PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Thursday, 20 November 2014

KOS UNTUK HAJI MUASSASAH 2014



Berapa banyak kos untuk pergi haji secara muassasah. Tahun mama pergi ni kos untuk pergi haji secara muassasah adalah sebanyak RM 9980.00. Bagi mereka yang kali pertama menunaikan haji dengan cara muassasah ini TH memberikan subsidi sebanyak RM 6175.00. Oleh itu jumlah keseluruhan kos sebenar adalah RM 16, 155.00. Bagi mereka yang telah menunaikan haji kos yang perlu untuk pergi haji kali ke dua adalah RM 16,155.00.

Kos ini meliputi tambang pergi balik, kos penginapan di Madinah, Mekah, Arafah, Mina serta kos perjalanan dari Madinah ke Mekah, Mekah ke Arafah, Muzdalifah, Mina dan juga perjalanan dari lapangan terbang ke hotel di Madinah dan dari Mekah ke lapangan terbang di Jeddah. Selain daripada itu, kos ini juga meliputi kos bagi makan tengah hari dan makan malam sepanjang di Mekah dan Madinah. Sarapan pagi tidak disediakan. Namun begitu pihak TH menyediakan gula, teh, nescaffe dan krimer dalam bentuk sachet serta cawan dan sudu untuk jemaah membuat air sendiri. Cerek air panas ada dibekalkan di hotel tetapi air perlu dibeli kerana air dari paip air tidak sesuai untuk digunakan sebagai air minuman walaupun di didihkan terlebih dahulu. Manakala bagi makan dan minum di Arafah dan Mina pihak muassasah menyediakan sarapan pagi, makan tengah hari dan juga makan malam.
 
Harga untuk roti canai( macm roti tisu aje) 2 keping dan 2 cawan air nescaffe berserta kari ni yan besar tu halia ya... daging hanya ada 3 potong kecik je... se inci tiap satu 15 rial ya....hu hu
Roti ni murah je 1 rial ...besar dalam ada inti kurma.... memang kenyang bila makan ni
Mama dan en hubby mengerjakan haji tamatuk iaitu melakukan umrah dahulu dalam bulan haji dan selepas itu baru melakukan ibadah haji. Bulan-bulan haji bermula dari 1 Syawal dan berakhir pada 10 Zulhijah…Jadi bagi haji tamatuk mama dikenakan dam seekor kambing (WAJIB) dan dam ini dibayar dengan wang yang berjumlah RM 400.40 yang ditolak dari akaun TH setiap seorang. Selain dari itu bagi yang ingin melakukan ibadah korban TH juga menawarkan perkhidmatan ini dengan mengenakan bayaran sebanyak RM 431.20( Terpulang kepada masing-masing nak buat atau tidak). Dam dan juga korban ini tidak tetap setiap tahun. Jumlah yang dikenakan ini sentiasa berubah-ubah dan ia akan dimaklumkan oleh pihak TH.
Selain dari itu, duit lain yang diperlukan adalah untuk keperluan sarapan pagi dan juga makanan lain seperti minum petang atau sebagainya. Makanan di Mekah dan Madinah agak mahal kecuali roti ia sangat-sangat murah….tapi jemulah kan makan roti tiap pagi kan. Jadi mama cadangkan perlu ada sekurang-kurangnya RM 1000.00 untuk tujuan ini bagi sepanjang tempoh berada di sana. Bagi sesiapa yang memang dalam katogeri suka makan perlu ada duit lebih lagi ya….
Sebanyak RM 500.00- RM 2000.00 lagi perlu disediakan bagi persediaan untuk jemaah sekiranya tidak mampu untuk mengerjakan kerja-kerja haji, ia boleh di upah untuk orang lain mengerjakan ibadah tersebut seperti untuk menggunakan perkhidmatan kerusi roda bagi tawaf dan saie. Harga upah ini berbeza-beza… waktu puncak musim haji upah boleh melonjak ke RM 400-500 untuk tawaf atau saie. Selain dari itu upah untuk melontar juga kalau tidak mampu untuk buat sendiri antara RM 200-RM 300 bagi setiap hari.
Kos ini tidak termasuk kos untuk shopping ya…. Kalau nak shopping tambahlah lagi duit tu ya…
Secara kasarnya kos untuk mengerjakan haji secara muassasah pada tahun ini seseorang itu perlu ada duit simpanan TH sebanyak RM 13,000.00. Kalau tambang meningkat pada tahun depan duit simpanan dalam TH perlu ada RM15,000.00.
Ringkasnya:untuk seorang
Tambang      RM 9980.00 (Haji 1435H)
Dam               RM 400.00
Korban          RM 431.00
Makan           RM 1000.00
Lain-lain        RM 2000.00 ( untuk persediaan sekiranya perlu upah semasa melakukan pekerjaan haji)
Semasa di Mekah terdapat juga lawatan yang di aturkan. Sekiranya berminat jemaah bolehlah mengikuti lawatan ini dengan kos sendiri ya. Masa mama ini setiap lawatan dikenakan kos sebanyak RM 25.00 seorang. Mama ikut lawatan ni sebanyak 3 kali iaitu melawat sekitar bandar Mekah, Lawatan Ke Hudaibiah dan Muzeum  dan yang terakhir lawatan ke Jabal Rahmah, Gua Hira’ (tidak naik ke atas ya… hanya di bawah aje) Jabal Suur, Jabal Nuur dan juga Jaaranah.
Selepas mengerjakan umrah wajib, jemaah boleh melakukan umrah sunat sendiri dengan berniat di miqat sama ada di Tanaim, Jaaranah atau Hudaibiah. Biasanya jemaah akan pergi Tananim kerana paling dekat. Kos tambang pergi dan balik naik van beramai-ramai sebanyak RM 10.00 seorang. Kalau naik teksi lebih mahal…Terpulanglah kepada jemaah berapa kali nak melakukan umrah sunat ini.