... part ni nanti mama ceritakan ya..
Makan kat dewan makan kena beratur... tunggu semua pelajar dapat makanan baru boleh makan... hu..hu.hu.. terseksa mama... lauk pulak banyak yang mama tak suka....cerewat la pulaknya kan..
Nak basuh baju kena tunggu giliran sebab tempat basuh tu boleh 2 orang aje pada satu masa...
Mandi pulak air selalu tak ada... jadi mandi kat tepi kolah aje.... pakai kain batik berkemban masa tu...kah..kah..kolah tu besar dan panjang tinggi lebih kurang 3 kaki ... ramai-ramai mandi kat situ..

Denda yang selalu kena kalau tertinggal tuala mandi di katil, loker tidak kemas, cadar tak teggang... kena basuh toilet dan juga kolah hujung minggu... kalau tuala tinggal memang pengawas akan ambil dan kena bayar denda lagi..hu..hu..

Pengawas tu pangkat adik-adik aje.. sebab kami yang matrik ni panling tua la kiranya kan..
Pergi sekolah macam biasa, pakai baju sekilah, kena beratur perhimpunan sama dengan mereka... kelas prep petang dan malam...
Disedikan tempat mengulangkaji malam... tak boleh study dalam dorm, pukul 11 malam light off... sebelum tu row call.... kira kepala lah ikut dorm ....TV susah nak tengok... ada lah bawa radio kecik...Nak gi toilet malam takut...toilet kat hujung sekali...
Memandangkan masa tu bukan macam zaman ni, hubungan dengan mak dan abah melalui surat aje.. rumah mama dulu belum ada kemudahan talian tefefon. Kawan mama yang satu dorm dengan mama ada 2 orang juga dari selatan senegeri dengan mama. Seorang tu biasa aje macam mama sekoalh pun tak jauh dari selah mama, tapi yang seorang lagi ni dari keluarga yang beraada... ayahnya kerja kerajaan, kakaknya dah masuk U buat medic, kakak sulung dia kahwin denagan seorang diplomatik yang bertugas luar negara.
Yang atas mama pulak, ayah dia orang kuat RTM masa tu la.. depan mama anak seorang jururawat, atasnya pula anak seorang guru....

Yang anak orang bisness pun ada gak...dan dalam 3 orang tu anak orang tempatan... tiap minggu ibubapa dia orang datang... bawak keropok losong... mentah ..mama tak reti makan... yang goreng tu dah lama dok sana baru pandai makan... la ni suka sangat keropok lekor ni tapi kena goreng la..

bersambung nanti ya...