Assalamualaikum.... semua telah mendengar bajet yang dibentangkan PM pada Jumaat lepas. Apa yang ingin kita dengar dah pun diketahui. Berbagai-bagai pandangan yang diberikan oleh pelbagai pihak, ahli ekonomi, ahli politik BN mahupun pembangkang, orang ramai, orang muda dan orang tua.
Bagi mama, apa pun mama tetap bersyukur dengan apa yang ada. Bonus yang diumumkan tu sedikit seanyaak meringankan beban khususnya untuk anak-anak yang akan mulakan persekolahan tahun depan.
BAJET 2013 di antaranya yang dinikmati oleh rakyat ialah:
- Bonus penjawat awam sebanyak 1 bulan setengah gaji. ( Raya, Disember dan Januari 2013)
- .1.5 mil youths with monthly income of RM3,000 or below will get RM200 for purchase of a 3G smartphone termaksuklah pelajar universiti....
- BR1M 2.0: bantuan tunai RM500 kpd isirumah berpendapatan kurang drpd RM3,000
- BR1M2.0: bantuan tunai RM250 kpd individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang drpd RM2,000 termasuk kepada penggangur dan juga pelajar IPTA/IPTS
Macam-macam ada dalam kotak fikiran kita ni bila kerajaan umum bonus kan.... nak shopping, makan angin, beli baju baru, gelang /rantai emas , simpan, melabur atau apa saja lah yang kita inginkan. Namun harap kita semua dapat merancang dengan baik kewangan keluarga agar mengutamakan keperluan berbanding kemahuan. Hujung tahun biasanya banyak pusat beli belah dan yang seangkatan dengannya buat sale .... so ramai yang nak Christmas Shopping lah tu.... erm hujung bulan ni pulak raya haji kan....