Apabila anak ke dua mama dapat matrikulasi syukur alhamdullilah...
Mama juga punya pengalaman masuk marikulasi awal tahun 80an dulu... bolehlah mama tengok perbezaan kehidupan zaman mama dulu ..
Mama duduk di kampung, sekolah harian dikampung. Tak pernah keluar dan berjauhan daripada keluarga...Pergi ke bandar yang hanya 10 km dari kampung sendirian pun tak pernah masa sekolah dulu. Nak ke bandar dengan mak dan abah juga jarang-jarang... sekali setahun adalah kot nak beli baju raya ...tu pun sepasang aje... kasut raya 2 tahun seakli beli...tapi tetap bersyukur kerana masih dapat sekolah, makan denagn sempurna dan tidak punya masalah kewangan yang besar seaba hanya mama seorang yang masih bersekolah ketika itu. Kakak mama dah berkahwin dan punya anak hampir sebaya dengan mama, abang pulak berkahwin masa mama tingkatan 2...
Mama memang tidak pernah terfikir untuk masuk universiti masa tu, maklumlah masa tu mak dan abah mama tak kisah sangat pasal belajar ke menara gading... kiranya dalam keluarga terdekat mama tiadak ada yang belajar hingga ke menara gading... selepas SPM kerja atau kahwin... dan mak selalu kata kalau tak lulus periksa kahwin aje la... aduhai.. Selepas mama menduduki SPM, mama melanjutkan pelajaran ke matrikulasi.... nun jauh di Terengganu. Masyallah memang tak pernah ke sana. Tapi mak dan abah kata tak apa, pergilah.. naik teksi ditemani bapa saudara sebelah mak yang memang berkahwin dengan orang Terengganu... lepas tu menumpang rumah sepupu untuk bermalam dan ke esokkannya melapor diri di sekolah (SESMA)
Perjalanan yang begitu jauh, mengambil masa yang lama. Satu kejutan budaya buat mama yang terpaksa duduk di asrama, makan di dewan makan dan sebagainya... Maysallah... air mata jadi peneman setia. Setiap malam menanggis... hu..hu..hu
Mama ditempatkan dalam sebuah dorm yang mempunyai 12 orang. Tidur di katil 2 tingkat... mama di bahagian bawah. Atas mama rakan yang suka menyakitkan hati mama... suka gantung air minuman dalam plastik sampai meleleh ke bawah.... basi lagi..hu.hu.. pas tu suka dok bergoyang katil ha..ha.. sakit hati ooo tapi sabar je la..
Dok asrama kena la ikut peraturan asrama. Mama tak biasa dok asrama memang rimas la... cadar kena tegang, susun baju dalam loker pun kena cek... kalau tak cantik macam susunan tu memang kena denda... part ni nanti mama ceritakan ya..
Makan kat dewan makan kena beratur... tunggu semua pelajar dapat makanan baru boleh makan... hu..hu.hu.. terseksa mama... lauk pulak banyak yang mama tak suka....cerewat la pulaknya kan..
Nak basuh baju kena tunggu giliran sebab tempat basuh tu boleh 2 orang aje pada satu masa...
Mandi pulak air selalu tak ada... jadi mandi kat tepi kolah aje.... pakai kain batik berkemban masa tu...kah..kah..kolah tu besar dan panjang tinggi lebih kurang 3 kaki ... ramai-ramai mandi kat situ..
Denda yang selalu kena kalau tertinggal tuala mandi di katil, loker tidak kemas, cadar tak teggang... kena basuh toilet dan juga kolah hujung minggu... kalau tuala tinggal memang pengawas akan ambil dan kena bayar denda lagi..hu..hu..
Pengawas tu pangkat adik-adik aje.. sebab kami yang matrik ni panling tua la kiranya kan..
Pergi sekolah macam biasa, pakai baju sekilah, kena beratur perhimpunan sama dengan mereka... kelas prep petang dan malam...
Disedikan tempat mengulangkaji malam... tak boleh study dalam dorm, pukul 11 malam light off... sebelum tu row call.... kira kepala lah ikut dorm ....TV susah nak tengok... ada lah bawa radio kecik...Nak gi toilet malam takut...toilet kat hujung sekali...
Memandangkan masa tu bukan macam zaman ni, hubungan dengan mak dan abah melalui surat aje.. rumah mama dulu belum ada kemudahan talian tefefon. Kawan mama yang satu dorm dengan mama ada 2 orang juga dari selatan senegeri dengan mama. Seorang tu biasa aje macam mama sekoalh pun tak jauh dari selah mama, tapi yang seorang lagi ni dari keluarga yang beraada... ayahnya kerja kerajaan, kakaknya dah masuk U buat medic, kakak sulung dia kahwin denagan seorang diplomatik yang bertugas luar negara.
Yang atas mama pulak, ayah dia orang kuat RTM masa tu la.. depan mama anak seorang jururawat, atasnya pula anak seorang guru....
Yang anak orang bisness pun ada gak...dan dalam 3 orang tu anak orang tempatan... tiap minggu ibubapa dia orang datang... bawak keropok losong... mentah ..mama tak reti makan... yang goreng tu dah lama dok sana baru pandai makan... la ni suka sangat keropok lekor ni tapi kena goreng la..
bersambung nanti ya...
No comments:
Post a Comment